Friday, November 16, 2012

Makan Nasi Daun Pisang Sempena Deepavali

Hi Korang,

Aku memang tak pernah makan langsung atas daun pisang ni. So bila budak opis aku ajak pi Ke Kanna Curry House ni aku pun terus setuju. Nak cuba gak camne style makan dalam daun pisang ni.

Sesampai je member aku ni pi pilih main dish dulu. Ada ikan bawal, sotong,ayam, kambing dan a few dish yang aku lupa. Ktorg boleh pilih samaada nak goreng atau pun bakar. Aku pilih puyuh goreng dan member aku tu amik ikan bawal dan ayam untuk di goreng gak. Bila dia masuk dalam kuali panas tu, ceng berdesing bunyi gemersik semua tuh.


Ok duduk dan ada orang datang bawak daun pisang. La ingatkan betul rupanya daun pisang yang dah dimodenkan. Bentuk sama but colour dia lain sket.

Nasi, pappadom, 3 jenis sayur


Lepas tu datang plak orang bawak nasi, lauk sayur dan tin pappadom. Terus hidang kat atas daun pisang tuh. Boleh pilih samada nak ke tak, semua aku amik coz nak cuba kan. Ishkk tamak sungguh.




Last sekali, diorg letak pilihan kuah atas meja. 2 jenis kuah iaitu kari ikan dan kari daging. Aku campur je dua-dua dan macam nasi kandar plak.

Ini dia main dish yang ktorg pilih.

ayam goreng berempah

ikan bawal dan burung puyuh goreng

Hah, panas-panas ko nak cubit pun rasa melecur but bila dah masuk dalam mulut terus hilang rasa panas tuh. Ada gak lauk berkuah yang lain tapi ktorg tak amik pun.


Memang berselera bila makan time panas-panas kan, tengok abis makan terus lipat daun pisang tuh. Semua aku abiskan kecuali 2 lauk sayur tuh, tak kena langsung dengan tekak lah. Tekak orang melayu memang cam ni.

Teh o ais limau sudahla ye, leh potong lemak

Rasanya boleh lagi ke sini kalau nak makan tengahari kan, harga plak ok ok je. Tak de la mahal sangat, within my budget lah.


Korang nak ke sini ke? Alah aku tak tau address apa. Yang aku tau dalam kawasan Puchong. Deretan kedai ni betul-betul tepi lereng bukit. Parking kereta sejuk je coz banyak pokok kat area ni.

Ok kot sekali sekala tukar selera, asyik nak makan pedas je kan.


8 comments:

  1. Alahai..ini bukan real punya nasi daun pisang..
    Dulu masa pregnant, nasi daun pisang dekat bangsar tu selalu makan. Atau pon dekat PJ tu lupe plak namanya..hahaha..Aroma pisang tu ler yang best..

    ReplyDelete
  2. itu daun pisang betul @ x? lain macam jer.... sedap jugak bila kena lauk yg masih panas tu...

    http://memoriessharidz.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. tapi kalau makan atas real daun pisang..lg best kan.. :)

    ReplyDelete
  4. pergh!!! kari tu macam sangat sedap!!!!! wah... lapar tiba2

    ReplyDelete
  5. dah lama tak pekena nasi daun pisang...dulu masa kerja kat Kota Bharu selalu juga makan di resoran India...tapi sekarang dah tak kerja di sana...

    ReplyDelete
  6. hurmmm.... lauk dan menu diorang memang sepesen je kan....

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!