Thursday, November 29, 2012

L'oreal Renewal Lash Serum, Bulu Mata Cantik Sangat

Hi Korang,

Dapat gak mencuba L’Oreal Renewal Lash Serum dari OnlyBeauty.com.my. Try je apply kat website diorg tup-tup dapat plak kan. Syioknya

Apa tu Renewal Lash Serum?

Lash Serum ni bukan mascara ye, ramai yang dah salah sangka ni plak. Aduiyai meh aku explain sket.


L’Oreal Paris Renewal Lash Serum merupakan rawatan intensif yang direka untuk meningkatkan kelebatan bulu mata dari akar hingga ke hujungnya. Serum ini berfungsi untuk mengurangkan keguguran bulu mata semasa mata dibersihkan dengan make-up remover dan juga untuk memanjangkan lagi bulu agar lebih melentik dan lebat.


Ia diperbuat daripada serum pekat yang diperkaya dengan Arginine, satu komponen utama Keratin dan Madecassoside agar bulu mata korang tampak subur dan menarik.

Cara Nak Pakai?

Alah sama cara cam pakai mascara je.


Memula sapu sket kat area akar (lash line) tu dulu.

Kemudian baru sapu mengikut bulu mata dari akar hingga ke hujungnya.

Itu je

L’Oreal Paris Renewal Lash Serum digunakan pada siang hari dan juga malam. Alah pakai sebelum maskara pun boleh, tunggu ianya kering seminit dua then boleh lah pakai maskara.


So far aku baru guna 2 hari so adalah nampak sket lah, tunggu lah nanti bila dah panjang ye aku tunjuk kat korang tau. Not bad jugak lah, nak pakai pun senang. Anytime and anywhere lah.


Korang pun nak dapat gak product FREE kan?

Alah korang ni, just check it out kat www.onlyBeauty.com.my dan https://www.facebook.com/OnlyBeautyMalaysia  untuk ketahui camne caranya dah dapat FREEBIES dan product reviews.

Hah, puas hati tak? Hehehehhe.. jangan lupa register tau kat OnlyBeauty ye.




6 comments:

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!