Saturday, October 13, 2012

Tengok Muay Thai Fight Secara ‘LIVE’ Elite Boxing : Thailand vs Asia


Hi Korang,

Selalunya aku tengok orang gaduh yang gila-gila amat ni dalam TV je, jarang jumpa orang gaduh kat tepi jalan kan.

Cantik kan Fay Hokulani.. comey sungguh

Tapi bila ada opportunity untuk tengok secara live di Sunway Piramid Convention Centre ni rasa macam lagi syiok plak. Mana tak nya dengan fighternya dengan supporternya lagi. Itu belum kira Host Wanita yang cukup Hot, lagilah best. Lagi plak ramai selebriti yang datang macam Intan Ladyana, Emelda Rosmila dan ramai lagi lah.


Memandangkan ini single invite so Mr Big tak dapek lah nak mengikut, so yang ada 14 orang bebudak bloggers yang aku kenal. Nasib baik boleh masuk line, kalau tak pecah dada dibuatnya.


Ada 6 perlawanan muay thai iaitu Thailand menentang Asia. Thailand tau kira hebatlah tu kan. Alah lagi pun sukan ni pun berasal dari tempat dia of course lah diorg ni kuat.


Wei host malam tu memang mantap beb.  Pelakon Diana Danielle yang bertunang dengan Farid Kamil tuh dan co-host Fay Hokulani seorang blogger Fitness yang sangat HOTZ dan meletup sangat. Aku suka gaya diorg ni sangat selamba dan rileks je, lepak borak dengan ktorg kan.

Ok citer balik pasal fight ni.


Fighter Thailand ni memang hebat-hebat belaka, walaupun badan kecil tapi tenaga memang tak boleh disangkalkan lagi. Cara diorg defect dan attack opponent tu memang luar jangkaan. Aku pun sampai ternganga mulut dibuatnya sekejap.




Eh, fighter Asia pun pun not bad jugak tau especially our Malaysia Champion ‘The Handsome’ Ali Yaakub dan ‘The Golden Elbow’ Faizal Ramli. Sangat superb cara diorg berlawan, walaupun dua-dua tu nampak cam pemalu masa aku training hari tuh but bila dalam gelanggang ermm semuanya di luar jangkaan.



So far masa aku tengok fight ni, Thailand dah menang 4 game dan Malaysia baru menang 1 je, fight di antara Ali Yaakub dengan alah lupa plak aku nama mamat Thailand tu panjang benor. Masa Faizal fight aku tak tengok sampai abis coz dah tengah malam sangat, kang aku plak kena muay thai dengan Mr Big plak.

Bagi aku, muay thai ni memang sangat berseni sangat dengan background musicnya, dengan kena practice dulu dalam ring dan outfitnya memang malam tu aku macam tengok fight kat Thailand lah. Supporter semua kaw-kaw belaka, menyokong their own fighter.

So thank you Dragon Muay Thai Club for this special invite, lepas ni kalau ada lagi haruslah pi tengok kan.



6 comments:

  1. nak tengok aku muay thai secara percuma tak?? hehehe

    ReplyDelete
  2. Nurul x minat sukan2 camni.. Ganas..

    ReplyDelete
  3. gempak laaa....tengok aksi live muay thai nie mesti dag dig dug kan...

    ReplyDelete
  4. saya belum pernah lagi tgk mua thai.. seronok ker

    ReplyDelete
  5. Bestnya CikLilyPutih dapat tengok "live" :-) Mesti best kan...

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!