Sunday, October 7, 2012

Setiap Pagi Ahad

Hi Korang,

Hari ahad merupakan untuk hari berehat-rehat seisi keluarga. Time nilah nak bangun lewat sket, sarapan lewat sket, nak lepak ke seharian, nak berkepit bawah ketiak Mr Big (walaupun dia membebel, aku tetap gak buat) dan memacam lagi menda-menda pelik yang ktorg buat.

Tapi ada satu aktiviti wajib iaitu jeng jeng jeng..

Pergi Pasar yeah!

Walaupun aku memang tak pandai masak but pergi pasar memang wajib during weekend. Tak kira bangun lambat cam ne pun ktorg mesti ke pasar, kalau tak pun ke pasar tani ke pasar minggu.Memang dari time anak dara lagi aku dah practice kan beli barang kat pasar ni.

Aku memang akan beli barang basah untuk di jadikan stok seminggu dua. Bukan apa, senang balik keje je bukak fridge tengok apa yang patut then masak. Tak kira masak simple ke heavy ke western ke yang penting masak.

Meh intai apa yang ktorg beli untuk this week.


ikan siakap

udang galah

udang kertas


lala

sotong kembang

ketam bunga


Memacam yang ktorg beli. Kira boleh tahan stok untuk 2 minggu ni. Lauk memang banyak beli lah. Sayur tu kurang sket coz dia tak tahan lama kan. Masak tak delah gempak mana pun, setakat masak goreng2, tumis air, kari, asam pedas, rebus2 ke jadilah. Malam bukan boleh makan banyak pun kan.

jagung cameron highland

kacang cina

tomato 

Balik rumah terus je aku bersihkan semua lauk-lauk ni. Cuci bersih-bersih dan asingkan ikut jenis dan masuk dalam tupperware. Kira organize sket dalam freezer tu tak delah kelam kabut sangat. Jadi bila nak masak keluarkan dan terus je rendam. Dapat jimat masa, tenaga dan jugak jimat belanja.

Kira nasib baiklah mak aku dah ajar menda-menda ni dulu, now dah senang dah pun. Even Mr Big nak masak pun dia dah tau mana satu bekas nak ambil. Tak yah terpekik terlolong jerit kat aku pasal barang masak ni.

Korang pun cam aku ke? Kalau ye baguslah. Memana anak-anak dara tu dah boleh practice pi pasar kan. Mana tau dapat laki yang kuat makan cam laki mak ni, senang dah korang kan.

Happy Sunday peeps !


6 comments:

  1. pergh..ikan siakap tu..masak 3 rasa, pergh!!

    ReplyDelete
  2. betul tu, tiap hujung minggu, mmg wajib pegi pasar. macam akak ni anak2 kuat makan, beli byk pun kejap aje habis

    ReplyDelete
  3. Freshnya ^_^
    Happy Sunday CikLilyPutih :-)

    ReplyDelete
  4. hurmm....kalau aku bab2x beli barang kat pasar basah nie fail gakk....tambah2x ikan yang jarang jumpa...tahu makan je kan

    ReplyDelete
  5. besnya, tu kalo beli memg untuk stok seminggu senang kan

    ReplyDelete
  6. kita pun pegi pasar gak - pasar Giant. Lepas keja terus terjah... hahaa...

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!