Wednesday, October 31, 2012

Blogger Dan Internet Tak Dapat Dipisahkan

Hi Korang,

Dalam 2 hari ni hidup tak berapa nak betul sket. 

Banyak sangat event yang kena attend. Bukan paksa ye tapi aku rela. Kan aku lifestyle blogger so haruslah suka ke event ni.


Macam malam ni, now tengah bersiaran LIVE dari Holiday Inn Melaka. Nampak macam berholiday tapi melambak-lambak write up kena buat. Nasib baik internet kat hotel ni super awesome, laju je.

2-3 hari ni entry pendek-pendek je coz tak cukup time nak tulis kan. Mintak maaf ye korang. Kalau aku boleh beli time dah lama aku cari orang jual tau.  

Itulah blogger kan...

Betul tak?






Pamela Dan Vanessa Chong Yang HOT

Hi Korang,

Kenal tak dengan Pamela dan Vanessa Chong ni. Alah diorang ni pernah masuk Amazing Race Asia dulu, tak sure season yan mana satu plak lah.


Cantik kan.

Itulah sempat jugak aku bergambar dengan kakak-kakak penyanyi Vince Chong ni masa Samsung ATIV Smart PC di Bridge Bar G-Tower ni. Kedua-duanya peramah dan selalu senyum je.

Orang cantik mesti ramai yang suka kan, yang tak berapa cantik cam ne plak ek.

Okla nanti sambung lagi. Minggu ni banyak sangat pi launching event, letih nak update blog. Yeah, malam ni tidur Holiday Inn Melaka sempena Nissan ALMERA test drive.





WW - DJ Radio Yang HOT

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week

Ini lah dia Serena C. Deejay radio aku rasa Capital FM kot. Lupa la plak


Sporting kan dia, masa aku amik ni tengah duk launching kereta Nissan Almera kat One World Hotel. Sempat gak dia pose kan.

Ermm Almera.. bestnya ehehhehe


Tuesday, October 30, 2012

10 Minit Je Cantik Dengan Garnier Whitening Essence Mask

Hi Korang,

Korang ingat aku ni ada banyak masa ke belek kulit muka yang berminyak ni, nan adonya masa. Setakat basic regime setiap hari tu jelah aku tepek. Kalau nak pi facial ni memang payahlah, langsung tak de time tapi kalau pi dinner ada plak masanya pi salon buat rambut kan.

Nak tak nak kena buat facial kat umah je lah bila ada free time barang ½ jam gitu. Dah lepas mandi, bercuci, berscrub bagai kat muka tu kan. Aku pun pakai Light Intensive 3 in 1 Whitening Essence Mask ni.

Kalau korang google kandungan bahan yang ada dalam Essence Mask ni seperti Tanggula Glacier Water, Sctellaria Extract dan Pure Lemon Essence ni yang menjadikan kulit muka kita ni sihat dan menyegarkan. Di samping tu Garnier mask ni juga dapat memberi kelembapan, mencerahkan dan kaya dengan vitamin C.


Alah 10 minit jelah, meh tengok apa aku dah buat dengan Whitening Mask ni.

Muka kenalah dibersihkan terlebih dahulu, kalau ada bekas make-up pi cuci lah nokss. Pemalas betul lah pompuan ni tau.

Keluarkan dari plastik Garnier Essence Mask tersebut, dah terus tepek kat muka korang. Ikutlah bentuk yang ada tuh. Letak kat mata, hidung dan mulut dengan betul.

Dah tepek tuh, cer tampar manja-manja sket nak kasi Essence tu meresap kat kulit muka.


Apalagi baringlah dan tunggu 10 minit. Rehatkan mata kejap kan tapi jangan sampai tertidur plak. Kang kejung plak mask tu kat muka korang ek.


Buka lah mask tuh, sket demi sket ek takut hilanglah Essence tu. Heheheheh tipu je lah.


Hah, rasa segar tak? Haruslah. Ok belek-belek sket kulit muka tu. Tengok apa yang patut. Lubang pore mengecil ke, jerawat tumbuh ke kan.

Kalau boleh pakai mask ni seeloknya 2 kali seminggu kalau kulit muka korang bermasalah macam aku lah, kalau tak sekali seminggu je dah cukup.


Ok, Garnier Light Intensive 3 In 1 Whitening Essence Mask ni boleh di dapati di seluruh pasaraya dan farmasi di Malaysia dengan harga RM7.90 sekeping. Murah kan, harga chicken chop sepinggan pun lagi mahal, betul tak?

Nak cantik mestilah kena rajin baru big brother puji melambung kan. Hehehehehheeh..

Ok itu je tips kecantikan aku untuk kali nie. 
Jumpa lagi.





Yeah! Menang Tea Tree Cream Dari Nuffnang

Hi Korang,

Aku sesaje je join contest kat twitter Nuffnang ni pasal Tea Tree cream produk dari Thursday Plantation keluaran Australia ni.


Eh, menang plak. Hishkkk..

Dapat email suruh aku pi collect kat office Nuffnang last week. Ingatkan dapat satu rupanya dapat 5 sekali. Hah ko muntah-muntah kering pakai losyen ni nanti kan.


Takla aku nak pakai sampai 5 tiub sekali, so kasi la bebudak opis aku ni kan.




Tengokla muka memasing, happy bebenor. Maklumlah dapat cream mahal dan imported plak tu.

Ini namanya rezeki terpijak.

Anyway, thanks Nuffnang.


Monday, October 29, 2012

Anjung Selera Ikan Bakar, Seksyen 7 Bangi Boleh Tahan Sedapnya

Hi Korang,

Dah 4-5 kali lalu lalang depan kedai Anjung Selera Ikan Bakar ni tapi hati rasa cam malas plak nak cuba sebab orang sentiasa penuh lebih-lebih lagi awal bulan.


Jadi last week, dek sebab tak tau nak makan apa so ktorg pi try lah makan kat sini. Tengah bulan so tak ramai orang, aku assume mesti kedai ni mahal. Alah makan je lah kata Mr Big itu pun nak kira.



Sesampai je ktorg di suruh pilih ikan untuk di bakar. Ada few choices pari, cencaru, kembung, siakap, talapia, sotong, ketam dan udang. Malas nak fikir banyak pilih je ikan siakap. Kemudian baru order side dish yang lelain.



Yang memula sampai mesti lah air. Aku order fresh orange dan Mr Big soursop (durian belanda).Biasalah rasa buah, manis dan segar.



Ini plak sotong goreng tepung. Tepungnya crunchy. Tak delah tebal sangat. Nampak je berminyak tapi tak pun.


Ok sup ekor mari. Order semangkuk sebab tak de kuah nak hirup sesejuk buta ni. Terbaek kata Mr Big, sesuai dengan tekak dia, tak pedas dan tak banyak sampah. Telupa plak nak tunjuk gambo tulang la plak.


Telur dadar biasa je, rasa telur lah kan. Letak sket bawang goreng dan cili sos. Cam berminyak sket kan.



Ini dia ikan siakap bakar. Ikan dibelah tengah tapi tak putus. Disiram dengan sambal homemade ni. Tak delah pedas sangat sedap. 


Air asam pun di sediakan, tak cukup sila mintak lagi ye.

Overall bagi aku ok je. Tak delah hebat sangat but sedap dan boleh tahan rasanya gak. Isi ikan siakapnya manis bila dah letak home-made sos tu kan. Harga tak lah mahal pun, semua sekali yang ktorg makan tu cuma RM43.00 je. Ikan siakap tu lebih kurang RM22 je. Ok kan.

Nak datang kedai ni.


Anjung Selera Ikan Bakar,
No. 18, Jalan 7/7B,
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

https://www.facebook.com/AnjungSelera

(Sebaris Petronas dan belakang Mydin je) Itu je landmark yang senang. Oh ye atas kedai makan ni ada gym. Maknanya lepas bersenam bukan main nak rak, bolehlah pi bedal kat bawah.

Korang yang duk dekat-dekat sini bolehlah try makan kat sini ek. Selain daripada ikan bakar ada jugak menu makanan yang lain yang belum sempat ktorg cuba lagi. Mr Big suka ikan bakar so ktorg bantai jelah makan ikan bakar.

Selamat makan

Ngapppp..





Dapat Camera Samsung Pink!

Hi Korang,

Saje je nak tunjuk kat korang ni.

Jeng jeng jeng


Aku dapat camera pink NX1000 dari Samsung Malaysia. Bangga kejap tau, nasib baik tak terkoyak suar ek.

Wewewe tak sabar nak snap sana sini walaupun hanya dapat guna sebulan je. Barulah blogger tegar kan.


So mari bercamwhore yeah!




Saturday, October 27, 2012

Keputusan Giveaway ‘Lori Oreo Comel’ Dah Keluar.


Hi Korang,

Mesti korang tertunggu-tunggu tentang giveaway ‘Lori Oreo Comel’ yang aku buat awal bulan ni kan. Haruslah semua mengelupur nak tau siapakah 3 pemenang bertuah yang akan dapat lori comel tuh.

Setelah 2 minggu aku memerah otak untuk tentukan siapa yang layak untuk dapatkan hadiah gorjes tuh, so ini dia:-


3 Pemenang Bertuah





Eh tak abis lagi, aku juga sediakan 5 hadiah misteri untuk korang yang bertuah ni. Mr Big punye idea. Please say thanks to him ye.










Untuk hadiah misteri ni, aku pun tak sure nak bagi apa lagi. Nanti aku bukak gobok ajaib kat bilik entertainment kat umah aku tu dulu ek. Kena selongkar satu persatu gobok ni. Actually aku ada banyak produk yang aku dapat masa event yang tak terusik langsung. So rezeki korang lah ye.

Congratulations kepada 8 orang pembaca setia blog mak ni nokss.

Sila emailkan details korang seperti Nama, Telefon no, Alamat kat mana nak anto bebarang ni, Facebook name ke jajasayang@gmail.com. Tak pun korang add je kat FB www.facebook.com/ciklilyputih mentioned kat situ Peserta Giveaway ‘Lori Oreo Comel’.

Kepada peserta yang yang tidak berjaya janganlah kecil hati ye. Kalau aku ni blogger jutawan aku memang sediakan hadiah untuk korang sorang satu. Giveaway kecil-kecilan yang tak de sponsor ni memang cam ni lah.

So stay tune untuk kat blog www.ciklilyputih.com yang comel ni untuk giveaway yang lelain ye. Aku ni suka buat giveaway spontan, anytime mood aku ok then aku buat lah ye.

p/s : Sila bagi masa kat aku dalam sebulan untuk penghantaran bebarang korang ni ye. Bukan apa aku memang kena curi-curi masa untuk settlekan semua ni sebab aku tak tau pun kat mana pejabat pos area rumah aku ni.



Friday, October 26, 2012

Gambar | Aksi Tiger Woods Di CIMB Classic 2012

Hi Korang,

Minggu ni sibuk kat safari aku ni pasal Tiger Wood main golf kat tasik ni kan. Alah apa ada hal, aku ok je coz tak de kene mengena dengan aku pun. 


So semalam one of supervisor sibuk ajak ktorg bebudak opis pi tengok Tiger Woods main golf. So nak tak nak turun gaklah kat tepi tasik belakang office.

Ini ada beberapa gambar aku dapat snap masa Tiger Wood nak practice main kan. Orang bukan main ramai lagi duk kerumun area ni, maklumla pemain golf no. 1 dunia datang Malaysia. 


Tiger Woods yang baju biru ye bersama pembantunya



Tengah practice time nie


Cantikkan pose ni


Ermm memang payah nak amik gambar Tiger Woods ni. Nampak dari belakang je. Langsung tak pandang belakang. Siap body guard dia cakap tak boleh distrub dia.

Dapat tengok in person Tiger Woods ni jadilah kan walaupun dari belakang. 


Gambar di ambil dengan Samsung NX1000



Thursday, October 25, 2012

Burberry Beauty Workshop, Cantik! Menarik!


Hi Korang,


Lately ni banyak plak media invitation pasal beauty. Mulanya memang aku malas nak pi sebab aku bukannya minat sangat bab-bab make-up ni tapi bila fikir balik alah apa salahnya tambah ilmu kecantikan diri sket so ok lah aku pun ON.


Setahu aku Burberry jenama untuk apparel dan fragrance je tak tau pun ada make-up bagai. So masa introduction dari Marketing Manager Burberry ni baru lah aku tau yang diorg ni baru je setahun jagung menjinakkan diri dalam kosmetik ni so now it time to promote lah their product.



Beauty workshop ni tak ramai pun dalam15-16 orang je yang semuanya aku tak kenal langsung. So haruslah buat networking untuk business kan. Kenal 3-4 orang amoi cino yang HOT gituh.



Kat Burberry workshop ni ktorg di ajar cara make-up yang betul. Cam ne nak sapu foundation kat muka, pilihan eyeshow, cara lukis eyeliner kat mata dengan senang dan memacam lah. Aku paling fail lukis eyeliner tu, dengan ikut teknik yang betul rasa cam mudah plak.


Yang penting kata make-up artis Burberry Adrian tuh, kena confidence bila letak something kat muka. Jangan mengigil ye, itu akulah tu. Aku memang nervous sket bila orang duk peratikan cara aku menconteng muka aku yang lebar cam pinggan ni, sampai Mike (assistant Adrian) tu tolong ajar aku cam ne nak pakai semua menda ni.



Ok now cantik tak? Mestilah cantik. Lepas dah tuntut ilmu ni melaram ni kan.




Jenama Burberry ni memang dah terkenal di merata dunia, now dengan beauty collection ni aku rasa lagilah ramai orang akan pi cari Burberry counter ni.


Yang best tu dapat goodies bag bebarang Burberry. Ada lipstick, liquid foundation, make-up base. Best lah, tak sabo nak cuba nanti.


Anyway thank you Hello Magazine for this special invite. Bertambah sket ilmu pengetahuan aku kan.



Lepak Di Kedai Jual Diamond

Hi Korang,


Argghhhhh

Camne plak, katak leh ada kat jari ni. ishkkk takut tau.

Huahuahuahau jangan terkejut nowdays katak pun boleh melompat terus duduk kat jari tau. Alah janganlah korang cuak. Aku je sekarang ni.

Sejak-sejak dapat gelaran malay lifestyle blogger ni, aku rasa lifestyle hidup aku pun sket-sket dah berubah. Dah mula kenal-kenal dengan mak datin plak ek..

Sekarang dah pandai lepak kat kedai jual diamond ye..

I like..







Wednesday, October 24, 2012

WW - Mari Bersenam.

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week.



Ok ok sila condongkan badan sket ye ikut menara condong Teluk Intan ni

Itu je...







Cerita Pasal Watch2Win Contest, Nak Join Lah

Hi Korang,

Aku bukan geng comper yang tegar macam Suzie dan Ayu yang selalu duk asyik menang je kan but sekali sekala bila tengok hadiah yang menawan kalbu geram gak.

So bila ada contest Watch2Win ni rasa cam nak join plak kan. Macam mudah je mechanics untuk contest ni.


Cam ni caranya :

1. Like fanpage CODE 10 : www.facebook.com/Code10Malaysia

2. Tengok video yang ada kat fanpages tuh

3. Jawab soalan senang dekat ruangan komen

4. Sharekan di wall FB korang dan TAG at least 3 orang kengkawan korang.

Itu jelah, senang betul.

Hadiah yang boleh dimenangi :-

Samsung Galaxy S3, Apple New iPad (32GB WiFi+4G), Xbox 360 Kinect. Setiap minggu hadiahnya berbeza-beza tau. Dan minggu ni punya Xbox 360 Kinect. Best tuh.





Memang best plak contest, tak yah nak pi beli setem dan pos bagai kan. Cuma LIKE, answer, SHARE dan TAG je. Semudah A,B,C

Jom kita tengok sapa menang minggu ni ek, cepat lah woi join.