Thursday, July 12, 2012

LISTERINE ® Natural Green Tea Bersama Dalam Kempen Semurni Senyuman, Seikhlas Hati.

Hi Korang,


Selain dari berus gigi tiap-tiap hari, korang ada kumur2 tak sket dengan Listerine? Aku ade tapi aku malas nak guna sebab rasa cam pedas  je, sangat mencucuk-cucuk lah. Itu yang jadi gigi aku pelbagai bentuk kan khakhakahka tipulah mane ade gigi memacam bentuk.


Mengapa pentingnya berkumur dengan Listerine ni?

Sebenarnya memberus gigi sahaja tidak memadai. Kajian terbaru menunjukkan 90% rakyat Malaysia masih menghadapi kerosakan gigi walaupun mereka memberus gigi dengan baik dalam rutin harian mereka. Ini adalah kerana terdapat tempat-tempat yang tidak boleh dicapai untuk dibersihkan hanya dengan memberus gigi.

Ingat tu tau!


Nasib baik lah Listerine yang femes dengan air kumur2 ni dah perkenalkan perisa terbaru ladi lembut dan segar iaitu LISTERINE Natural Green Tea yang menggabungkan kuasa membersersih secara mendalam dengan kebaikan semulajadi the hijau.  LISTERINENatural Green Tea yang serba baru ini dirumuskan untuk membantu menguatkan enamel gigi yang lemah di samping membentuk salutan perlindungan untuk menjadikan gigi tahan kerosakan.



Dr Arunee Laiteerapong, Pengarah Bersekutu Kajian Global Johnson & Johnson,Pembangunan dan Kejuruteraan untuk Rantau Asia Pasifik turut hadir di majlis perlancaran LISTERINE Natural Green Tea  bagi menerangkan aspek saintifik produk tersebut.


Kelebihan LISTERINE Natural Green Tea  ialah rahsia keajaiban teh  hijau ini terletak pada bahan antioksidan yang bergelar katekin yang berkesan dalam merencatkan aktiviti bakteria terutamanya bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi. Bakteria ini merupakan penyebab yang menghasilkan asid yang menghancurkan tisu gigi dan akibatnya dikenali sebagai karies.


Sempena pelancaran LISTERINE Natural Green Tea  ini pihak Johnson dan Johnson akan memulakan kempen amal  bersama-sama pelakon Irma Hasmie, model dan pelakon Fizo Omar serta pengacara TV dan guru agama Ustazah Amie Sofia untuk rakyat Malaysia senyum bagi kebaikan rumah anak-anak yatim Asrama Damai, sebuah rumah anak yatim yang terletak di Kuang, Selangor.


Secara spesifiknya dengan setiap cubaan atau berkumur dengan LISTERINE Natural Green Tea  baru di kaunter percubaan di hypermarket yang terpilih pada Julai ini, Listerine akan menyumbangkan RM1 kepada rumah anak yatim tersebut yang setakat ini menjaga 51 orang kanak-kanak berumur 4 hingga 17 tahun.

Dengan setiap pembelian botol 250ml atau lebih LISTERINE Natural Green Tea, Listerine akan menyumbangkan sebanyak RM2 kepada rumah anak yatim tersebut. Dapat pahala kan!kan!kan!


‘Kempen Semurni Senyuman, Seikhlas Hati’ merupakan contoh di mana amalan sedekah dilakukan melalui senyuman ikhlas, kata Ustazah Amie Sofia.



Irma Hasmie dan Fizo Omar turut menunjukkan sokongan bagi kempen senyuman ini kerana mereka sememangnya ingin membantu anak-anak yatim Malaysia.


Listerine membasmi 99.9% bakteria oral yang menyebabkan nafas berbau, plak dan gingivitis dengan Listerine yang serba baru dengan the hijau, say good bye to those bakteria ye.


Cecair Listerine Natural Green Tea ni boleh di dapati di seluruh kedai-kedai di Malaysia ini dengan harga RM4.90 (80ml), RM9.90 (250ml) dan RM22.90 (750ml). Tak de lah mahal pun kan, sesuai untuk kegunaan sessi keluarga.


CLP Notes : Best jugak pakai time bulan puasa nanti, harum je mulut kann tapi jangan sampai tertelan dah lah ye


11 comments:

  1. baru punya eh? tak perasan pulak perisa baru ni, fuuuhhhh... nyamannyaa

    ReplyDelete
  2. aku pon x suker ngan rasa listerine neh yg menyucuk2. tp, lepas tgk iklan perasa baru neh, teringin sgt nk coba...

    ReplyDelete
  3. harap2 listerine baru ni tak pedas macam sebelum2 ni.. saya terpaksa bertukar kepada colgate plax sebab colgate plax tak lah pedas sangat.. tapi haruman dia tak berkekalan. listerine pulak haruman dia agak tahan lama

    ReplyDelete
  4. good idea utk pose nt..thanks kakak

    ReplyDelete
  5. @akuzle ayu
    langsung tak pedas, harum je baunya

    ReplyDelete
  6. @Boni
    K lily pun pakai colgate sebb tak tahan dgn listerine pedas tuh but now pakai yang ni lah kan

    ReplyDelete
  7. @awek retro
    pose? alah suke2 je tuh

    ReplyDelete
  8. kita sama cik lily.. tak shuke kumur dengan listerine.. sebab boleh tersedak aku dibuatnya.. tapi demi kesihatan gigi kena la amalkan jugak..

    ReplyDelete
  9. amboi 3x. semua retis kamo bergambar. tp kaler ijau ni mmg mcm best, kaler lain macam tak berapa best utk listerine. aritu kuar kaler perple, tah apa ape

    ReplyDelete
  10. Hurmmm.... kalau kumur listerine mesti tiba2x terasa jadi FIZO OMAR jap....hehehehe

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!