Hi Korang,
Aku dapat jemputan sebagai media dari pihak Guardian ke majlis yang hebat ni. Guardian Customers' Choice Awards 2012 ini di adakan di Studio Lounge Tropicana City Mall minggu lepas.
Rupanya ini kali ke 12 pihak Guardian mengadakan event sebegini yang bertujuan untuk mengenalpasti produk yang manakah menjadi pilihan para pelanggan Guardian di seluruh negara. Para pemenang di pilih berdasarkan 'Vote and Win' contest yang telah pun di adakan pada 2hb - 30hb April 2012. Untuk tahun ini, respon yang diterima dari para pelanggan telah menjangkau hingga ke 10,000 penyertaan.
'Pemilihan ini berdasarkan penilaian dari para pelanggan kami. Ini sangat penting bagi kami untuk kepuasan pelanggan kerana mereka ini yang lebih mahir dan arif dalam produk yang mereka gunakan' kata Ms Soon Ai Lan General Manager, Merchandising semasa merasmikan majlis tersebut.
Sebanyak 90 kategori telah pun di berikan awards dari 354 produk yang bertanding termasuklah produk rambut, penjagaan muka, kesihatan, kecantikan dan pelbagai lagi. Kat bawah ni merupakan di antara brand yang mendapat tempat di hati para pelanggan Guardian ye
Itulah dia, aku pun dapat agak gak brand-brand ini menepati citarasa pengguna kan. Yelah kalau produk dah bagus dah tentu para pelanggan akan beli kan
Pihak Guardian juga telah memilih para pelanggan yang berjaya meneka Guardian Customers' Choice Award ini. Mereka membawa pulang pelbagai jenis hadiah dari Guardian dan juga penginapan percuma di Mandarian Oriental Hotel, Kuala Lumpur.
Produk yang menjadi pilihan para pelanggan Guardian yang di menangi oleh L'Oreal. Tahniah di ucapkan. Tengoklah award yang di menangi banyak kan.
Terima kasih di ucapkan kepada Heidi dan Adeline dari pihak Guardian yang sudi menjemput aku sebadai media di majlis yang prestig ni. Hopefully lepas ni kita boleh berkoloborasi sekali lagi ye.
Cantik kan Xandria (DJ Capital FM)
CLP notes : Seronok get together dengan mereka-mereka yang terlibat dengan produk kegemaran masyarakat ye. At least can share some thoughts about their product kan.
aku makan kordel's ubat sakit lutut tu.. bagus punyaaaa
ReplyDeleteVoucher Rm50.00 tu yg menarik minta.. hehehe
ReplyDelete