Hi Korang,
Memang seronok menulis bab makan nie, apa tak lagi kalau dapat rasa sendiri sedap ke makanan tu kan. Lagi sekali aku dapat invitation ke Ramadhan Preview Dinner di Silka Maytower Hotel ni.
Buffet bertemakan ‘Kampung Style Ramadhan Buffet to the City’, maknanya masakan makanan melayu lah. So jangan harap nak chicken chop plak kan.
Dengan menyediakan lebih dari 90 hidangan yang di inspirasikan dari makanan tradisional dan masakan di rumah, rasanya ianya akan lebih menggiurkan lagi selera para pelanggan yang berkunjung ke La Maison Restaurant ini.
Di antara yang harus di cuba adalah pelbagai jenis masakan Asam Pedas di hidangkan sepertiAssam Pedas Ayam, Assam Pedas Ikan, Assam Pedas Udang, Assam Pedas Ekor Lembu, Assam Pedas Daging dan Assam Pedas Sotong. Banyak kan assam pedas. I like!
Ikan keli berlada
DaGinG masak lemak cili api
Rojak buaH
UdanG percik
SotonG masak kicap
saGo Gula melaka
Sambil menonton Chef menghidangkan masakan secara ‘Live’ di station yang di sediakan, kita juga boleh mencuba pelbagai jenis kuih-muih, pencuci mulut, pembuka selera ini termasuklah Seri Muka, Kuih Talam, Pulut Panggang dan Kuih Tepung Pelita yang hanya mudah didapati pada masa bulan Ramadhan.
Aku makan ni, memang no. 1. Meh tengok apa yang sempat aku bedal masa Ramadhan Preview Dinner malam semalam.
6 jenis asam pedas
Jomlah korang, check it out this buffet ramadhan ye.
Ramadan Buffet at Silka Maytower Hotel & Serviced Residences, Kuala Lumpur
Date: 21 July - 18 August 2012
Time: (Monday – Sunday) 6.30 pm - 10.30 pm
Price: RM75 ++ per person (Adult), and RM30 ++ per person (Child)
Offer: 50% discount for the first seven (7) days and last seven (7) days of the Ramadan month.
For tourists and guests eager to experience the true sense of Ramadan - the food, culture and shopping - Silka Maytower Hotel & Serviced Residences is offering a Ramadan Room Promotion from 21 July – 18 August 2012, with standard room rate of RM130.00++ per room night and deluxe room for an additional RM30.00 ++ both inclusive of Sahur meals for 2 persons.
For reservations, kindly contact: +603-2692 9298, or email: reservation.maytower@ silkahotel.com.
Insyallah ada lagi buffet ramadhan invitation menyusul dalam 2-3 hari ni, nanti aku kongsikan dengan korang lagi.
uishhh.... offer 50% tu jadi dalam rm40++ je - murah la tue
ReplyDeletetolong tolong..memang tak bleh tengok gamabr makanan..blog clp memang buat i terliur...aduhaii...bestnya lau dpt makan2 camtu..:)
ReplyDeletelebih daripada 90 hidangan?? wah banyak nya tu
ReplyDeletesemuanya nampak sedap...
ReplyDeletesedapnya... nie berapa per head nie?
ReplyDelete