Hi Korang,
Ahad lepas ktorg (aku + Mr Big) dapat jemputan ke Restoran Brisik di Jaya One, PJ.
Aku langsung tak perasan ada restoran ala melayu kat sini yang terletak di tingkat atas. Bagus jugak ye tambah sket knowledge mengenai restoran di sini.
Ramai gak blogger yang aku kenal datang kira tak rasa kekok lah kan nak mingle around sebab semua dah kenal. Sebelum ada ucapan sket dari wakil Brisik Restaurant Pn Nusmawati dan juga merupakan salah seorang chef di sini.
Selain daripada food review bagi Restoran Brisik ni, di adakan juga demonstrasi 3 masakan yang menggunakan bahan-bahan dari Simplot, Heinz dan Majalah Aroma selaku penaja bersama bagi event ini.
Jom tengok apa yang di hidangkan kepada ktorg kan
Spagetti yang sosnya menggunakan produk Heinz. Sedap
Daging Dendeng - Perapan yang gunakan BBQ Heinz
Sapi Lilit - Daging yang dibalut dengan serai dan di perap sebelum di bakar. Wangi baunya
Hash Brown popcorn dari Simplot, ranggup dan sedap
Keli pecel lele - salah satu speciality di sini
Nasi dalam daun pisang - comel kan
Selain daripada ada Q and A session untuk bloggers ada juga sessi lucky draw.
Mr Big memang beruntung lah dia menang plak tuh. Untung aku dapat produk dari Heinz dan Simplot boleh masak-masak kat umah kan.
Tak ketinggalan juga, ada ucapan sket wakil dari Simplot. Ramah orangnya, ceria je menceritakan mengenai kebaikan produk dari Simplot ini.
Bagi korang menggemari masakan Indonesian dan Siamese cuisine boleh datang ke Brisik Restaurant pada bulan ramadhan ini kerana mereka menawarkan pakej berbuka puasa yang di namakan Juadah @ Maghrib
Meh tengok menunya ye
STARTER :
rojak buah grilled veggies fried honey chicken
Gado gado fruit salad keropok
Tahu bakar pasta salad fried mee
MAIN COURSE 1 :
Ikan bakar such as kembung pepes / pari / tilapia/bawal/lele/seafood
Rice with lalapan
MAIN COUSE 2 :
steamboat on each table with varieties
Serve in pot with tum yam sup and chicken soup
DRINK :
panas : es :
Kopi ‘ o ’ air suling
Teh ‘ o ‘ es selasih
Nescafe ‘ o ‘ es cincau soya
DESSERT :
mixed kueh nyonya and etc.
Pakej berharga RM45.00 nett for adult and RM22.50 nett untuk kanak-kanak berumur di antara 8 - 12 tahun mulai dari 23th Julai - 15th Ogos 2012.
Untuk tempahan boleh rujuk :-
Brisik Restaurant
10-1, Palm Square Jaya One, 72, Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya, Selangor
03-79586681
Memang seronok dapat hadir di majlis masak-masak ni, memacam ilmu masakan yang aku dapat timba dan tak kurang juga dapat ini dan juga produk dari Simplot.
Best kan.
credit photos : Hazmanfadzil.com
Puasa, dugaan ,.. Lapar ... lalalalal ~~~
ReplyDeleteuhuhu... seronok je nampak gambar2 yg telah Cik Lily ambik... Semua pun cantik..terutamanya yg ada muka u dlm... wuahaha...
ReplyDeleteCik Lily Putih,
ReplyDeleteMy big thank to you for your good effort and great post. Loved to see you again :-)
pagi-pagi dah menggoda iman nih..hehe...harga boleh than tu..kalau dekat boleh jgk nk cuba..ni jauh...!
ReplyDeletesate lilit memang sedap kan... tapi aku sonok ulang makan daging bakar je....
ReplyDeleteruginya ila tak pegi..ada hal masa tue
ReplyDeletebestnya.. tentu sedap makanan2 kat sini kan?? hahaaha :P
ReplyDeleteTeringat lagi kesedapan Tom yam dia..
ReplyDelete