Tuesday, June 12, 2012

Afternoon Hi-Tea and Fashion Workshop with Crocs Official Stylist Calvin Cheong


Hi Korang,

Aku dapat invitation Hi-Tea dan fashion workshop ni daripada kawan blogger aku Kelly Chin. Yelah Ms Kelly Chin Lay Lee ni wakil Malaysia dalam ‘New Crocs New You’ iaitu Crocs Malaysia makeover contest.


Kelly dah pun memenangi sessi ‘personal styling’ dengan fasHion stylist Calvin Cheong dan shopping spre worth RM15,000. Banyak tu kan. Jeles I ok.


So untuk celebrate kemenangan kecil dia tu, so dia jemputlah ktorg blogger ni ke Afternoon Hi-Tea party di T Forty Two (Bistro 42) kat Bangsar Village II. Cantik tempatnya cozy je dan sangat inggeris.  


MC for event tu Shirleen Low merupakan PR for Crocs dan beliau memperkenalkan Kelly dan Calvin Cheong selaku fashion stylist yang akan berkongsi tips mengenai style dan fashion terkini dengan Crocs. Memang sangat menarik

My afternoon tea, tenGok 2 brown suGar ye

Foodies... I love it!


Alah tak ramai pun lebih kurang 7-8 ladies bloggers gitu very itimate session. Ktorg dihidangkan dengan segala jenis food for Hi-Tea. Ada scones, macaroons, cakes, sandwich, butterscotch dan juga tea and coffee. Memang sedap-sedap lah.

Simple je

Ladiesnya

Ini pun sesuai untuk weekend

So sambil makan-makan, ktorg di persembahkan dengan ‘Kelly’s Catwalk’.  So sambil Kelly memperagakan fashion-fashion baju dan kasut Crocs ni sambil itu jugak Calvin Cheong menerangkan apa yang patut dan tidak patut di pakai mengikut sesuatu fashion yang di peragakan.

TenGok pakai topi pun cantik gak

Ikat depan pun, lawa juGak la

Dah nama pun perempuan kan, ktorg memang tak lepaskan peluang untuk bertanyakan itu dan ini mengenai cara pemakaian outfit yang betul. Apa yang sesuai dan apa yang tidak. Banyak jugaklah ilmu yang aku pelajari mengenai fashion sekarang ni. Kadang-kadang kita tengok tu sesuai but sebenarnya tak sesuai langsung dengan kita kan.


Sempat juga aku cuba kasut-kasut Crocs for Summer/Spring 2012 Collection ni. Memang cantik2 lah. Rasanya memang nak angkat satu, sesuai dengan aku yang aktif ni kan.

Sekarang ni Kelly akan mewakli Malaysia untuk peringkat regional untuk memenangi  hadiah ultimate makeover bernilai US$8,000. Banyak tu kan, bukan tu je grand prize itu akan dapat tiket penerbangan return untuk 2 orang ke mana-mana bandar pilihan pemenang seperti China, South Korea, Japan, Taiwan, Hong Kong, Singapore, Thailand, Indonesia, Philippines, Malaysia, Australia, India or South Africa. Best kan.


Nak bagi Kelly menang, senanG je cuma dengan mengundi di ncny.crocsasia.com kat situ boleh tau mengenai voting system dan siapa dah mendahului ye. So apa lagi, jom kita vote reramai untuk Kelly ye.


Anyway many thanks to Kelly, Calvin Cheong dan Shirleen and teams for this special Hi-Tea. Memang best dan dapat tambah ilmu lagi mengenai fashion. So tak de lah aku jadi mangsa fashion lepas ni kan.


Kalau nak tengok Crocs punya collection ni boleh layari di www.crocs.com.my untuk lebih details ye. Aku pun nak view jap lagi coz aku dapat voucher untuk sepasang kasut FREE dari Crocs ni as door gift. Best tuh kan… heheheheh

CLP Notes : Sakit mata Mr Big coz aku dapat kasut Crocs baru kan sebab dia pun minat dengan dengan Crocs ni


6 comments:

  1. Ala, xtaw pulak kak Lily nk jumpa dgn Shirleen tu... kalau tak boleh mintak tolong ambilkan voucher Crocs dari dia...

    ReplyDelete
  2. wahhh nampak meriah betul tu lily...

    ReplyDelete
  3. owhh...fesyen dia nie banyak mixx n match yea... eden beli crocs pasar malam je...huhuhu

    ReplyDelete
  4. Wah... nice! So kasut yang mana kamu dah pilih? share share ni =)

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!