Hi Korang,
Aku ni jarang tengahari pekena makanan thai kan. Selalunya nasi campur yang aku sebat dulu coz pelbagai choice dan murah plak tuh. Di sebabkan hari tuh aku nak pi beli micro simcard untk Samsung SIII aku ni kan, so singgahlah makan kat restoran Thai Up! kat new wings dalam Mines Shopping Centre ni.
Ala makan pun simple-simple je coz nak kejar masa kan. So ktorg makan
Glass noodles Tomyam
Mee soo hoon tu dimasak sekali dengan tomyam ni. Kuahnya sedap tak lebih dan tak kurang limaunya. Tak delah banyak sangat bawang dan serai kan
Thai Fried Rice
Alah macam makan nasi goreng tomyam. Tengok gak kecik but nasi goring punya portion banyak oo. Ayam gorengnya ranggup. Sausage tu aku makan sket je.
Fried Squid With Curry Leaves
Ini sedap sebab selain dari sotong korang leh makan, daun karinya pun crunchy jugak, kunyah cam keropok je.
Jasmine Tea
Haruslah rasa bunga jasmine tak kan rasa bunga ros plak. Aku mintak yang sejuk
Okla sesuai dengan tekak aku. Tak pedas sangat pun. Sesedap rasa. Service pun cepat. Kedai pun bersih. Nyaman je mata memandanglah.
Nak pergi ke sini
Thai Up Restaurant
3th Floor, New Wings (sebelah bread story bakery)
Mines Shopping Fair, Seri Kembangan
HarGa tak de lah maHal mana pun. Ok ok je. Sesuai denGan apa yanG di tawarkan
Jom koranG sinGGaH ke sini ek
lama giler aku tak gi mines.. heheheee
ReplyDeleteHai cik lily. KC tak boleh tgk makanan sbb terlalu suka. Asal tengok je nak. Asal tengok je suka. Suka sgt2 dgn makanan. Hehehe.
ReplyDeletesedapnyer tom yam dia...
ReplyDeleteSotong goreng tu nampak menarik gakk...mesti rasa pedas rempah skit kan
ReplyDelete