Wednesday, April 18, 2012

Eau De Parfum, Wangian SimplySiti LuarBiasa


Hi Korang,

Siapa tak kenal dengan jenama SimplySiti kepunyaan Dato‘ Siti Nurhaliza Tarudin ini. Walaupun jenama ni rasanya macam baru but its actually dah 2 tahun di pasaran kita ni.


So sempena dengan ulangtahun yang kedua ni, SimplySiti telah menapak selangkah lagi dengan melancarkan produk terbaru mereka SimplySiti Eau De Parfum yang terdiri daripada tiga jenis wangian iaitu Pure, Precious dan Mémoire.


Ktorg dapat jemputan ke majlis pelancaran yang bertemakan ‘Masquerade Ball’ ni. Tak sempat nak prepare apa-apa pun, nasib baik diorg kasi mask so dapatlah melaram sket kan.

Ok jom cerita pasal produk Eau De Parfum ni.


Hah ianya bukan sekadar wangian biasa tetapi dengan menggunakan beberapa ekstrak tumbuhan wangian ni boleh membantu si pemakainya menjadi lebih harum, lebih menarik, lebih gembira, dapat mengekalkan bentuk tubuh badan dan juga membangkitkan mood. Bestkan dah macam pakai ubat pelansingan badan tapi bau wangi hehehehe.

Dato K



Aku rasa dengan penampilan 3 hero malaya iaitu Khairul Fahmi Che Mat iaitu Penjaga Gol Pasukan Kebangsaan Malaysia, SM Khalis SM Zul iaitu Ahli Perniagaan Muda Naza Italia dan Adam Yahya sekali Pengarah Ibex Group memberi kelainan dengan memaparkan perspektif lelaki dalam menggambarkan siapa wanita idaman mereka. Kalau dah ada lelaki mestilah ada model perempuan kan. SimplySiti turut memperkenalkan Leuniey Natasha sebagai model bagi Eau De Parfum produk ni.




Sempena lahirnya produk terbaru ni, SimplySiti akan menjalankan satu kempen Pencarian Bintang ‘SimplySiti Star Search‘ yang bergabung tenaga dengan Mejar David Teo, Metrowealth Pictures selaku Syarikat Produksi Rasmi serta Majalah LISA sebagai Majalah Rasmi kempen ini bagi mencari 3 gadis yang berbakat untuk menjadi bintang terbaru di Malaysia.

Adam Yahya


Leuniey Natasha

Khairul Fami Che Mat

Hans Issac


Nak join SimplySiti Star Search?

Senang je, check it out kat Facebook SimplySiti dah upload gambar korang kat sana untuk dapatkan vote atau pun hadirkan diri ke Roadshow Ujibakat‘SimplySiti Star Search’ yang akan bermula tak lama lagi.

Hadiah? Haruslah menarik kan. Selain dari menjadi pelakon terbaru dalam filem David Teo, Majalah LISA akan turut mempamerkan ketiga2 wajah korang ni dalam cerita utama majalah mereka dan juga mendapat wang tunai dan hamper dari Simply Siti.


For details, layari www.simplysiti.com.y dan klik ‘LIKE’ di Facebook SimplySiti, Facepage ‘David Teao’ dan MIG Online


Produk SimplySite, boleh di dapati di semua cawangan Watson’s, Guardian, Jusco, Carrefour dan Tesco terpilih, di Sogo KL dan kedai konsep kiosk SimplySiti yang diiktiraf di seluruh Negara dan juga di Paloma, Brunei Darussalam.


Gegambo lain ada banyak kat facebook aku. Go and check it out ye. Tak kan nak letak 260 keping gambo kat sini plak.

CLP notes : Nak jadi artis cam aku, meh join SimplySiti Star Search ni ek.



4 comments:

  1. Suka la dengan baju Tok Ti, cantik sangat.. :)

    Tahniah CikLily sebab dapat bergambar dengan mereka ;)

    ReplyDelete
  2. Cantiknya Tok Ti.. Handsome gila kot KFCM kat sini.. hehehe ;)

    ReplyDelete
  3. strategi bagus siti amik APEX tu jadi DUTA.... anyway bila produk dia ada kat most supermarket mudahkan orang nak belikan....

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!