Friday, March 2, 2012

Cuci Muka dengan Garnier Pure 3 in 1 Cleanser


Hi Korang,

Bila bercakap mengenai kulit muka, rasanya 80% daripada rakyat Malaysia  mempunyai masalah kulit muka berminyak dan pori terbuka macam aku ni kan. Maklumlah cuaca negara kita yang tak menentu panas lembap merupakan salah satu punca kulit muka jadi cam ni.


So nak kurangkan masalah sebegini, seharusnya lah kita semua cuci muka sebersih yang mungkin kan. Tapi apa yang kita cuci tu bersih ke? Setakat hilangkan minyak sementara waktu bolehlah but if untuk selama-lamanya cam ner?

Haruslah risau gak kan especially aku kan.

So berketepatan lah dengan masalah ni, rasanya Garnier memperkenalkan Garnier Pure 3in1 Cleanser yang merupakan produk pencuci muka yang bertindak bukan 1 atau 2 tapi dengan 3 cara untuk membuatkan kulit muka kita kelihatan segar dan bersih.


Tiga cara untuk menjadikan kulit muka korang bersih dan segar.

  • Wash - Membersihkan kulit dan menghilangkan kekotoran. Ia juga membantu melindungi daripada ketidaksempurnaan sebelum mereka muncul.
  • Scrub -  Membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan bintik hitam dan liang-liang unclogs untuk mendedahkan kulit yang lebih berseri.
  • Mask -   Gunakan setiap minggu sebagai produk rawatan untuk membantu mengawal kulit berminyak.


Untuk menjadikan 3 cara ini menjadi berkesan, Garnier telah menggabungkan bahan-bahan yang terbaik yang aktif secara semulajadi untuk memerangi kulit berminyak dan ketidak sempurnaan seperti jerawat, noda dan parut yang terselindung. 


Di antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk ini White Clay, Zinc, Smithsonite and Pumice Stone dan ianya berfungsi untuk menyerap kilaun minyak dimuka, mengawal pengeluaran minyak, menyingkirkan kotoran seperti blackheads dan mengurangkan keradangan.

Pendek kata apa saja yang berkaitan dengan kulit berminyak semuanya dapat di atasi oleh Garnier Pure 3in 1 Cleanser ni.


Nak cuba? Ok je. Garnier Pure 3 in 1 Cleanser ni boleh di dapati di mana-mana hypermarket, famasi, kedai runcit dengan harga RM19.90 for 150ml. Erm besar gak tu leh lah pakai lama kan, jimat sket duit shopping.

Aku? haruslah cuba kan muka aku berminyak!



21 comments:

  1. Ada tengok hari tu dekat watsons. Okay jugak ni. Padat. Kira murah dah ni. :D

    ReplyDelete
  2. produk ni memang kegemaran perempuan :)

    ReplyDelete
  3. Nurul pun sama.. jenis kulit muka minyak..

    kalau tak cuci muka tengahari tu.. memang minyak tu boleh buat goreng ikan..

    cik lily tahu tak bedak muka apa ye yg boleh kurangkan minyak kat muka.. :-)

    ReplyDelete
  4. wow siap berbaring aaa...model baik punya

    ReplyDelete
  5. jika mahu kulit muka yg cntik..mai lar singgah blog ieka..de produk yg menawan ! ^_^

    ReplyDelete
  6. @Cik Nurul
    itu yg cuba ni.moga2 ada perubahan. pasal bedak nanti k lily check ek

    ReplyDelete
  7. @k ina
    tukang amik gambo suruh baring, kite ikut je

    ReplyDelete
  8. ada perubahan tak lepas pakai product ni?sy nk try la coz muke berminyak..1 month cuba safi rania gold tp makin bminyak n jerawat naik..huhu

    ReplyDelete
  9. ade toner n cream x cik lily??

    ReplyDelete
  10. ni pas wash ky toner ta ????

    ReplyDelete
  11. boleh jadikan mask?

    ReplyDelete
  12. napa lepas pakai safi kulit makin berjerawat n berminyak ye. takut pulak nak pakai produk lain.

    ReplyDelete
  13. Napa ye lepas pakai pembersih muka safi untuk kulit berminyak makin berminyak muka. n jerawat tak henti2 naik.

    ReplyDelete
  14. KALU LAKI BOLE PAKAI GA KEW

    ReplyDelete
  15. garnier ni unisex maksudnya x kira laki or pompuan,,,saya pun guna garnier oil clear warna biru

    ReplyDelete
  16. boleh je tok laki,,saya pun guna oil clear dr garnier

    ReplyDelete
  17. anonymous ----boleh jek,,sy pun guna grnier..saya pun lelaki

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!