Hi Korang,
Rasanya semalam aku dah citer pasal rumah kedua aku yang hebat tu kan. So now meh aku nak citer travel journey aku hari tuh. Aku memang driving ke Penang, seorang diri ok. Itu yang tak boleh blah tuh. Di sebabkan segalanya adhoc, so Mr Big tak boleh amik cuti. Jawabnya kena aku bawak kereta sengsorang kan. Sedey tau huhuhuhuhu..
Kuar umah dalam kul 6.40pagi cam tuh. Aku start naik toll Jalan Duta ngam2 kul 7.30pagi. Walaupun kereta banyak but still flow aku lancar je. Langsung tak de jem. Once aku naik je toll aku rasa ada 3 distance or the way of driving untuk ke Penang ni.
Boring Distance
Bagi aku perjalanan dari R&R Sg Buloh hingga ke R&R Tapah memang boring. Mana taknya, kalau korang perasan kanan kiri jalan penuh dengan hutan je. Sana hutan sini hutan. Kejap2 tu kan Cuma ada signage je yang tunjukkan exit keluar . Kat distance ni jugaklah para pak polisi suka sangat menembak balik tiang jambatan. Masa aku lalu tu belum ada lagi. Kira nasib baik gak lah kan. Sedaplah pecut selaju mungkin. Then sampai Tapah terus je stop kencing dan isi minyak. Tempat lain aku tak berape berani nak berhenti, banyak lori yang bersidai kat R&R kecik2 nie.
Adventure Distance
Part ni memang sangat mencabar betul. Lepas je dari R&R Tapah tu, jalan dah tinggal 2 lane. Then dah kena mula mendaki bukit. Bila time dari Ipoh ke Kuala Kangsar tu, memang totally mencabar. Sebelum nak masuk terowong tuh, kena mendaki bukit. Then nampak gua batu kapur dan kuari dekat area Ipoh nie. Lepas kuar dari terowong tu, kena menurun bukit plak. Ishk seram betul lah. So kat sini kemahiran aku gunakan gear dicabar. Yelah eventho automatic gear but still aku kena tukar2 ikut kesesuaian. Sekejap gear 3, sekejap gear D balik kan. Hah cam tu lah sampai ke area nak masuk Kuala Kangsar. Dengan kereta boleh tahan banyak dapat jugak aku harungi semua ni. Ermm lega betul lah.
Rileks Distance
Start masuk area Perak utara je, dah syok driving. Yelah lah kereta pun dah kurang, pemandangan pun dah cantik. Dapat tengok kampung orang, lembu, kerbau, kolam ikan, kebun buah, sawah padi dan memacam lagi lah. Leka sekejap lah kan.Then bila masuk Penang, korang boleh tengok kilang2 yang produce barang2 yang kita tau macam kilang Yusuf Taiyob, kilang tiger balm, kilang tupperware elianware ada lagi yang aku tak ingat lah. Sepanjang jalan nak ke toll Juru tu majoriti memang nampak kilang je.
Bayar toll RM43.30 then terus je masuk Penang bridge.
Sebenarnya seronok jugak lah driving sengsorang long distance ni, walaupun ramai orang kata boring coz tak de teman kan but I really enjoyed it. Boleh stop sesuka hati, melalak menyanyi macam pusat karaoke pun boleh. Masa driving ni lah, aku dapat fikir memacam tentang diri aku, family, keje, blogging dan yang mengarut2 pun ada gak.
Rasa-rasa korang nak cuba drive sengsorang ni, baiklah cuba. Try yang betul2 long distance lah. Kalau setakat pi keje balik keje tak kira tau. Tak mencabar tuh.
sy selalu drive sorg2.. Tapi, dua jam je la. Shah alam ke Perak... little bit boring jgk sbnrnye.. hahaha... Tp, ade best gak sbb leh buat keta tu mcm karoke box.. hahah
ReplyDeleteMe going back to Penang besok... Since travel dengan bebudak, kenala balik siang... Anyway, Enjoy Penang! And jgn lupa try Penang foods. Penang is food paradaiso... Try pi pekena nasik kandaq! Kalu rajin, memalam pegi la Batu Ferringhi night market. Bleh borong begs... hehee...
ReplyDeletekalau kerja aku travel kan best ada claim boleh ngular haha
ReplyDeleteSampai kg. mertua kita dekat balik pulau kirim salam dengan mak mertua ye.. hehehe
ReplyDeletelaaaaa.. drive sensorang ke? huhuhu
ReplyDeletesetuju!
ReplyDeleteaku pon suka long distance journey, ada masa byk, leh pikir macam2..nk2 kalo lalu tmpt yg sgt tenang dan jauh berbeza dr KL..weee
aku nak ke Penang bulan doblas... cuti2 malaysia... hehe..
ReplyDeleteitu yang dasat pasal blogger nie... kalau kena pegi duty travel tu mesti ingat nak update pasal blog kan...hehehe
ReplyDeleteHaha.. Ini sambil driving sambil amik gambo ke ni? Bahaya ni cik lily.. Hehehehe
ReplyDeleteKalau saya rasa boring gak.. So far tak pernah lagi drive sorang balik Penang...
ReplyDeleteBila balik sini, kirim nasikandar skit... mengidam nie... lama tak makan... he he eh..