Hi Korang,
Baru-baru ni aku dapat jemputan ke Majlis Pelancaran Mychef yang merupakan pengeluar produk makanan halal dan mudah di sediakan di Tapis Rouge, The Strand Kota Damansara. Ala biasalah Geng Tali Barut K Ina dan Jejai, mesti ada kan.
Dengan menggunakan tagline ‘ The New Gourmet Experience’ My Chef menawarkan 14 jenis pelbagai produk terbarunya yang bertujuan mambantu sesiapa sahaja terutamanya wanita berkerjaya memasak dengan mudah dan cepat.
Ianya di inspirasikan daripada masakan tradisional melayu, nyonya, barat dan juga asian yang dicipta khas oleh chef selebriti yang terkemuka di Malaysia iaitu Chef Liza, Chef Florence Tan, Dato’ Hj Chef Ismail dan Chef Zam.
Ianya di inspirasikan daripada masakan tradisional melayu, nyonya, barat dan juga asian yang dicipta khas oleh chef selebriti yang terkemuka di Malaysia iaitu Chef Liza, Chef Florence Tan, Dato’ Hj Chef Ismail dan Chef Zam.
Mohd Fairuz Abdullah, CEO bagi Flavor Innovation berkata ‘mychef adalah jenama baru dan inovatif yang merancang untuk menembusi pasaran runcit malaysia dengan memperkenalkan satu kategori makanan yang baru, berdasarkan gaya hidup pengguna. Sekarang semua orang akan mempunyai peluang untuk menikmati resepi oleh chef selebriti Malaysia dalam keselesaan rumah sendiri’.
Resepi yang dicipta dengan bahan-bahan yang dipilih khas untuk memberi para pengguna merasai pengalaman masakan yang benar-benar baru, memastikan persembahan menggiurkan dan lazat dan menyediakan makanan yang sihat rendah kalori, lemak, tepu, gula dan garam.
Ini dibuktikan lagi dengan Mychef memperkenalkan 'lampu isyarat warna berkod' iaitu panduan pemakanan untuk membantu pengguna memilih diet yang lebih sihat. Hijau menandakan kandungan yang rendah, yang merupakan pilihan yang lebih sihat, amber untuk kandungan yang sederhana, yang diterima dan merah mewakili kandungan yang tinggi, yang kurang sihat sebagaimana yang ditakrifkan oleh Agensi Piawaian Makanan UK.
Rangkaian makanan gourmet baru mychef akan boleh didapati di Jaya Groccer dalam minggu November 21 dan DISEMBER 4 di tesco dan Giant dalam lembah klang.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini, sila layari laman facebook mychef di https://www.facebook.com/ mychef.healthy.n.delicious
Bagi aku ok what, ada produk cam nie, boleh tolong aku bila ketandusan idea nak masak kan. Ermm once aku dah cuba nanti, aku citer kat korang ek. Sedap memang sedap pun.
ermm produk baru...boleh cuba nanti
ReplyDeleteWah, Cik Lily bergambar dengan Datin Tiara Jaquelina...cantik tak die in person??
ReplyDeleteDang bang a gang a lang a lang!
ReplyDeleteDang - those boxes are big - you could never finish that meal at one sitting.
http://ketchupchipsusa.blogspot.com/