Hi Korang,
Tengah korang bawak kereta, tup-tup terlanggar lubang plak. Aduiyai, melantun2 dibuatkan badan kita kan. Dah rasa cam pi urut plak.
Sebab apa leh jadi cam tuh? Pasal absorber kereta lah kan.
Eh, absorber ni penting dalam sesatu kereta, yelah untuk keselamatan dan keselesaan bila kita tengok driving kan. Bayangkan korang tengah sedap tekan minyak lelaju kan, tetiba kereta tu cam menyengget dan gerak tak lurus dan korang terpaksa betulkan kedudukan stereng, kereta tu dah rasa cam terapung atas jalan kan.
Absorber ni terletak dekat dengan setiap tayar yg korang ado
Cara nak kenalpasti absorber korang elok ke dah rosak
i) Tekan dengan kuat pada setiap sudut yang mempunyai absorber dan lepaskan. Jika ia tidak kembali ke kedudukan asal ataupun ia tidak turun sewaktu ditekan, ini bermakna absorber telah menjadi terlalu keras atau telah tersekat akibat tiada atau sedikit sangat pergerakan pada piston rod didalam penyerap hentak. Anda dinasihatkan untuk mengganti absorber baru.
Absorber yang dah rosak/lama
ii) Anda juga boleh membuat pemeriksaan secara visual pada absorber kereta anda. Anda boleh perhatikan sebarang kebocoran dari atas penyerap hentak sehinggalah ke tapak pegas. Jika anda gunakan absorber gas, ia masih mengeluarkan minyak jika bocor oleh kerana absorber jenis ini menggunakan minyak sebagai pelincir.
Penting bagi anda untuk membezakan lelehan minyak dengan wap gas yang mengumpul habuk pada absorber kerana kes kedua tersebut adalah normal dan ia bukannya tanda kerosakan absorber. Jika anda kurang pasti, anda boleh menghantar kereta anda ke bengkel kereta untuk pemeriksaan. Jika terbukti absorber anda telah bocor, maka kenalah tukar baru kan.
iii) Tayar anda kelihatan tidak rata dan berbukit-bukit. Ini membuktikan bahawa tayar kereta anda mendapat sentuhan pada jalanraya dengan tidak sekata. Ini juga bermakna bahawa absorber kereta anda mempunyai sistem penyerap hentak (damper) telah gagal menolak atau menampung sentuhan tayar(contact-patch) secara sekata. Anda dinasihatkan untuk menukar absorber kereta anda dan mengantikan tayar yang terlibat.
Harga absorber ni plak ikut brand mana yang korang suka. Ada Kayaba, APM memacam lagi lah. Kena tukar sepasang but tak yah serentak nak tukar depan belakang. Pening kepala korang nak bayar kan.
Kalau rasa tak pernah tukar absorber sejak dari beli keta tuh, kira2 dalam 2-3 tahun ke atas. Baik tukar coz jadi apa-apa kan.
So rasanya aku leh citer pasal absorber kereta, kalau korang rasa ada yang tak cukup info, meh bagitau aku ek. Komen je kat bawah tu tau.
Info dari : Thanks for Info : Sioloon.Com
lama tak dengar story psal kereta ni,baru malam ni ada,jadi nak tanya sikit pasal absober ni,apa beza guna absober minyak dengan absober gas.
ReplyDeletebeb....dah tukar HEADER baru yea....comel je ...
ReplyDeletekete punya absorber aku tak tau tukar.. motor punya boleh aku tukar.. hehe
ReplyDeleteMemang betul... absorber ni kena jaga. kalau tak makin berjangkit la penyakitnya nanti.
ReplyDeleteBerapa kos tukar absorber kereta skali dgn upah?
ReplyDeletesalam...saya jual absorber murah online.penghantaran ke seluruh Malaysia,
ReplyDeleteboleh survey2 dulu harga,ORIGINAL KYB ,barang akan di hantar terus ke tempat anda,anda boleh jimat banyak RM!cuma bayar upah pasang je...
sila ke www.absorbermurah.blogspot.com
Mana patut tukar dlu depan ke belakang?kalo tukar absorber coil spring kena tukar sekali tak?
ReplyDeleteMana samapai ajal dulu?absotber depan ke atau belakang?mana ptt tukar dlu?
ReplyDeleteKalau absorber bocor tapi tangguh dulu tukar dapat beri kesan kepada kereta ka
ReplyDelete