Tuesday, September 6, 2011

Mari Menjamu Selera @ MFC Seri Bangi, Sedappp..


Hi Korang,



Sambil hantar CPU pi repair malam tadi, sempat jugak lah ktorg pi dinner kat MFC nie. Actually MFC ni stand for Muzdalfa Fried Chicken. Restaurant ini ala-ala seperti KFC but ownernya  berbangsa Pakistan, bukannya orang Kelate tau. Itu yang sempat aku duk gossip2 dengan sr supervisor MFC ni kan.


First impression, bila masuk restaurant ni ialah boleh ke kedai ni compete dengan fastfood restaurant yang ada nama sekarang nie kan. 


As usual, kena order dulu kat kaunter then baru la ke tempat duduk. Bila tengok menunya, aku rasa sama jugak dengan fastfood yang lain coz ada ayam goreng, burger, kentang goreng, coleslaw but MFC ni ada menu tambahan yang agak special sket iaitu Pizza,Chicken Kabsah, Humus, Kebab dan Nasi Arab.



Once dah order angkat apa yang beli then ktorg terus je duduk depan tv yang disediakan kan. Best sket makan coz ada hiburan kan. Layan lah video klip2 artis kita kan.

So meh aku tunjukkan kat korang apa yang ktorg makan semalam.

Ayam goreng – Original dan Spicy

Pizza Chicken Delight

Pizza Chicken Pepperoni

 Coleslaw dan drinks

So far, not bad jugak rasanya. All most the same macam fastfood lain gak lah. Bagi aku, aku prefer ayam goreng spicy dari original coz original tu nampak kecik sangat. Yang spicy tu rasanya mantap betul. Pizza plak, dohnya lembut dan garing. Intinya plak membuak2 cheesenya. The rest sama je rasanya, sedap.

Makan sambil tengok tv, cam nie lah

Bertali kan cheesenya

By the way, restaurant 2 tingkat ni menyediakan surau untuk bersolat dan play area untuk anak-anak kecil bermain, tak lupa juga WiFi di sediakan secara percuma. Sesuai untuk keluarga yang ramai, yang sket, pasangan bercinta, nak surfing sambil makan kan. Harga pulak berpatutan lah. Tak de mahal sangat. Just nice gitu.



Kalau nak tau restaurant ni di Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.. Full address tak tau plak lah kan.


Mr Big kata dia nak kasi rating 4/5 star lah.


Rasanya memang ktorg akan ke sini lagi untuk try Nasi Arab dan menu2 yang lain plak ek. Korang pun boleh lah mencuba kan. Aku recommend pizza. Sedap x henggat..



4 comments:

  1. kt mana ni?cm best jee..x pernah dgr lagi pon

    ReplyDelete
  2. salam lily nak pi bangi nnt nk cuba singgah sini la pula cuba pizza dia nampak cam sedap je tu :)

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing this nice and interesting blog.it is really good post.thanks..

    ReplyDelete
  4. sememangnya dalam plan aku nak terjah kedai makan area bangi nie...

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!