Wednesday, July 6, 2011

Sempat Bergambar Dengan Artis Semasa Majlis Pra Tonton Filem Tolong! Awek Aku Pontianak!

Hi Korang,

Semalam sempat jugak aku menghadirkan diri ke pra-tonton Filem Tolong! Awek Aku Pontianak! kat TGV Wangsa Walk. Thanks to Maxis coz bagi ticket nie kan. Ktorg dapat 4 invitation lagi. Walaupun baru je sampai dari Penang but sempat jugak kan berjalan.


Lepas amik tiket tu terus je pi makan kat Kunyah Cafe dengan Hazman and frens. Kemudian baru masuk panggung. Rupanya free seating. Ktorg dapat tempat bawah but best jugak coz viewnya lebih luas. Sekali masuk2 ada artis seperti Liyana Jasmay, Nurul, Zahiril Adzim dan a few lagi lah.


Sebelum citer lebih panjang lagi, meh korang layan sinopsis filem Tolong Awek Aku Pontianak nie:

Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.


Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.

Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu?
Hah, apa macam? Teruja tak? Ermm bagi aku citer nie totally kelakar abis. Jalan ceritanya simple dan senang nak faham. Komedi romantik lah katakan. Thumb up to Zahiril Adzim coz lakonannya memang terbaek lah. Liyana Jasmay pun not bad. Kalau korang penah tengok Cinta Si Pari2 hah lebih kurang cam tu lah watak Liyana. Sesangat funny.

Mr Big cakap dia bagi 3.5 out of 5 untuk filem ni sebab citer lawak sesangat.

With Zahiril Adzim

With Pian TAAP

Liyana Jasmay yang sporting

Mr Big with Nurul

Anyway sebelum balik sempat jugak bergambar dengan pelakon2 filem nie. Diorg memang sporting abis. Siap boleh borak2 lagi kan. Aku sempat jugak borak dengan Zahiril pasal buku dia 'Bogel Menuju Tuhan' tuh. Sekarang ni on 2nd print, yang 1st tu dah abis. Dia totally tak sombong langsung

Sekali sekala dapat meet and greet dengan artis ni best jugak kan.

Ok dah.. nak buat benda lain plak lah... hehehehe..









6 comments:

  1. bestny dpat brgmbar ngn dorang!! msti best cite tu.. nk tgk la nnti.. hik3

    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  2. Watak PIAN tu memang tak boleh bla laa....tiba2 teringat costume AVATAR yang dia pakai tue...

    ReplyDelete
  3. semua kat atas kid dah jumpa kecuali Pian.. nanti bergambar dengan bekas artis shakiddo yea... hhahaa
    Lagu BERSIH yang telah di BANNED!

    ReplyDelete
  4. amboi mr big bukan main ngan cik nurul tu :)

    ReplyDelete
  5. memang best kan pelakun ni semua..cerita pun menghiburkan

    ReplyDelete
  6. wah bergamba ngan pelakon JUvana tu erkk...

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!