Hi Korang,
Hari ni lain daripada lain sket aku nak citer. Normally asyik pasal makan, berjalan, berenjoy kan. Ni aku nak kongsi dengan korang especially orang2 pompuan ni kan.
So setiap hari khamis kalau aku ada kelapangan, aku akan kongsilah citer pasal kereta ni kan. Tak kiralah dari segi tips jaga kereta untuk orang pompuan, citer pasal accident kereta ke, pasal jalanraya ke apa sahaja pasal kereta lah kata kan.
Kita orang pompuan ni kenalah tahu sket2 pasal kereta kan. Manalah tau jadi apa-apa kat jalan kita plak sengsorang. Sapa nak tolong kan? Kalau dekat highway boleh call PLUS kan. Kalau kat ceruk rantau.. ermm. Tengok keta aku jatuh longkang tuh, nasib baik time tu ada orang. Kalau tak?....
So hari ni aku nak citer apa yang ada dalam bonet depan kereta kita kan. Ait bonet pun tak tau ke? Eh ini tak boleh jadi ni.
Hah dah tau kan. Itulah dia. Kira macam motherboard kereta lah kan. Kalau one of the komponen ni meragam. Siap je ongkosnya kan. Lupa nak bagitau enjin kereta aku ni kotor sket maklumlah keje kat site kan, dengan berdebu, lecak semualah ada kat dalam ni.
Dah tau enjin kereta tu apa kan. Meh kita berkenalan dengan komponen yang ada dalam bahagian enjin ni
1. Enjin Lah Nyawa Kereta
Eh mestilah nie kenal gile ko kalau tak de cam ne nak jalan kan.Ni cover je. Aku nak bukak malas lah leceh. nanti kalau aku pi service kete aku tunjuk kan korang ek. Kat bahagian ni ada tempat untuk minyak enjin, coil, spark plug dan memacam lagi lah.
2. Bateri Kereta
Penting ni, kalau korang nak dengar radio tanpa bukak enjin. Ini lah function bateri sebagai tenaga electric sementara kan sebelum enjin kereta di hidupkan. Konon2 back-up sekejap lah.
3. Radiator Kereta
Ini pun sama hebat jugak function. Kalau radiator ni bocor ke pecah. Hancus enjin kereta. Langsung tak boleh jalan. Bahagian ini tempat untuk sejukkan enjin. Yelah kita kene selalu tengok level air/coolant yang ada dalam radiator ni.
4. Air Con kete
Yang korang tengok nie gambo kepala gas air con je sebab bahagian air con kompressor tu belah bawah. So payah sket nak amik gambo kan.
5. Minyak brek
Ini tempat untuk minyak brek. So korang bukak dan check sendiri lah samaada minyak brek tu dah sket ke banyak lagi ke kan. Kalau tak cukup boleh tambah.
6. Hon kereta
Aku suka part ni. Kalau kereta lain cam jahanam je, korang hon je sekuat hati. Tapi jangan plak bila nampak lembu ko hon plak, kang kene terajang plak. Diorg tuh sensitif bunyi hon ni.
Actually banyak lagi aku nak citer pasal komponen2 penting dalam enjin kereta ni kan. But slow2 dulu, kang penah plak korang nak hafal semua function kan.
Nanti minggu2 depan aku citer plak apa yang ada dalam kereta plak. Ini kalau korang tak tau jugak ermm.. payah aku nak tolong kan
keta akak penah rosak time bwk bebudak bertigas tu kluar pegi popular book store. psal tu le bab keta ni tau gak la serba ckit. tapi kalo soh tukar tayar, memang tak reti
ReplyDeleteSesungguhnya cik lily adalah pemandu yang berhemah....
ReplyDeleteenjin keta? eerrr, apa tu?
ReplyDeletehehehe...
kite tahu start keta terus jalan.. iskhh, teruk kan :(
waaaahhh.. jadi mekanik lak nih.. gud gud.. :)
ReplyDeleteAmaran kepada NUFFNANG!!!
haritu ada segerombolan lembu melintas depan kereta aku. menggeletar jugak pegang stereng. nasib baik tak tertekan hon. *lari topik* kbai!
ReplyDeletesusah nak cari pmpuan cik lily nih..tahu pasal kete sgala bgai..heheheh
ReplyDelete