Friday, April 22, 2011

Sambungan Cerita Panas!! Kisah Cik Lily Putih Di Tahan Polis

Hi Korang,

Mesti kepoh kan nak tau citer aku kena tahan polis hari tuh kan..

Ini sambungannya..

Esoknya lepas aku settle keje aku then print gambo kete PP yang sempat aku amik tu kan. Aku terus pi balai polis kat pekan Nilai lama tuh kan. Perasaan meluap2 tuh dah ada dari semalam kan, sampai nak tidur pun still terbayang2 muka pak polisi jeng jeng jeng tu kan.


Masuk2 je balai je, aku boleh terbau durian plak. Lagilah nak muntah ni, pepagi lagi dah bedal durian kan. Korang ni keje ke tak? Dekat receiption dia ada 2 orang polis. Sorang muda sorang lagi berumur. Yang tua cam kerek2 je pandang aku kan. So cam nie citer dia :


Polis muda : Boleh saya bantu cik?
Aku : Ermm saya ada kemusykilan sket lah pasal perkhidmatan kete PP ni lah encik.
Polis tua : Hah, kenapa plak tuh?
Aku : Cam nie encik, semalam.. ( aku pun citer lah dari A-Z )
Polis tua : Awak perasan ke no plate kete PP tuh?
Aku : Ni saya sempat amik gambo then print nie encik
Polis muda : Uisk sempat jugak ye ( Sambil tengok gambo yang aku amik tu lah)
Aku : Bukan apa encik, manalah tau diorg ni nak memperdajalkan saya. Ni kan zaman IT semua boleh jadi kan (muke aku plak time tu tengah berkerut2 tahan marah)

Polis tua : Ermm sebenarnya cam nie cik, kete PP ni berhak untuk tahan orang awam. Tak kira lah dato, datin, melayu, cina, omputih, bangla ke. Ini kerana seseorang peronda polis tu di kehendaki membuat pemeriksaan am iaitu dia berhak untuk check sesiapa yang dia rasa meragukan. Itu sahaja. Ini arahan ketua balai encik. Kalau dia meronda tapi dalam borang pemeriksaan am tu kosong maknanya dia makan gaji buta lah cik.
Aku : Oooooo saya ingatkan apa halnya plak kan. Maklumlah tahan cam tu je. Tanpa bagi apa2 jawapan. Puaslah saya tanya org2 yang saya kenal dalam polis pasal hal ni. Diorg pun cam pelik jugak.
Polis tua : Semua balai tak sama procedurnya, bergantung kepada ketua balai.

Aku : Itu saya tak kisah. Yang saya marah tu, bila saya tanya dia tak nak jawab. Dia cakap benda lain. Cakap jelah pemeriksaan biasa je so tak de lah sampai saya tak tidur malam kan.
Polis muda : Mintak maaf ye cik. Dia tak sengaja kot. Cam ke orang yang tahan cik tuh?
Aku : Mestilah saya ingat. Sampai no badan (NRIC) polis tu saya boleh ingat.Pangkalnya 170....
Polis tua : No badan? Jarang orang awam tahu perkataan2 cam ni. Cik ni siapa?
Aku : Saya ni dah 30 tahun tinggal dengan polis. Dari kecik sampai beso. So memang dah biasa bahasa2 polis ni. Ayah, pakcik,makcik, abang, sepupu semuanya polis.
Polis muda : La cam tu rupanya, padanlah cam tak puas hati bila kena tahan ye.
Aku : Tak delah tak puas hati (padahal dalam hati tgh panas kan) tapi saya takut jadi apa2 nanti kan susah.
Polis tua : Tak de apa lah cik. Perkara ni biasa. Tak salah kalau kita nak tau kebenaran kan.
Aku : Terima kasih ye encik
Polis muda & tua : Sama-sama ( sambil senyum dan angkat tangan)


Bila aku keluar je cari balai polis tuh. Muka bukan main berseri lagi. Hilang segala perasaan marah meluap2 tadi kan. Yelah dah tau kebenaran. Tak sampai 5 minit, mr Big call sibuk tanya pasal hal ni. Bila dah explain, nak tau dia cakap apa ' I rasalah polis tu mesti cuak dengan u kan, yelah anak taiko polis JB kan, hehehehhehe'. Bengong kan laki aku nie.

Ermm itu lah dia citer sebenarnya. Jadi kesimpulannya, bila polis tahan tu buat je cam biasa. Tanya diorg ni apa yang diorg nak buat dengan details kite tu kan. Jangan bagi je membuta tuli. Tak pun kalau nampak je kete polis tu cepat2 jalan jangan bagi dirog kejar.. hehehehhehe..
 
Ingat tuh tau...
 
P/S : Tak boleh amik gambo dalam balai lah. Takut aku kang kena tangkap plak...

9 comments:

  1. ooo camtu
    jangan la diorg tetiba cuak dgn kete aku
    mau aku terkincit nnt... hahaha

    ReplyDelete
  2. perghh..kalo aku kena mcm tu lps ni, aku pun nak guna terms 'nombor badan' la.
    kasi dia gentar skit..(gila weh aku guna pktn gentar).lps tu aku taruk la nama sesapa sbg bapak aku..huahuahua

    ReplyDelete
  3. alahai lily memang beranilah kamu ni..baguslah camtu..ashik kita jer kena tanya dek polis sekali sekala kena gak polis tu kena tanya dek kita kan..

    ReplyDelete
  4. wah polis pun kena terjah ke?? erm bagus ar dah daat penjelasan..takde ar serabut otak kita nak pikir benda yang was2...

    ReplyDelete
  5. fuh.... macam tu ceritanya... so, keta PP tu dari balai mana? nilai tu ke?

    ReplyDelete
  6. wah rupa nya cik lily ni anak polis, padan muka polis kat nilai tu kan, mesti gentar bila tau pasal lily anak polis he he..

    terima kasih kerna sambung citer ni..

    ReplyDelete
  7. kekadang kita kena berani sikit dengan polis ni.. kalau tak dia buat main2 dengan kita.. tak gitu anak pegawai polis? heheehe

    ReplyDelete
  8. hahahahaa... no badan saya nak?
    caiyok caiyok!! dah abiss ke drama bersisir ni? :)

    BE ke 5 untuk tahun 2011

    ReplyDelete
  9. polis ni memang kdang2 belagak je lbih..tak sopan pun ada. bagus akak memang berani..tabik r org melaka

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!