Monday, February 28, 2011

Sepanjang February 2011

Hi Korang,

Ermm hari ni nothing much to write. Bukan sebab apa-apa pun. Tup2 hari ni aku naik pangkat jadi IT Support plak. Rupanya dari weekend lagi server opis ni dah down so hari ni aku baru tau. Itu yang letih tu, nak kena cari port2 yang yang kosong untuk dipindahkan ke switch yang lain. Ala kalau aku cerita details pun korang mesti tak paham kan. So tak yah citer lah.


Bulan ni, tak banyak aktiviti lah eventho banyak cuti public holiday kan but keje2 berblogging masih diteruskan jugak. So far ada a few activities yang dapat aku join.

Event

Aku dapat invitation for Hi-Tea with PM kat Putrajaya. Aku dapat juga tengok teater di Actor Studio Lot 10. Dapat jugak pegi Money Workshop.

Premiere Screening

Aku dapat jemputan dari Cik Hel untuk filem Ratu The Movie. Citer2 omputih aku tak dapat pun huhuhu

Outing

Tak kemana pun, cuma balik kampung tolong mak aku bersihkan umah masa time banjir hari tuh dan lepak dengan familly mrBig kat Pavillion je.

Skills

Ini lagi teruk, bulan ni jarang masak coz asyik balik lambat je. So aku mengasah skill mengorder kat kedai mamak bawah umah aku ni je.
 
 
Kebanyakan event or activities yang aku pegi nie adalah from Nuffnang. So thank you nuffnang. Walaupun aku bukan blogger famous/glamer yang jarang dapat B.E apatah lagi advertorial post tapi dapat pi event2 nie pun dah cukup bernasib baik rasanya.

 
Ini adalah hasil usaha aku berblogging. Aku bukan mementingkan duit atau traffic tapi pengalaman tu aku rasa lagi bermakna dari segalanya. Apa-apa aku bangga dan bersyukur dengan apa yang aku lalui dalam bulan Februari ni.

Sunday, February 27, 2011

Review Filem : Ratu The Movie

Hi Korang,

Aku tengah minum manggo passion from Starbucks sambil update blog serta tengah tunggu citer Perempuan yang menang Anugerah Sri Angkasa hari tuh.. ishk tak start2 lagi lah plak.


Baru-baru ni aku datang jemputan dari Cik Helena untuk menonton pelancaran filem Ratu The Movie di The Curve Damansara.


File Ratu The Movie ini adalah arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen dan di edarkan oleh Wayang Studio International (WSI) and Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd.

With Eizlan Yusof & Wife

Filem ini mengisahkan cerita tentang 10 orang bakal ratu cantik terdampar di sebuah pulau akibat ribut kencang semasa percutian mereka bersama-sama krew pertandingan ratu cantik ini. Pelbagai kejadian aneh yang berlaku kepada mereka yang mengakibatkan mereka hilang satu per satu secara misteri.

Ermm nak cerita lanjut, kenalah tonton di panggung lah. Tak kan aku nak citer semua sekali kan.


Watak-watak utama di dalam filem ini merupakan pelakon-pelakon baru yang di ambil semasa sessi casting yang di jalankan ke seluruh negara. Mereka diberikan tunjuk ajar dan kursus lakonan oleh mereka2 yang berpengalaman.

Secara keseluruhan filem ini bagi aku biasa2 saja. Sesuai untuk tontonan sessi keluarga. Tak payah nak fikir secara mendalam sebab aku boleh predict kesudahannya.

Anyway filem Ratu the Movie akan di tayangkan secara serentak ke seluruh negara pada 17hb Mac 2011. So Selamat menonton!

Saturday, February 26, 2011

Tolong Hentikan Penderaan, Aku Takut!!

Hi Korang,


Baru-baru ini aku dapat invitation untuk ke  100th International Women's Day + sessi teater Life Sdn Bhd : Abuse di The Actor Studio Lot 10 KL.


Jemputan ini merupakan 90 minutes yang pertama dalam meraikan 100th International Women's Day. Kagum jugak aku kerana di jemput ke event2 yang menarik seperti ini.


Penderaan bukan sekadar secara fizikal tetapi penderaan juga boleh datang dalam bentuk mental dan emosi dan yang paling teruk penderaan juga boleh berlaku di persekitaran kita tanpa kita sedari.  Di dalam sessi teater Life Sdn Bhd : Abuse ini, para-para pendukung watak ini berjaya menceritakan semula segala jenis penderaan yang sering berlaku setiap hari tanpa kita ketahui.

Bermula dari anak-anak kecil yang tidak kenal erti kehidupan sehingga ke para isteri, para ibu serta haiwan yang tidak berdosa ini didera mengikut sesuka hati. Ini lah lumrah alam yang kita harus tempuhi. Walaupun mereka ini boleh bersuara tapi mereka ini tidak berdaya untuk melakukannya cuma segelintir sangat yang mampu bebas dari penderitaan ini.


Totally menarik sessi teater ini, aku rasa sangat terhibur dan hiba bila mendengar rintihan2 mereka ini sehingga tak sangka aku hampir menitiskan air mata.


Mesti korang teruja kan, dengan apa yang aku cerita ini tadi. Sessi teater ini akan berlangsung sehingga 27hb Febuari 2011, dan ianya percuma tetapi kenalah buat tempahan tiket di www.kakiseni.com. Pengarah ialah Dato' Faridah Merican.

Sekiranya korang tak berkesempatan korang boleh sama-sama menyumbang kepada Matlamat para pelakon ini iaitu dengan menyokong  dan menyebar link dibawah untuk kesedaran kita semua.





Actually pelbagai cara jugak kita boleh banteras gejala penderaan. Ayuh! lakukan lah sekarang!


As usual, bloggers memang tak boleh tinggal untuk bergambar kan. Walaupun tak ramai yang di undang tapi kemeriahan tetap dirasakan.  So terima kasih Nuffnang di atas jemputan ini.

MANifesto is also a partner to Churp Churp and Nuffnang.

Cerita Sebenar Mengenai Tune Talk Mobile Prepaid

Hi Korang,

Inilah cerita sebenar mengenai Tunetalk Mobile Prepaid. Kita ikuti cerita ini.


Dewasa ini penggunaan telefon bimbit semakin meluas ke seluruh dunia. Tak kira tua muda, besar kecil even kanak-kanak sekolah pun semua ada telefon bimbit. Di kesempatan ini syarikat-syarikat telekomukasi bersaing di antara satu sama lain untuk mempromosikan talian postpaid dan prepaid mereka dengan menawarkan pelbagai tawaran yang sangat menarik. Kebanyakan pengguna tidak tahu atau faham tentang apa yang mereka bayar setiap bulan untuk perkhidmatan Telco ini, mungkin banyak yang terselindung dari yang benar. Kita sebagai pengguna harus bijak memilih tawaran yang bersesuaian dengan kehendak kita.

Sehubungan dengan ini, Tune Talk Mobile Prepaid telah menyediakan tawaran tarif Telco yang bersesuaian untuk semua golongan lapisan masyarakat.

Betul ke Tune Talk menawarkan kadar terendah?


Hanya 16 sen untuk setiap panggilan, 5 sen untuk SMS ke semua nombor dan 5 sen untuk setiap 1MB Data, ianya 50% lebih murah berbanding telco lain. Kadar rata terendah di seluruh negara! BETULLL...

Kadar IDD pulak macam mana?


Kadar rata IDD Tune Talk bermula dari hanya 14 sen seminit. Ianya 50% lebih murah dari Telco lain!

Apa yang best dengan Tune Talk Mobile Prepaid ni? Selain dari kadar terendah ek?

a) Perlindungan Insuran Kemalangan


Satu-satunya Telco yang menawarkan perlindungan Insuran Kemalangan Peribadi PA yang ditaja jamin oleh Etiqa bernilai RM100,000 secara PERCUMA. Tidak perlu bayaran tambahan hanya topup RM30 setiap bulan untuk layak.

b) Tiket Penerbangan Air Asia Dengan Percuma


Satu-satunya Telco yang menawarkan tiket penerbangan Air Asia dengan PERCUMA! Hanya topup, kumpul Tune Talk Point dan terbang ke mana-mana destinasi pilihan anda. Mata ganjaran ini tidak mempunyai luput.

c) Boleh Tukar Nombor Telefon


Satu-satunya Telco yang membolehkan anda menukar nombor bila-bila masa, di mana-mana tempat tanpa memerlukan kad SIM baru. Anda hanya perlukan akses internet sahaja.

d) Nikmati kadar panggilan dan SMS TERENDAH ke SEMUA RANGKAIAN pada BILA-BILA MASA, DI MANA SAHAJA ke SELURUH NEGARA dengan Tune Talk!

e) Top Up Lebih Lama

Dengan Tune Talk, top up RM30 untuk 50 hari, RM50 untuk 75 hari tempoh sah. Ianya 50% lebih dari Telco lain.


Setelah menggunakan Tune Talk Mobile Prepaid ini, aku rasa ianya sangat bersesuaian dan menepati citarasa kehendak aku daripada Telco yang aku guna selama ini. Dengan menggunakan rangkaian Celcom, Tune Talk mempunyai liputan terluas dan terhebat di seluruh negara. Aku rasa walau macamana aku berbual lama pun still baki kredit tak habis-habis lagi. Even aku telefon ke luar negara pun still baki kreditnya tidak banyak terjejas.


Yang paling aku suka apabila melayari internet, walau macamana lama pun aku gunakan penurunan baki kredit tak banyak. Dalam setiap 1MB Data pun aku hanya menggunakan 5 sen sahaja.

Semua jenis Telco mana ada servis yang sempurna segalanya. Yang penting Tune Talk Mobile Prepaid ni memang yang terbaik dan sesuai sangat dengan orang yang inginkan penjimatan yang maksimum. Apa tunggu lagi dengan hanya RM5 dengan RM4 keredit masa berbual anda boleh mendapatkan Tune Talk.

Mesti korang teruja kan dengan Tune Talk Mobile Prepaid ni kan? So kat mana nak dapatkan. Ermm..

Dimana-mana!

- Pengedar Tune Talk

- Kedai 7-Eleven di seluruh negara

- Stesen minyak, kedai serbaneka dan kedai-kedai yang mempamerkan logo E-PAY

- Mesin ATM (Maybank,CIMB, EON & RHB)

- Online Internet Banking



So fikirkanlah dan bertukarlah ke Tune Talk Mobile Prepaid. Lebih banyak faedah yang kita boleh perolehi dari Telco ini.

Untuk lebih lanjut, click ke tunetalk website

Friday, February 25, 2011

Hasil Berblogging, Memang Berbaloi.

Hi Korang,

Ingat lagi tak entry aku pasal couple yang naik darah sebab stress sangat keje. La korang tak tengok lagi. Ni click kat sini.

Hehehehhehe jangan marah tau. Untuk entry tu walaupun aku tak menang but still the sponsor sudi memberi saguhati kepada ktorg yang tak menang ni as per Nuffnang said. Wah gembira jugak lah, kiranya berbaloi jugak tak menang.

So hadiahnya ialah

Tiket wayang dari GSC.
Cian jugak aku paksa mrBig pi collect hari tuh kat Nuffnang opis. Aku siap type instruction how to get there by sms je. Nak jumpa sapa, naik lift tingkat berapa, kat mana nak parking ermm memacam lagi lah.

Tapi yang dia perasaan ada set PS3 kat tepi dinding opis diorg ni, siap ada guitar dan drum tuh untuk main Guitar hero punya game. Kagum plak dia kata. Mesti seronok kalau dapat keje kat Nuffnang ni.

Dapatlah beli product mencantik kan diri kan

Selain daripada menang tiket wayang dari Nuffnang, aku jugak ada menang product voucher dari Cres Wellness Spa. Dah pi collect pun hari tuh but tak sure nak guna bila untuk beli product diorg ni. Tengah fakir-fikirlah ni.

Ermm sapa kata berblogging merugikan? Untung apa. Walaupun aku jarang dapat B.E but still aku selalu dapat sponsored post kan.

Hehehehehhe jangan jeles.

p/: Aku dah 2 event utk review, 2 product review. Aduh, kene kuat keje lagi ni.

Thursday, February 24, 2011

Bagi Peminat Love Nora, Tolong Jangan Jeles

Hi Korang,

Ingat lagi tak entry aku pasal citer Love Nora xoxo hari tuh. Wah bukan main lagi korang komen kan. Jatuh cinta lah sweetlah kan, mamat tu caring lah kan. Amboi amboi.... 

Will Quah one of actor for Abuse Sdn Bhd

Comey je dia perform

So sapa yang tak kenal lagi pelakon yang melakonkan watak husband kepada Nora tu, ialah Will Quah. Dia ni orang Malaysia, orang PJ lagi. Current belajar kot or keje kat Australia. Semalam sempat jugak aku jumpa dia di Actor Studio Lot 10 untuk show 'Abuse Sdn Bhd' for Women 100 Campaign.


Tak dapat nak borak sangat coz ramai betul nak amik gambo dengan dia. In person, dia memang comey wei. Boleh terjatuh cinta plak lah. Korang jangan jeles plak, dengan muka memasing yang comot2 + berminyak2 tu kan sedap je amik gambo okeh.

Nanti aku citer lagi pasal teater Abuse Sdn Bhd and Will Quah ni, memang menarik dan tangkap leleh lah sapa yang pi tengok dengan aku semalam. Betul kan, K Ina KL?

Hehehehehhehe.... lalalala... still teringat2 kat Will ni lagi lah....

Wednesday, February 23, 2011

WW - Suka Tak Makan Ni

Hi Korang,


Korang makan tak benda ni? Aku? Boleh makan but geli2 sket. MrBig? Sedap sehingga licin dia bedal.

Cubalah teka kan?

Tuesday, February 22, 2011

Jemputan Hi-Tea With Perdana Menteri @Seri Perdana Putrajaya

Hi Korang,

Aku rasa mesti semua orang especially bloggers tau aku masuk tv pada event ni hari ahad hari tuh kan. Even ayah aku pun sibuk call bagitau yang aku masuk tv3 masa berita. Eventho 2 second as Shahroll kata but still glamer jugaklah aku kat site semalam kan. hehehehhe


Dah korang tau nama aku kan... Ishk dah x misteri lagi ek


Our new online friends

Aku dapat invitation tu dengan mrBig lah. So kenalah datang berdua kan. It's actually very simple gathering PM with us yang seramai 550 orang. No protocol at all. Very santailah orang kata. Ktorg sampai dalam pukul 3 lebih cam tu so after few registration sampai jugaklah kat meja yang diorg dah sediakan. Rupanya meja aku dekat betul dengan VIP table. Wah ini can baik ni, yelah dapat tengok PM dari dekat.



Around 4.15pm cam tuh. Dato Seri Najib Razak pun sampai. Serious walaupun dekat tapi tengoklah bodyguardnya berapa ramai plak kan. Yelah orang no. 1 dalam Malaysia kan. Aku tak payah nak bangun or berdiri terjengkit2 kan coz memang nampak dari table aku dekat sangat.


Kyushuk tengok PM yang dekat nau dengan aku kan

After PM bagi a few speech, its time to sessi dialog. On the list memang nama aku ada utk bertanyakan soalan but time constrain kan so hanya 2-3 orang je yang dapat tanya soalan. Majoriti soalan berbentuk politik,ekonomi dan ada satu soalan pasal personal life dia. Tergelak2 ktorg bila dia citer kan.


Pas dapat green light untuk makan apa lagi teruslah serbu gerai2 yang ada telah disediakan. Majoriti sebab aku paling suka putu piring. Eventho banyak lagi benda lagi boleh bedal but putu piring tu aku bedal sampai 5 keping tau. MrBig plak tak abis2 dengan kambing golek tu kan. Bila tablemate aku tanya tak nak pi amik gambo dengan PM ke? ermm nak lalu ke meja dia pun dah jem cam ne nak pi dekat dia kan. So ktorg tengok je dari table. Majoriti yang datang dari seluruh Malaysia, Sabah Sarawak pun ada tau. Ada yang siap bawak hadiah lagi tau. Bunga bukan main banyak lagi.

Nasib baik ada orang yg tolong ambikkan gambo ni.


Sempat tangkap Dato Farid Ridzuan (TV3)

Tengah orang lain sibuk2 berebut2 kat table VIP tu, ktorg bercamwhore kat stage tu lah. Seronok betul dapat bercamwhore kat food booth then kat stage plak.  Tetiba MC announce that ktorg boleh bergambo dengan PM, yeah dah suka ni tapi photo group hehehhehe. Ermm tak perlah daripada tak de kan. Cepat berlari2 ke tangga besau kat umah dia ni. Ermm hampeh dah ramai yang tunggu rupanya. Dapat tempat pun dah atas2 tak perlah. Janji ada.

Ada pun muke aku dgn MrBig. Korang carilah.

Kecik benau aku rasalah.. hehehe

Around 6.30pm cam tuh, event nie berakhir. Seronok plak rasanya lah. Dapat masuk kat umah PM ni eventho kat garden je kan. View memang totally cantik. Tak puas rasanya bergambo lah. Tapi ada jugak kawasan yang diorg x bagi amik gambo, ermm yg tak bagi ambik gambo tu lah yang cantik okeh.

Cantik kan view kat belakang pompuan gemuk tu kan..


Thank you to Dato Seri Najib Razak for gave us this opportunity kan. Terasa bangga sekejap. If kalau boleh pi lagi boleh tak?...

Yang penting masuk tv okeh.. ko hado? hauhauahuahauhauahua... Jangan jeles...

Monday, February 21, 2011

"Give Away dari Magrib!"

Hi Korang,

Ada masa terluang ni sekejap sebelum layan Gemilang kat tv3, aku join giveaway dari magrib. Ala senang sangat syarat2nya. Kepala pun tak pening.



Ala tujuan dia buat giveaway ni sebab dia ada beli hadiah dari Singapore so dia nak bagi lah kat kengkawan blogger lain sambil2 nak promote blog dia lagi. Hadiah dipilih secara random. So sesapa yang tak dapat tu janganlah kecik hati kan.

So macam biasa aku akan tag mamat ni lah Daydeck. Dia nie sparing partner aku dalam dunia blogging ni.


 
So korang apa lagi, jom join giveaway ni.

Ole-Ole Dari KK

Hi Korang,

Untuk hari isnin yang selalu korang kata 'monday blues' aku malas nak tulis pepanjang sambil beratkan otak korang nak baca kan. So sesimple jelah.

Ktorg berdua dapat ini tau



Ole-ole dari Kota Kinabalu sebab jadi tukang jaga 2 biji kereta dan jugak kasi tumpang garaj kat umah ktorg ni.

Cantik jugak t-shirt untuk mrBig ni, colour text tu yang buat baju tu outstanding. My MIL cakap memang payah cari size untuk anak kesayangan dia ni. Dia bagi aku gelang 'Mother Of Pearl' tuh. Cantik wei tak sabo nak payah. Fridge magnet mesti tak tinggal, sampai dah kena letak kat tepi fridge plak coz yang depan dah penuh.

Actually bukan pi bercuti pun, my BIL ada keje kat sana so dia hangkut my MIL and my SIL. Kalau tak nak hangkut jugak ktorg but ktorg dah ada date kan. So tak dapatlah nak ikut.


TQ tu my MIL dan bebudak berdua ni.

Sunday, February 20, 2011

Dear PM, We Have a Date Today!

Hi Korang,

Petang ni aku ada date tau.

Hehehehehe. Jangan jeles ok, dengan our PM lagi. MrBig? of courselah dia ikut sekali. Gila ko, invitation untuk berdua so datang pun kena berdua jugak kan. Ala dekat je dengan umah. Kat Seri Perdana, Putrajaya.


Sesapa yang jeles tu, boleh tengok live telecast at www.1malaysia.com.my start pukul 3.30pm until 6.30pm. For sure, jalan mesti jem kan. So better get ready now, then kuar awal sket.

p/s: mintak2 the food sedap-sedap ek.. hehehhehe


Saturday, February 19, 2011

Ayuh Bloggers - Mereka Juga Inginkan Perhatian

Hi Korang,

Di hari cuti-cuti ni, tak banyak benda yang aku buat selain daripada tv dan internet, kalau pun internet tv kan. Bukan tak nak keluar cuma ada perasaan malas2 sket kan.


As usual, dah nama pun blogger kan. So mesti lah tak de keje lain selain dari update entry ada jugak buat tukar sket2 layout, +/- widget, check2 balance dalam account  Nuffnang samada dah boleh cash out ke belom kan, aku mestilah buat blogwalking jugak kan. Biasalah boleh lah tau perkembangan kengkawan yang lelain.


So weekend ni aku berblogwalking dekat blogger2 yang sudi singgah di shoutmix aku saja. Aku rasa diorg ni patutlah aku singgah kan,yelah sesusah payah diorg dah singgah balik sambil click adv kita so kita kenalah bertimbangrasa dengan singgah ke blog diorg sambil bawak buah tangan dengan komen2 di entry or dishoutbox diorg balik kan.Sesetengah blogger diorg ni suka tinggalkan notes kat shoutmix je. Senang katanya. Dengan cari itu saja aku dapat balas balik dengan apa effort yang diorg dah buat kan.


Bak Kata pepatah:
 orang berbudi kita berbahasa

Yelah majoriti yang komen kat shoutmix ni blogger baru 'newbie' lah kata kan. Baru2 nak promosi blog diorg kan. Seronok jugak wei singgah blog diorg ni at least aku can get some idea kan untuk menulis.



So terima kasih kat korang yang sudi singgah kat blog aku yang sempoi ni. Akan ku kenang jasa korang ni tau.Sedaya upayanya aku akan singgah ke blog korang nie. Tungguu.....

Apa kata korang ek?

Friday, February 18, 2011

My Favourite Yellow Man 'Love"

Hi Korang,

My Favourite Yellow Man which is Digi Love.

Check this out :



Ko bayangkan lah betapa bersusah payahnya si Digi Love ni cuba untuk menolong mendapatkan cinta dari si dia untuk tuannya. Yelah si penjaga si dia tu bukan main garang lagi tau, tak suka langsung dengan tuan si Digi Love.

So si Digi Love bersungguh-sungguhlah kan, cuba sekali tak boleh di cubanya berkali-kali then baru lah dapat menembusi si dia tu kan daripada penjaganya. Yang aku kagum tu, semangat dia tu lah. Dahlah gemuk tapi comel. Konon-konon dia ni si stupid cupid lah kan.Siap boleh terbang lagi walaupun berat.

Hehehhehehehhe... itulah dia si Digi Love, my favourite yellow man.

Bukan apa,


Sambil godek2 website nuffnang ni tadi aku terperasan kat evanglist tu ada new update. Apa lagi terus lah click. then ada plak small giveaway yang Digi nak bagi kan. So apa lagi aku pun joinlah.

For more info, click sini.


Hopefully dapatlah aku menang Digi Rolly Polly tuh. Comel sangat lah. (mintak2 lah)