Tuesday, January 11, 2011

Chill Out Seketika Di Hutan Lipur Sungai Tekala

Hi Korang,


Ermm lepas balik dari Broga Hill hari tuh, ktorg ke Hutan Lipur Sg Tekala plak. Ala dekat je dengan area Semenyih nie.



Lebih dalam 20 minit dari Broga Hill, ikut jalan kampung. Kereta boleh tahan banyak jugak but smooth je.

Sedap oo ayam percik makcik nie..


Disebabkan tak dirancang dan ktorg tak de bawak bekal apa-apa pun, so seharusnya gerai-gerai tepi jalan nie yang kami serbu dulu. Dengan makanannya yang variety, so bershopping sakanlah ktorg sekejap. Ayam percik makcik nie walaupun pedas tapi sedap giler.


Macam nak daki Broga Hill jugaklah jawabnya

Ramai kan. Sila bayar sorang RM1 ye..

So masuk ke Hutan Lipur nie kena bayar. Alah sorang RM 1 je. Murah kan.Tempat nie sejuk betul. Yelah dalam hutan kan. Ramai jugak orang berkelah kat sini. Especially para remaja. Majoriti yang datang bebudak college. Sebab aku perasan semuanya muda-muda. Bebudak sekolah asrama pun ada jugak.

Cantik kan air terjun kat Sg Tekala nie

Pokok2 nye pun tinggi2 dan redup

Tengok tu curi makanan orang

Air terjunnya cantik, ada banyak tingkat. Tapi ktorg sempat sampai level 2 je sebab dah hujan renyai-renyai. Then turun bawah balik, berehat2 kat pangkin yang disediakan. Hah kat situ lah ktorg bedal segala makanan yang dibeli tadi. Tapi jaga2 jugak, sebab banyak monyet berkeliaran kesana ke mari. Mr Big sempat jugak menshapshoot monyet2 comel nie.

Tempat rendam2 kaki

Ktorg lepak tak lama kat sini sebab hujan makin lebat. Lepas makan2 dan jugak rendam2 kaki kat sungai nie. Terus ktorg balik. Yelah lagi lama kat sini lagi ngantuk rasanya sebab leka terbaring kat pangkin besau nie.

Anyway Hutan Lipur Sg Tekala nie merupakan satu tempat yang sesuai untuk berehat sessi keluarga during weekend. Yelah tak payah nak pi jauh2 untuk berehat, sini pun boleh.

7 comments:

  1. masa pregnantkan lil adam dulu..dah drive jejauh ke sana, boleh pulak aku x turun mandi. nak basahkan kaki pun x lalu..hihi

    ReplyDelete
  2. dah lama tak pergi sini..smpi kena bayo RM1 pun baru tahu nie...

    ReplyDelete
  3. mcm menarik..tak pernah pegi lagi tempt2 nih..

    ReplyDelete
  4. uiii,..santai betul. aku tengok pun syok nih..

    ReplyDelete
  5. tringin nak bawak the kids sana, dekat je dari rumah liza...maybe lepas musim hujan reda skit kot

    ReplyDelete
  6. syiok kan tekala...meh tgk sini..sy pon ader g tekala

    http://chiqu3chill.blogspot.com/2010/10/tekalatime.html

    ReplyDelete
  7. dapat dengar bunyi air terjun ..... sungguh memenangkan perasaan.... 'pemandangan' kat sini pun menarik gak....

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!