Wednesday, December 8, 2010

BBQ Sunset @ Gold Coast Sepang

Hi Korang,


Ingat tak entry aku pasal nak tengok sunset weekend lepas? Ingatkan dapat lah kan. Jawapannya hampeh coz petang tu memang dah gelap dan mendung. Tapi tak hujan pun, so sesuailah cuaca cam tu untuk pi ber BBQ kan.


Actually idea nak berBBQ nie dah lama tapi tak de kesempatan nak pi kan. So setelah 2 minggu plan, akhirnya tercapai jugak harapan nak pi. Abislah segala bebudak opis tu aku paksa pi kan. Tak lah, diorg pun ok je nak join. So seminggu sebelum nak pi tu, collect duit dengan bebudak dan plan nak bawak + masak apa kan.


Dengan doa dan harapan supaya hujan tak turun pada hari yang bersejarah tu kan, akhirnya ktorg sampai jugak ke Pantai Bagan Lalang Sepang nie. Actually tak jauh dari opis ktorg nie. Kurang dari 1 jam dah sampai tempat nie. Weekend kan, so haruslah ramai orang. Yang berpicnic, berBBQ, bercinta, berkhemah, bermandi-manda, bercamwhore semuanya ada kat pantai nie. Pasirnya putih dan cantik, langsung tak de batu pun kat gigi air. Cuma air lautnya berkelabu sket, kesan pembinaan Sepang Gold Coast tu kot.


So apa lagi, bentang tikar keluarkan segala mak neka barang yang ada dalam bonet kete. Yang siapkan makan, siapkan makan. Yang hidup api untuk BBQ pun sibuk bertungkus-lumus lah. Semua orang bekerjasama, teamwork la kononnya. Sementara nak tunggu ayam + kambing + lembu siap masak, so apa lagi bercamwhore sambil berendam kat laut yang kelabu tu lah. Yang main lelayang sibuk mengejar angin.


Siap je masak, terus makan sepuas hati. Ada nasi lemak, meehoon, nugget, jajan, sate, ayam, kambing, lembu dan juga air oren yang sangat sedap sekali. Pas makan, seekor2 jadi ular sawa terbaring kat tikar tuh. Yang borak plak sambil makan sambil borak2 lagi.


Lebih kurang dalam kul 9 malam cam tu, ktorg pack barang2 untuk balik. Penat memang penat tapi seronok sebab berjaya jugak organize BBQ untuk bebudak opis nie. Maybe, lepas nie ktorg nak organize pi Kalahari Dessert. Hah?biar betul.. Gilo ke hapo kan...


Bagi korang yang tak tau apa yang best kat Gold Coast Sepang/Pantai Bagan Lalang, meh aku bagi tau:-

- ikut jalan ke Morib tapi Bagan Lalang nie dekat Sungai Pelek.
- Gold Coast Resort nie macam Palm Island kat Dubai. Sangat cantik.
- Hotel Sri Malaysia betul2 mengadap pantai. Selalu sgt bilik penuh bila weekend
- Seafood? Kata Kak Shikin murah dah sedap.
- Public toilet? berkilat ko. Bersih gila. Macam toilet kat umah. Terasa betul2 selesa.
- Kedai makan?melambak2. Murah plak tu.
- Kalau nak camping, tak yah sewa tapak. Korang pacak je khemah kat memana yg korang suka.


Ermm itu je. Actually banyak lagi gambo yang di ambil tapi malas nak upload bebanyak lah. Kang korang boring plak kan.

17 comments:

  1. next time, nak BBQ..aku akan ajak kau, lily.
    sebabnya aku & mrhubby dua2 malas nak membakar. ktorg nak mkn jer...hehehe

    ReplyDelete
  2. hai

    flow u :)

    tatau lak kat sana boleh mandi2.

    ReplyDelete
  3. wehh
    letak jer banyak2
    aku tak puas ni
    apesal takde sunset kaler oren???

    ReplyDelete
  4. hari isnin akak kesana ngan anak2, angah yg bwk.
    best gak jalan2 kat situ, tp pantai tu tak boleh mandi kan

    ReplyDelete
  5. best..best.. tak sabar nak makan seafood ujung minggu ni... babai cik lily.. lain kali kita g makan sesama ye! kita paksa dorang kongsi2 kuar duit.. hahah

    ReplyDelete
  6. @hamzah
    lain kali kite buat utk blogger plak ek

    ReplyDelete
  7. @amy aka sweetdarling
    la boleh je pi bukannya jauh kan

    ReplyDelete
  8. @belle,
    bila nak pi BBQ nie, aku tak sabo lagi dah nie.

    ReplyDelete
  9. @Myaby
    la boleh je mandi, tak de pun papan tanda yg xboleh mandi

    ReplyDelete
  10. @hanie
    la kan aku tulis, masa aku sampai tu dah mendung. cam ne plak lah matahari nak kuar kaler oren kan

    ReplyDelete
  11. @mamasyaza
    la boleh je mandi. ramai betul yg mandi masa kite kat sane

    ReplyDelete
  12. Dasat la ko.... aku yang duduk area KLIA pun dah tak sampai lagi ke situ.... hahahaha... sbb byk event bebudak opis aku buat kat hotel jee... huhuhu

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!