Friday, November 26, 2010

Kopi 'O' Satu!

Hi Korang,

Semalam aku rasa hujan sepanjang hari kot. Kat office aku nie dah start hujan tghari sampai lah aku balik. Bila sampai area Bangi plak, lagilah lebat hujan turun. So tak de lah pi pasar malam lah gamaknya.

Mr Big balik dalam keadaan lencun kena dek hujan gak. Lepas mandi berdua2an, trus je kuar umah sebab perut dah lapo. Singgah bank jap, pi cucuk kat dinding kuarkan saki baki yang tinggalkan sebelum kuar gaji.


Then, lalu plak depan Metro Point nie, so apa lagi singgah jap Starbucks.Maklumlah hujan tak berhenti nie, pekena kopi pun sedap gak kan. Sampai2 kat Starbucks, ramai plak orang beratur. Adalahlah dekat 8 orang depan aku. So aku pun sabar menanti jelah kan.

So depan aku nie ialah seorang pakcik tua, pakai kain pelikat je tapi jam Nautica okeh (mahal tu tau). So aku budget pakcik tu  baru balik masjid, singgah beli kopi. Bila dia order je, ternganga mulut aku kejap, sebab apa? Nie..

Barista : Hi, can I help u sir?
Pakcik Tua : Dik, mintak kopi O satu ek, buat pekat tau.
Barista : Ok.

Aku boleh terlopong kejap. Kopi O? Ermm puas jugak aku fikir. La rupanya esspresso lah. Apa punya bangang betul lah aku nie. Betullah pakcik tu order, cuma dalam bahasa melayu je.

Itulah akibatnya banyak nau melepak kat Starbucks, minum kopi orang putih kan. Sampai kopi orang melayu pun boleh lupa.

Ishk ishk ishk.. Melayu mudah lupa!

27 comments:

  1. harus akak sesat di bumi tumpah darah kalau gini ooo tu kopi O ya sib baik hakak minum kopi bancuh sendiri

    ReplyDelete
  2. betul2.. melayu mudah lupa.. ehehehe.. =)

    ReplyDelete
  3. sib baik ko x tunjuk terer dan berkata kat pakcik tu "pakcik, sini mana ada jual kopi o."
    harus ada yg kena ceramah tang situ smpi terkulat2.hehe

    ReplyDelete
  4. Cik Lili kalau mintak kopi susu kat starbak dia bagi tak :)

    ReplyDelete
  5. ayat melayu mudah lupa tu tak tahan tu.haha

    ReplyDelete
  6. Haha..kalo aku,aku segan la pulak nak ckap mcm org tua 2..kot2 kang die jwab , 'we don't have kopi here'..malu aku...baik aku tgk kat menu mkanan,tgk name btol2,baru oder..hehe

    ReplyDelete
  7. ahahah...kite diganyanag bahsa omputeh,..bile gune bhs melayu dah rasa cam salah tp sebenarnye betul...kehekhe..lawak la cik lily !
    terbaik ..nk gak la try oder camtuh,.... :p

    ReplyDelete
  8. Lorr... kat METRO POINT.... dekat giler ngan umah parent... SG jelok... haishh....

    ReplyDelete
  9. @alynn
    pas nie nak order cam tu gak lah

    ReplyDelete
  10. @belle
    aku hampir nak cakap dah, but nasib baik otak suruh fikir dulu.. kalau tak mampus...

    ReplyDelete
  11. @selipar biru
    itulah betul2 x sangka lah

    ReplyDelete
  12. @kata kila
    memang kelakar kan. bukan lupa tapi tak ingat

    ReplyDelete
  13. @Mr_OZ
    aku pun sama bila nak order tunjuk je kat menu tergantung tu

    ReplyDelete
  14. @Pn Isah
    bukan setakat cute but kelakau lah

    ReplyDelete
  15. @C de C
    itulah pas nie nak try praktikkan lah

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!