Thursday, October 7, 2010

Semakin Suka Dengan Siti Kelembai

Hi Korang,


Lately nie aku selalu sangat drama yang bersambung2 nie. Tak kiralah tv berape pun, semuanya aku bantai tengok. Latest sekali citer yang tengah hangat nie Siti Kelembai yang main kat TV3 dan TV9. Tapi aku tengok yg sebelah malam punya TV9.

So far citernya best. Ala-ala citer zaman dulu2 but yang dimodenkan. Best jugak.Yana memang comel dan selamba je bawak watak tu lah.

Citernya lebih kurang cam nie:

Slot Lagenda Siti Kelembai membariskan pelakon hebat seperti Liyana Shamsudin, Fizo Omar, Amran Omar, Farah Lyana, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof dan ramai lagi. Bermula 20 September, drama 20 episod arahan Bob Hashim Ismail akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30ptg TV3, ulangan 8.30malam di TV9.



Diadaptasi daripada cerita rakyat, Sang Kelembai, Siti Kelembai versi moden pula berkisar Siti Ratna, anak perempuan tunggal kepada Alang Saidi dan Siti Mayang Sari yang sangat kuat berkhayal dan berimaginasi dalam kelas. Pada zahirnya Siti Ratna memiliki rupa paras cantik warisan ibundanya, namun kecantikan itu tidak terserlah kerana dia seorang gadis yang selekeh dan tidak pandai menjaga penampilan diri.


Ketika dalam kelas, Siti Ratna sering hilang tumpuan kerana tatkala gurunya sedang mengajar, fikiran Siti Ratna sering melayang entah kemana dan seolah dirinya berada di alam lain. Di kolej, satu-satunya kawan rapat Siti Ratna adalah Moin yang lurus bendul dengan tabiat pelik dan sering dibuli rakan sekuliah.


Menjelang ulang tahun yang ke-18, Siti Ratna tiba-tiba ada satu kuasa yang agak luar biasa. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahguna atau tidak dikawal boleh menyebabkan suasana haru-biru.
Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memahari sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahi menjadi gatal. Dapatkah Siti Ratna mengawal kuasa saktinya. Apakah kaitan kelebihan dirinya yang dengan ibunya yang dipercayai mati selama ini tetapi sebenarnya masih hidup berkelana di hutan rimba?

Hah camtu lah lebih kurang citernya. Setakat episod yang aku tengok tadi, Siti Ratna dah jumpa dengan mak dia but dia still tak tau perempuan hodoh itu mak dia. Bapak Si Siti pun balik kampung untuk hantarkan penawar untuk penyakit misteri isterinya.
 
Mintak2 dapatlah lagi aku tengok episod seterusnya. Bukan apa, aku nie pelupa sketlah. Tadi pun tengok lagi 1/2jam nak abis.
 
So, Selamat Menonton...
 
Info Cilok Dari : CikMin & Yana

9 comments:

  1. aku pun sudah ketagih tengok cerita ni, heheh.. boleh tengok episod lain kat tonton.com.my

    ReplyDelete
  2. Mula -mula cerita ni macam tak logik , lama lama tengok syok pula ...Tifa pun dah follow cerita ni :)

    ReplyDelete
  3. x pernah lagi tengok citer ni.

    ReplyDelete
  4. kakak nanti saya tunjuk gamba dia yeh.memang takde nye kat bangi.haha

    tp kalau akak nak,akak kan dekat ngan kite.kite kat ukm ne je :P

    ReplyDelete
  5. aku x pernah tgk lagi citer ni. sesekali kena try lah

    ReplyDelete
  6. tu le semakin hari semakin best plak kan, kalau bnding ngn crite chinta mana lg best...

    ReplyDelete
  7. aku sempat tengok 2 episode jer citer nih.. syiokk gak la layan

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!