Salah sorang geng blogger yang aku kenal, K Ina KL ada anjurkan satu contest sempena dia dapat BE banyak nie. aku sebagai geng tali barut K Ina KL nie dah tentu confirm2 aku kena join kan, maklumlah dah nama pun tali barut kan. Lagipun dia dah tanya aku kenapa aku tak join contest dia masa kat Vaseline Party tu, so haruslah aku menjoinkan diri betul tak?
So aku kena letak satu gambar kenangan Open House Aidilfitri 2010, jadi jeng jeng jeng... ini dia
Open House tapi luar rumah tau!. Makan ala-ala kat garden gitu. Dibawah sinaran bulan dan bintang okeh! Tengoklah bekas kuih raya bersepah sana-sini.
Dah lapar sangat time nie, bedal ketupat,kuah kacang,rendang dan ayam BBQ
Actually gambar nie, mr Big amik Raya 2010 nielah. On 2nd day raya. Mak aku buat open house jemput sedara-mara dan jiran-jiran je. So aku selaku tuan rumah, berhempas-pulas lah siapkan barang2 untuk dihidangkan. So tak delah baju raya yang cantik tu,kalau pakai kang nanti sape nak buat keje betul tak?.Konsep open house ktorg tahun nie ala-ala garden gitu. Makan kat luar umah tau. Siap ada BBQ lagi. Memang superb!
Gambar dah letak dengan caption sekali, sekarang kena penuhi syarat2 lain plak:-
1. Buat N3 pasal blog akak..tak kisahlah macamana cara nak tulis..nak kutuk pun boleh.
K ina KL, lama jugak aku kenal dia in person. Seorang mak yang sempoi, kelakar, serba boleh. Aku kenal dia masa kat Astro Bloggers Nite, Januari dulu. Lepas tu, selalulah ktorg jumpa bila ada Nuffnang events.
2. Letakkan link akak di N3 tersebut.
Hah nie dia linknya: http://www.kakinakl.com/2010/09/contest-gambar-kenangan-open-house.html
3. Tinggalkan komen kat bawah N3 ini. Kalau kat shoutbox akak tak kira yer..dan jangan lupa letakkan permalink anda.
Okeh-okeh, pas submit entry nie trus komen kat entry nie nanti
4. Tarikh tutup pada atau sebelum 22hb. Oktober 2010 jam 12.00 tengahmalam.
Hah, sekarang sempat lagi nie baru 10/10/2010. Wow! date ada ong lah.
Dan yang paling penting sekali kenalah letak ayat ni di penghabisan N3 yer..
5. Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) adalah anjuran bersama eyriqazz , beautifulnara dan nurazzah.
aku plak tak beraya,tak der la pulak gmbr.huhuhu. good luck !
ReplyDeletechaiyoklah lily..terima kasih sudi join..mana tau boleh menang nanti..sabarlah menanti yer
ReplyDeletenanti akak letak nama kat sebelah side bar kanan ..
meriah ni
ReplyDeleteaku takde gambar raya...huwaaa...mcm mana la bleh takde ni..tak leh masuk..:(
ReplyDelete