Tuesday, September 21, 2010

Cara Buat Passport Semudah A B C !

Hi Korang,

Hari tuh aku dah janji dengan korang pasal cara nak siapkan passport cepat mudah dan senang kan?


Hah korang baca nie..

Sebelum Pi Jabatan Immigresen

1. Siap isi borang.
Sekarang borang free je dulu kene ambil kat Jab Immigresen sendiri. La tak caya korang boleh download kat website Jabatan Immigresen nie

2. Siapkan dokumen tambahan
Pi amik gambo 2 keping kat kedai gambo. Kalau korang nak buat kat tepi Jab Immigresen pun boleh tapi gambo kurang cun lah kan. Jangan lupa photostate I/C. Penting tu tau


3. Mesti sampai awal.
Ini memerlukan displin sket. Korang kena bangun awal lah. Kalau boleh sampai 1 or 1 1/2jam sebelum pintu Jab Immigresen tu bukak. Yang penting korang mesti dapatkan no giliran tuh. Once dah dapat senang hati ooo

Semasa Di Jab Immigresen


1. Ambik no giliran
Pastikan borang dan supporting dokumen korang lengkap. Kalau tak jangan mimpi nak dapat no okeh. Pak guard kat situ akan pastikan yang korang nie betul2 dah cukup item2 yang mesti ada. Bila dah dapat no, pi duduk dulu then tunggu sampai no di panggil


2. Kaunter Pemprosesan
Yang nie penting nie, sebab kat sini diorg tanye according apa yang korang tulis kat borang tuh. Pas tu plak ada process mintak cap jari dan juga scan ibu jari. Masa aku buat hari tuh, ada satu mamat nie, ibu jari dia mengembang plak. Berpeluh2 dia betulkan jari dia. Sampai pegawai tu dah give-up dengan dia. Lebih kurang 15 minit camtu baru boleh scan jari dia. Pas tu, diorg suruh ko duduk balik kat kerusi tu.


3. Kaunter Bayaran
Nie best kejap je diorang panggil, then tanya nak buat untuk berapa tahun. Kemudian bayar. Sekarang nie  boleh bayar pakai credit card lagi tau. Pas tu, diorg mesti cakap lepas 1 jam datang balik untuk collection passport. Masa tunggu nie, sempat plak aku pi bedal nasi lemak kerang lagi tau.


4. Kaunter Collection.
Actually tak sampai 1 jam sebenarnya. Lebih kurang 45minit cam tu aku tunggu, minus makan nasi lemak so lebih kurang dalam 15minit je aku tunggu kat kaunter tuh. Kejap je.


So itulah lebih kurang processnya. Senangkan? Kejap je aku rasa. Yang orang selalu duk bising2 no abislah, ramai oranglah sebab diorg tuh datang lambat. Itu je kuncinya. Yang aku perhatikan majoriti ramai Chinese yang penuhkan Jab Immigresen nie. Dari sekecik2 budak sampai ke tua2 lagi pun diorg duk sibuk buat passport. Maklumlah duit banyak agaknya kot.

Aku harap entry nie boleh dijadikan panduan untuk korang2 yang first timenak buat passport international cam aku nie. Yang penting sampai awal!

p/s : Tengah plan nak pi bercuti dah nie. Sesape penah ke Hatyai? Boleh citer sket tak?

17 comments:

  1. Wah nak bercuti yek... Kami plan gak nak bercuti ni.. tapi dalm negara je la...huhu

    ReplyDelete
  2. patutla buat passport nak bercuti rupanya... best!

    emm camana gaya nak pi buat passport tuk anak2 ni yer...

    ReplyDelete
  3. nak kena renew passport la kalau gini hakhakhak

    ReplyDelete
  4. skrg ni dah efisien jab imigresen kan? kalo dulu nak ke sana, fikir byk kali.
    err.hatyai? x pernah la pulak

    ReplyDelete
  5. akak nk ke hatyai ke?? nanti story skit ape yang best.. tingin nak ke sana...

    ReplyDelete
  6. selamat bercuti nanti ya, thanks for sharing mudah nak buat passport sekarang ya

    ReplyDelete
  7. hatyai pernah pergi tapi dah lama dah..susah nak cari makanan islam..byk makanan pelik-pelik di jual kat pasar ala-ala pasar malam..

    tu dulu skrg tak tahulah..kalau gi ke putrajaya tak ramai orang sangat tau

    ReplyDelete
  8. nak buat gakla..dulu penah buat tp yg paspot terhad..
    teringin nak g bali, nak berbulan madu...aci x???

    ReplyDelete
  9. thanks for this very useful info :)

    ReplyDelete
  10. Terima kasih kongsi :) InsyaAllah saya dan kekawan akan ke Singapura hujung tahun ni. First time nak wat passport.hehe :)

    ReplyDelete
  11. borang dy update x? huhu..lmn web tu mcm xupdate je pn..

    ReplyDelete
  12. Bagaimana membuat program untuk device keyboard.Misal kita menekan karakter huruf "a" pada keyboard maka yang tampil adalah bilangan biner dari karakter huruf "a".Saya pake program delphi 6.

    ReplyDelete
  13. tengah planning nak wat passport gak nih.. nak g cuti22 :D

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!