Monday, June 28, 2010

Kegel With Poise Fair - Knowledgeable For Women

Hi Korang,

Last Saturday aku ke The Saujana Hotel kerana dapat jemputan untuk Kegel with Poise Fair sempena Minggu Kontinen Sedunia 2010.

Dengan Hanz dan Nia

Registration Counter & Poise Counter

Event ini dianjurkan oleh Poise dengan kerjasama Pfizer Malaysia dan Pusat Perubatan Prince Court. Acara kesihatan awam ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengajar cara terbaik untuk menangani masalah kawalan kencing. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak open discussion di kalangan wanita Malaysia.


Diantara speaker yang turut serta dalam event ini adalah :-
En. Nathan Kandapper,Pengarah Urusan Kimberly-Clark Malaysia.
Dr Peter Ng, Presiden Yayasan Kontinens Malaysia dan juga Perunding Urologis
Ms Low Ngai Yuen, Celebriti Tanahair yang famous dengan rancangan 3R.
Dr Seri Suniza Sufian, Pakar Sakit Puan dari Prince Court Medical Centre

Mereka2 ini berkongsi dengan para hadirin berkenaan asas pundi kencing yang terlalu aktif dan kesannya terhadap kualiti hidup. Eventho ia bukan masalah yang boleh membawa maut tapi ianya boleh menjejaskan keadaan fizikal, psikologi dan sosial seseorang wanita.

Hah, apa macam takut tak korang? Bila diorg nie cakap je, terus aku jadi takut. Yelah benda2 yang kecik macam nie bahaya gak tau untuk masa depan kita. Masa sekarang nie memang tak nampak tapi tunggulah lagi 3-4 tahun kan. Bila tengok slaid2 yang dipertontonkan, Nia terus tutup muka sebab dia tak sanggup nak tengok.

Dek terlalu asyik mendengar cerita2 diorg nie, tetiba event direhatkan (agaknya speaker dah penat kot) selama 20 minit sebab ada hi tea. Apalagi, makan lah kan.
Di antara refreshment sebelum exercise. Sedap betul dimsum nie. Dahlah payah nak dapat. Bila dah dapat bedal bersungguh2 lah kan.

Bersungguh2 diorg nie makan kan.Maklumlah dalam hall tadi sejuk sangat. Itu yang terus jadi lapo tuh.


So acara yang ditunggu2 oleh semua peserta adalah bersenam Kegel beramai-ramai yang diketuai oleh ahli fisioterapi dari Prince Court MC, Cik Neng Shahidah Sabullah.

Tengoklah ramai kan yang join event nie.Aku sangat suka duduk di pilates mat nie. Sedap!

Sempat lagi bergambar dengan Atilia lepas exercise.

Di antara goodies bag yang dibawak balik.

Yang penting, dapat jugak bawak balik pilates mat nie. So senanglah nak exercise kat umah kan. Tapi boleh ke aku exercise nie ek? ermm...

Thanks Poise sebab telah menambahkan ilmu aku lagi dalam hal-ehwal kesihatan wanita nie. Untuk korang tak dapat join event nie, bolehlah kalau nak tau lebih lanjut tentang masalah lemah kawalan kencing di www.poise.com.my. Pegi check it out tau, banyak info okeh!.

10 comments:

  1. Wah...

    sempat 'tangkap' Atilia nak buat masuk blog tu, ahahah

    terbaek... :D

    ReplyDelete
  2. Babe, dah godek dah dvd pilates tu..best jer, kan? memang makan kenyang sungguh sebab balik umah gi pasar malam, nak makan yong tau foo pun kena 2 kali round baru leh abis..

    ReplyDelete
  3. cambest je event. mr big x ikut?

    ReplyDelete
  4. kita patut pegi lagi,..dan lagi..yay!

    ReplyDelete
  5. CLP, kenapa asyik miss update kamu lately ye.. takpe.. nak catch-up marathon ni .. :-)

    ReplyDelete
  6. @sha
    memang dah aim dr dia masuk hall lagi.

    ReplyDelete
  7. @Hanz
    wah sambung kat pasar malam plak ye kagum lah

    ReplyDelete
  8. @matjoe
    dia lelaki, tetiba dia rasa segan plak lah

    ReplyDelete
  9. @Nia
    ye, memang patut pun join health event nie tambah sket ilmu kan

    ReplyDelete
  10. @HaniCheLat
    la camne leh miss nie. baik baca cepat2 tau

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!