Tuesday, June 8, 2010

Aku Mudah Lupa

 Hi korang,

Aku nak cerita kat korang nie. Pelik tapi benarlah.
Aku rasa lately nie aku cam banyak makan semut. Nak tau sebab apa? aku lebih banyak lupa dari ingatlah. Dalam masa2 minggu nie, banyak betul benda yang aku lupa. Even dah diingatkan beberapa kali pun still aku leh lupa gaklah.
Korang bacalah nie.

a) Kat Office

Ajib : Beb, mana kunci bilik server nie, aku nak tukar keyboard baru lah.
Lily : La ko tengoklah kat key box tu, tag biru.
Ajib : Tak de lah dol, mana plak ko letak nie
Lily : La baru je tadi aku letak situ lah. Ishk ko nie
Ana : K Lily, yg kat tangan tu apa ek? kunci kereta ke?
Lily : Alamak... (sambil senyum sendiri)

b) Kat Dapur Umah

Lily : Dear, i dah masuk garam ke belum ek kat kuah nie
mr Big : la dia yang masak, kite plak yang di tanye. Meh rasa sket! Aduh berapa tan garam u masuk kan nie, masin gila lah. U nak bagi darah i naik ke ek?
Lily : Alamak, cam ne boleh tak perasan nie ek? ( sambil garu2 kepala)

c) Kat Parking Kereta

Lily : Apsal plak alarm nie tak bunyi2 ek. Ishk tak per tekan lagi sekali.
Org Lain : Kak, kenapa duk depan kereta saya nie ekl?
Lily : La salah kete rupanya, patutlah dari tadi akak tekan sampai nak tercabut jari tak jugak bunyi2 alarm kete nie. ( malunyaaaa)

Hah, teruk kan aku. Ishk boleh jadi cam nie ek. Itu yang aku pelik tu. Tapi tak per. Meh tengok sebab2 aku boleh lupa.

Secara alamiah, penurunan daya ingat dimulai pada usia 40 tahun karena pada usia tersebut ada beberapa sel otak sudah mulai mati. Sel otak yang sudah mati tidak akan mengalami regenerasi sehingga menyebabkan seseorang menjadi mudah lupa. Sedangkan bagi mereka yang pelupa di usia muda, penyebabnya mungkin karena kelelahan otak atau stres yang mengakibatkan ingatannya tidak cukup kuat.
Kaum wanita diduga lebih banyak dan lebih mudah untuk menjadi pelupa. Penyebabnya adalah faktor hormon pada wanita yang menyebabkan wanita lebih mudah mengalami stres dibandingkan pria. Stres yang berkepanjangan sebenarnya dapat memicu kelelahan pada otak. Bila hal itu tidak segera diatasi, maka lama-kelamaan fungsi otak akan menurun dan akhirnya menjadi mudah lupa. Bila seseorang juga kurang mengaktifkan kerja otaknya, maka sel-sel yang jarang dirangsang untuk bekerja tersebut akan mengalami kerusakan dan menyebabkan mudah lupa.

Makan ubat hilang lupalah, baru ingat kan!

Ooo cam tu rupanya, baru aku tau lah. Tapi bagaimana nak jadi pengingat balik ek?Takper kita baca baca nie lagi. Tips untuk kurangkan penyakit lupa nie
- Ambil sarapan
  maybe aku sarap terlebih kot, itu yg lupa tuh
- Jangan makan berlebihan
  hah itulah, aku rasa cam tu gak lah
- Jangan Merokok
  confirm tak buat, nak mampus kene lempang dengan mr Big
- Elakkan Penggunaan gula yang berlebihan
  Aku banyak sangat minum air C2 nie
- Elakkan menghidu udara tercemar
  Ya allah, hari2 hidu okeh coz opis aku nie kan construction site
- Elakkan tidur berlebihan
  Ini bukan aku, aku kurang tidur tau
- Elakkan Menutup muka ketika tidur
  Ini pun tak, kang cam ne plak mr Big nak tengok muke aku nanti kan
- Jangan biarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
   Nak buat camne, MC pun bos call
- Elakkan Kurang berimaginasi
  Langsung tak sempat, nak berangan pun aku tak reti.
- Elakkan Jarang berfikir
  Eh mana boleh, setiap masa fikir tau

Ermm memang bagus tips dari blog Mindaaku ni. Sekurang-kurangnya aku tahu kelemahan yang selalu berlaku..
So apa-apa pun korang jangan jadi cam aku, muda2 lagi dah jadi pelupa. Ishk teruk kan. Sekarang nie dalam proses pembaikpulih.

p/s: Dengan tetiba, boleh tak aku cakap dengan mrBig cam nie "Dear, I dah lupa lah camne nak romen, so how?" Korang agak2 dia lempang tak muke aku.

18 comments:

  1. hahaha yang tersalah kereta tu memang takleh tahan laa..berapa banyak semut u telan ni cik lily?

    ReplyDelete
  2. paling lawak yg salah keter tu.hehhe

    ReplyDelete
  3. @Farah
    itulah. nie yang tgh risau nie. memang tebal muke menahan malu tau!

    ReplyDelete
  4. @My.mastura
    jgnlah seganlah kite tau! hehehehe

    ReplyDelete
  5. beb nasib x jadi cam ni " hari2 ko mintak kat Mr Big, dgn alasan semalam dia x bagi" hahahahahaha...

    mau patah pinggang Mr Big

    ReplyDelete
  6. owh..
    patotla kak lily dah lupe saye~~

    ReplyDelete
  7. sarapan kompem hari2 miss..cane la tak lupa..haish

    ReplyDelete
  8. kadang2 jer den jadi macam tu
    kalau selalu jadi risau juga

    p/s : jgn lupa baca episod baru ADKDA http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/06/antara-dia-kau-dan-aku-episod-29.html

    ReplyDelete
  9. oiitt
    tu belom beranak 10 tuh
    kang ko terus ilang ingatan
    ok akak bg satu tips
    kalau terlupa sesuatu sila baca ayat yang kalau buat sujud sahwi lupa tahiyat awal atau doa qunut tuh
    bacaannya

    subhanamanlayanamu walayas hu
    p cek balik apakah bacaan sujud sahwi tu kang ahkak bg ayat guna guna plakssss...

    ReplyDelete
  10. @Tasha
    hah itulah, nasib baik kan. klu tak kuruslah mr big aku tu ek!

    ReplyDelete
  11. @Jojo
    k lily dah ingat awak dah sape!

    ReplyDelete
  12. @hasnol
    hah itulah punca mudah lupa. makan tu penting beb

    ReplyDelete
  13. @hans
    jaga2 tau, kang kene cam klily nanti baru tau

    ReplyDelete
  14. @LoL
    so now dah kurang ke mudah lupa tu ek

    ReplyDelete
  15. @K Fid
    itulah k fid, risau kite lah. ok ok akan diamalkan sebaik mungkin

    ReplyDelete
  16. i stat menjadi lupa lps besalin anak sulong..terasa macam ilang ingatan tiba2..haha!

    tp sumpah..byk moment2 yg i dah x ingat..huhu! sedih!

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!