Wednesday, April 28, 2010

Panas ! Aku Di Terjah Eyriqazz

Salam korang,

Bila baca tajuk entry kat atas tuh, korang mesti pelik kan. Siapa plak Eyriqazz nie? Meh aku ceritakan dia salah seorang blogger cukup power dalam penulisan di blognya.Kami memang kenal each other sebab dah banyak kali jumpa dalam event2 anjuran Nuffnang.

Hah dia yang kat belakang Bean yang buat peace sign tuh!

Disebabkan aku pernah menang dalam salah satu contest yang dia pernah adakan dulu. Si dia dah berjanji konon2nya nak terjah blog aku sambil beri pandangan lah.

Di antara komen2 yang dia berikan adalah:-

1)Honestly,saya lebih gemarkan Ciklilyputih.blogspot.com dari sigilatv.blogspot.com .Agak negatif bunyinya especially part gila tu. This is the first impression when people visit your blog jadi gunakan ia sebaik-baiknya. Apapun, lain padang lain belalang kan?
Bro, masa register blog nie tak pernah terfikirkan pun ramai readers akan lepak2 kat sini. Masa tu tujuan utama buat blog untuk suka-suka aje.Lagipun memang aku memang gilakan rancangan2 yang dalam tv tuh, tak kira rancangan apa pun tau. Tapi tak per, memang ade plan nak ke dot com. Maybe masa nie nanti boleh pakai URL CikLilyPutih.com plak. Gempak tak?

2)Font agak kecil dan sukar untuk dibaca especially bila template CikLilyPutih 3 column. Jadi,nampak agak berserabut dan memeningkan kepada terutama bagi saya yang menggunakan skrin laptop yang kecil. Pandangan saya tukar template seperti dilakukan oleh Kak Tash ataupun ubah font.
Actually, aku tak reti langsung nak tukar2 benda2 dalam layout/template yang ada sekarang nie. Semuanya dah di setupkan. Sekarang nie pun dalam process pembelajaran untuk tukar2 apa yang patut sambil godek2 segala coding yang ada kat dalam nie.


3) Gambar menarik dan cantik cuma agak kecil. Mungkin kerana tiga column. Jadi kelebihan gambar yang menarik gagal untuk diserlahkan.
Gambar tu sengaja dikecilkan sebab takut nanti masa loading blog jadi lambat plak. Tapi bila tengok bloggers lain letak gambar besau plak, terus terfikir betapa bodohnya aku letak gambo kecik kan.


4)Penulisan dan gaya bahasa sudah menarik. Cuma mungkin boleh variasikan lagi entry dan serlahkan kelebihan blog anda. Di situlah lebih mudah untuk orang singgah lagi.
Wah, tulisan aku menarik. Hehehhe tak sia-sia aku pi bertapa dengan otai2 bloggers(ayat tak boleh blah kan). Cuma nak variasikan itu yang tak pandai tuh. Masih tercari niche2 yang best untuk blog aku nie. So far aku tak berapa reti cerita pasal hal semasa. Setakat entry pasal daily routine dah segala2 sekitar aku bolehlah.
 
Apa-apa pun aku ucapkan terima kasih kepada Bro Eyriqazz kerana sudi menjadi pengomen untuk aku memperbaiki lagi mutu blog aku nie. So lepas nie aku mesti kuat lagi belajar mendalami ilmu2 blogging nie.
 
Akhir kata, serangkap pantun untuk Bro Eyriqazz kita nie.
 
Pergi pasar beli ikan
Pergi dengan budak tak de gigi
Banyak terima kasih aku ucapkan
Kalau boleh komenlah lagi

Wah, cam tak caya aku boleh karang pantun dalam masa 1 minit okeh!

10 comments:

  1. wah wah wah..dah fofular u, lily...
    ish..kalo org komen my blog..apa gamaknye org nak kata ekk?

    ReplyDelete
  2. @Belle
    popular la kononnya. biasa2 jelah.

    ReplyDelete
  3. @Cikhel
    jgnlah jeles, kene marah nie

    ReplyDelete
  4. hulamak...dah kena terjah ngan eyriqazz lah...bagus2...templaepun ada baru...

    ReplyDelete
  5. good job...nampak lebih user friendly dan lebih menarik untuk diterjahi...thanks coz ambil komen di sudut positif..

    P/s :Sudah kena terjah tidak semestinya tidak kena terjah lagi..hak3..

    ReplyDelete
  6. @Bean
    bile dah kene terjah barulah ade inisiatif sket kan? maklumlah buta IT

    ReplyDelete
  7. @Eyriqazz
    hah terima kasih sebab bukak mata org buta IT. nie tgh dalam improvement lagi nie.

    ReplyDelete
  8. saya suka!!
    menarik! dah ada domain skrg!
    tapi kenapa mesti nk ada CIK instead of PUAN..? lalalala!

    ReplyDelete
  9. @Pojie
    Cik tetap Cik, nak vogue gak tau!

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!