Thursday, December 17, 2009

Kod Etika Blogger?

Alamak terlupa nak cerita pasal ni.

Baru-baru PM kita, Dato Seri Najib telah menyarankan agar para blogger menjadikan Kod Etika Blogger sebagai satu garispanduan dalam menulis sesuatu di blog mereka. Kalau korang tak percaya sila baca di sini  Utusan Malaysia Online pada 12th Dec yang lepas.

Garis panduan ini juga telah diwarta dalam blog 1Malaysia juga.



Di antara kod yang perlu di patuhi adalah :

* Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.
Aku : jujur menceritakan segala apa yang berlaku dalam kehidupan seharianku

* Tidak memplagiat hasil tulisan.
Aku : Memplagiat ?? Ooo aku dah tau dah maknanya. Amik dari Aku & GDI.
Maknanya adalah :
"Plagiat itu mengambil penuh/separuh/suku sesuatu kandungan isi dari blogger lain ke blogger sendiri. Samada ia sekadar mengambil idea, teks atau hasil kerja dan mengaku apa yang mereka plagiat itu adalah hakmilik sendiri itupun dah orang panggil plagiat."


* Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.
Aku : haruslah sebab aku cari sumber tu sendiri. Contohnya pergi amik gambar, melawat tempat-tempat yang dituju and etc

* Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.
Aku : Aku takut dengan fakta, kalau salah nanti abis!

* Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.
Aku : ok paham

* Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.
Aku : Itu susah mesti.

* Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.
Aku : Aku bersikap terbuka

* Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.
Aku : Ok paham

* Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.
Aku : Itu yang aku takut tuh, amat berhati-hati.

Setakat ini, aku hanya menulis mengenai segala aktiviti yang berlaku dalam kehidupan seharianku. Kalau pun cume cebisan-cebisan kecil tentang apa yang berlaku dalam dunia sekarang ini.

p/s : Sekarang ni, kena lebih berhati-hati dalam menulis. Korang?? Ishk aku tak nak masuk lokap... huhuhuhu

No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!