Tuesday, August 9, 2016

Austin Heights Water & Adventure Park – Sehari Memang Tak Cukup Nak Bergembira

Hi Korang,


Kita sambung balik citer blogger travel ke Johor Bahru last 2 week ek.


Masa hari ketiga tuh, ktorang berpeluang ke Austin Heights Water & Adventure Park yang terletak berdekatan dengan Austin Heights Golf & Resort di Mount Austin. 

Memang baru sahaja dibuka hujung tahun 2015 yang diuruskan oleh Austin Leisure Sdn. Bhd, dimana ianya merupakan Malaysia’s largest Family Edutainment Centre.



Kitaorang masa sampai depan pintu masuk water park ni, terus tak berkelip mata yelah dahlah baru je di buka, besarnya bukan main lagi ek. Di sebabkan hari minggu hari tuh so orang tak berapa ramai sebab Johor kan kerja hari ahad.


Ok kena pakai wristband dulu ye, bukan sesuka hati je nak masuk.



Bila sampai depan entrance tuh, kena check bag dulu. Makanan dan minuman memang tak boleh bawak masuk tapi don't worry ada cafe jualan lah. Sama macam korang masuk mana-mana park dalam Malaysia ni ek




Ok Austin Heights Water and Adventure Park mempunyai 5 taman tema yang mampu membuat korang pening sebab tak tau nak masuk yang mana kan hahahha.

Di antara taman tema tersebut adalah:

1. Water Park

2. Adventure Park

3. Jump Street

4. Ice Skating Rink

5. Drift In Austin

Oleh kerana masa agak terhad, ktorang sempat cuba beberapa park yang aku rasa akan menjadi tarikan utama kalau korang datang kemari ye.

Water Park

Ye mandi time




Dalam Water Park ni pun ada pelbagai jenis permainan air yang patut korang cuba iaitu Hola Flora, Splash world, Supersurf , Yellow Wall, Acrophobia, Rainbow Hood, Lazy River, Austin Wave Pool dan memacam lagi. 







Sempat jugak aku cuba 1-2 permainan, memang best oooo

Jump Street



Yang ni ala-ala trampoline park yang kat KL ni. 



Sesiapa pun boleh main jump street, alah main lompat-lompat kat atas trampoline gituh. Tapi ktorang tak dapat nak main sebab ada timing. Amik gambo sajer la ek

Adventure Park


Ini sangat awesome



Aku suggest untuk main permainan ni, datang in group. Baru rasa mencabar sket. Kalau nak main 2-3 bertiga, diaorang akan gabungkan dengan group lain.




Tempat ni sesuai kalau nak buat team building, alah sengsorang pun boleh tapi tak syioklah sebab tak rasa competitive 

Ice Skating Rink


Best-best nie




Ktorang sempat main ice skating ni lebih kurang 15 minit je pun hahahaha. Sebenarnya nak rasa camne main ice skate kan, so masuk jelah. Kena gunakan kasut skate yang ada ek, stoking dan glove. Kemudian korang skate lah sesuka hati sampai penat. 

Drift In Austin

Aku tak sangka, motor kecik ni berupaya untuk drift ek.



Seriously kecik tau, sampai kaki aku kena lipat-lipat. Memula aku ingatkan macam main go cart je tapi once nak duduk kat motor kecik tuh.





Takut sehh, walaupun korang bawak slow tapi bila tang corner kemain lagi driftnya

Tempat makan di themepark








Dont worry ada cafe yang menjual makanan tapi kira western je titbit ke jajan ke kan.


Nampak ni?
Ini portion original kalau korang beli nanti. Memang beso saiz peha ayam turki hahahahaha. Kenyang wei, tak abis makan tapi tak per tupperware dia boleh simpan. So kalau lapo boleh sambung makan balik.

Locker untuk simpan barang korang, boleh bukak banyak pun harga still sama gak

Disebabkan ktorang ada 1 1/2jam je untuk explore semua park dalam ni so tak delah timbul kepuasan sangat tapi dalam main air kat waterpark tuh memang awesome. Maklumlah lama benau tak berendam cam badak kan huahauhauhaua. Most of the photos amik kat website themepark ek


Harga Untuk Masuk Ke Austin Heights Water &Adventure Park


1 Day Entrance Park

1. Water Park
Adult (12 Years Old & Above) RM 118
Children (3 to below 12 Years Old) RM 98
Toddler (Below 3 Years Old) RM 12

2. Adventure Park
Adult (140cm & Above) RM 118
Children (140cm & Above) RM 98

3. Jump Street (Rate Per Hour)
Off-peak RM 22
Peak (Weekend) RM 27

4. Ice Skating Rink
Adult RM 15 (per entry weekdays) 
RM 25 (per entry weekend)

Children RM 12 (per entry weekdays) 
RM 22 (per entry weekend)

Companion Pass RM 5 (per entry weekdays) 
RM 5 (per entry weekend)

5. Drift In Austin
Weekday RM 25
Weekend RM 30

-All the above ticket prices are inclusive of 6% GST. 
-Weekend rate apply to Public Holiday Eve, Public Holiday, Replacement Public Holiday & School Break. 
-Austin Heights Water & Adventure Park reserve its rights for amendments and omissions whenever required. 
-Other terms and conditions apply. 


Itulah harganya, rasa murah sket dari theme park yang ada kat Malaysia ni kan, tapi harga combo tuh sangat menarik ek hehehe

Jom kite ke :-

Austin Heights Water & Adventure Park
No. 71, Jalan Austin Heights 8/1, 
Taman Mount Austin, 
81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Email : ask@funtime.my

Sekali sekala bawak family berjalan jauh sket apa salahnya, still dalam Malaysia lagi tak yah nak buat passport pun kan

Memang aku kena datang lagilah ke mari, tak puas wei nak mandi manda huahauhauhua...

Terima kasih Austin Heights Theme Park Team dan Rush Media kerana bagi kitaorang merasai experience yang awesome ni ek...





Pembukaan Kaunter MAMONDE Pertama di AEON One Utama.

Hi Korang,


Aku memang suka ke beauty event ni, sebab apa?


Ermm dapat tau produk yang tengah hot pada masa ni ek especially produk dari Korea macam Mamonde ni lah, yang dutanya Park Shin Hye heroin drama korea ‘Doctors’ tuh.


Meh aku citer serba sedikit ek,



Berukuran dalam 315 kaki persegi, kaunter Mamonde ini menawarkan 140 produk dari 32 pelbagai kategori produk yang bermula dari penjagaan kulit, alat solek dan produk penjagaan rambut. Selain daripada jualan produk, pelanggan juga boleh mendapatkan nasihat tentang kulit dan produk kecantikan secara percuma.


Mamonde yang dihasillkan dari esen terapeutik bunga, yang mana setiap pelanggannya akan mengalami dan belajar tentang kehidupan sains bunga di kaunter Mamonde . Di kaunter ini juga seakan memberikan aromaterapi bunga di mana setiap pelanggan pasti akan 'berhenti dan merasai bau-bau bunga' yang segar. Yang kita sedia maklum sememangnya ianya baik untuk merehatkan serta menenangkan minda.

The 5 Key Flowers of MAMONDE


1. Honeysuckle (Revitalizing)

The Honeysuckle has amazing vitalizing properties that maintain skin health. The Honeysuckle is an absorbent plant with the ability to absorb nutrients from barren soil to effectively deliver nutrients to vital parts of the plan


2. Hibiscus (Moisturizing)

The Hibiscus contains natural hydrators that offers flawless hydration


3. Narcissus (Hydration)

Narcissus offers excellent moisturizing benefits up to 24 hours and works well on tired and dehydrated skin


4. Lotus Flower (Cleansing)

The Lotus Flower has the ability to cleanse and purify the skin while providing anti-oxidant protection


5. Camellia (Anti-Aging)

The Camellia contains therapeutic properties that help to protect the skin from free radical damage and helps to reduce the signs of aging for youthful­ looking skin

Menurut Celine Diong, Pengurus Besar Penjenamaan Mamonde Malaysia, jenama baru ini yang diilhamkan dari bunga dijangka mampu merangsang pasaran kosmetik dengan yang konsep unik dan harga yang berpatutan. Produk yang ditawarkan dari harga RM6 sehingga RM169 sememangnya mampu dimiliki untuk kaum wanita dari semua lapisan masyarakat.


"Mamonde is the first skincare brand of its kind that uses only flowers as its key ingredient coupled with other natural ingredients its formulation. AmorePacific has invested a great deal in R&D to ensure the efficacy of Mamonde products and that these products are gentle on the skin just like the characteristics of a flower" kat Diong lagi.





Mamonde telah mensasarkan untuk membuka 3 kaunter lagi menjelang akhir tahun ini, yang mana untuk kaunter kedua akan dibuka di AEON Mid Valley Megamall pada September 2016.

Pada majlis itu, Mamonde Malaysia turut memperkenalkan duta jenamanya, iaitu Park Shin Hye - pelakon Korea popular yang cukup popular memainkan peranan utama di kebanyakan drama-drama hit Korea seperti The Heirs, Pinochio dan juga hit terkini - Doktor. Biarpun selebriti ini tidak hadir, namun Mamonde telah membawa penampilan khas beliau dalam video istimewa di majlis perasmian ini.


Peminat Park Shin Hye juga boleh mendapatkan tanda tangan esklusif khas di kotak terhad melalui pembelian Mamonde Moisture Ceramide Krim Light dan Krim Intense serta Cover Powder Cushion. Ianya esklusif sebanyak 150 unit sahaja.

Peminat Park Shin Hye boleh memenangi pass sesi 'Bertemu Peminat' pada bulan Oktober ini, hanya melalui cabutan bertuah setelah membuat pembelian barangan Momande.


Pelbagai tawaran menarik disediakan bersempena dengan pembukaan pertama kaunter mamonde di Malaysia dan salah satunya adalah Mamonde menawarkan hadiah 8-piece percuma dengan setiap pembelian RM350 dan para pelanggan Mamonde akan mendapat keahlian secara percuma dengan pembelian mana-mana produk Mamonde.