Monday, August 8, 2016

Austin Heights Golf & Hotel Resort Johor Bahru, Seronok Bermalam Di Sini

Hi Korang,


Kan trip aku ke Batu Pahat ari tuh sempena Karnival ‘Desa Stay’ Negeri Johor, kitorang bermalam di Austin Heights Golf & Hotel Resort di Mount Austin Johor Bahru.


Kemain jauh tempat tidur ek, alah sekali sekala kan.


Ktorang sampai dalam kul 7malam camtuh, once sampai je bukan masuk terus ke bilik. Kitorang ke Sunrise cafe untuk acara BBQ Night. Best tuh, sesampai makan, memang trip jalan-jalan cari makan kaedahnya ek.







Of courselah BBQ di sediakan oleh residen chef di Austin Heights ni, ktorang just datang makan je. Makan sampai kenyang then baru naik bilik, bergilir-gilir jelah kang ada acara karaoke plak ooo


Aku sebilik dengan blogger Nanie Isa tuan punya kitepunye.com, dan bilik ktorang bersebelahan dengan bilik blogger rafzan dan Is, ada plak pintu connecting room plak memang haruslah bebebudak ni duk keje ketuk pintu bilik ek. Hauhaua

Ni aku tunjukkan korang bilik ktorang ek

PREMIUM FAMILY SUITE RM280++ 
(attached with 2 king bed)

Elegantly designed bedroom approximately 81 sq. m with 2 King-sized beds. Bathroom with long bath, separate shower and toilet cubicles. Built-in wardrobe. Minibar with complimentary coffee and tea-making facilities. IDD telephone and 29 inch TV.







Apmacam rasa luas sungguh ek, yelah bilik untuk 4 orang tapi yang duduknya 2 orang haruslah seronok kan. Boleh main kejar-kejar lagi, tapi tak best tingkapnya tak boleh Cuma boleh nampak orang main golf je huahaua.


Dah siap bersihkan diri, ktorang turun balik ke cafe untuk sessi karaoke. 


Disebabkan tak de orang lagi, aku pun amik mic then terus je melalak, sekejapan bebudak ni turun agaknya nak suruh aku senyap kot hahahaha. Aktiviti menyanyi sampailah kul 10 lebih cam tuh, lepas tuh chillax lah. Ingatkan nak keluar ke bandar JB tapi memasing cam dah penat, ktorang pi layan cinema di tingkat 2 admin building ni ek.


Seriously memang aku tak sangat ada cinema dalam golf resort ni kan, dengan kerusi empuk yang boleh di adjust mengikut keselesaan korang. Malam tuh kitaorang layan movie the Avengers, amik ko duduk situ 2 jam lebih ek.




Harga hanya RM10 seorang untuk menonton filem di cinema ni ek, oklah untuk rileks-rileks so tak yah nak keluar berjalan.


Esoknya, majoriti semua bangun awal sebab tak sabar nak berjimba di padang golf kan huahauha




Not bad jugak breakfast kat Sunrise Cafe, walaupun simple tapi pelbagai jenis makanan ada tau. Hah makan tak henggat ek, nasib baik #Leptos ada so tak de bimbang perut buncit kedepan hahaha


Ok ok lets go to ronda-ronda di Austin Heights Golf Course ek.






The resort boasts an 18-hole championship golf course and a world class clubhouse of unparalleled grandeur and elegance.

Our Par-72 18-hole Golf Course was established in 1995 and designed by Peter Dalkeith Scott. Its two courses, Austin Course and Heights Course packed with a whole array of features that forces the golfers to think about every shot. Elevated tee boxes provide scenic views of each hole. With undulating fairways and water hazards, good course management is essential for this challenging golf course.






Memang besar dan luas golf course ni, walaupun ktorang drive buggy sendiri tapi penat gaklah pusing sana sini, naik bukit turun bukit, lalu ada tasik comel, berhenti untuk bergambar, kira bolehlah berlagak sekejap cam golfer ek




Abis je Golf Tour, ktorang ke Austin Heights Water & Adventure Park yang terletak bersebelahan dengan golf resort ni ek. Tapi aku citer dalam entry lagi satu ek sebab panjang benau nanti entry ni.


Balik dari Water Park tuh, ktorang mencuba Jacuzzi & Sauna plak.





Ermm sambung berendam pulak kat sini. Memang rasa rileks je dapat berendam di sini. Walaupun sekejap je tapi memang dapat hilangkan rasa sengal-sengal badan lepas main-main di Waterpark tadi kan huahauha


Naik bilik, terus bersihkan diri dan packing untuk check out. 

Sebelum balik tuh, ktorang sempat buat hotel tour jenis bilik-bilik yang terdapat di Austin Height Golf & Resort ni ek

PRESIDENT SUITE RM700++ 
(with 2 master bedroom) 







A heavenly city escape to our President Suite perfect for relaxation and rejuvenation. This suite of approximately 252 sq. m comes with a living room and two separate master bedrooms. 2 King-size bed. Bathroom with private Jacuzzi and overhead CTV. Separate shower and toilet cubicles. IDD telephone and 29-inch CTV. Scenic golf course view. Built-in wardrobe. Minibar with complimentary coffee and tea-making facilities. Living Room with 1 large Sofa and writing desk. Personal safe.

PLATINUM FAMILY SUITE RM900++ 
(with 1 master + 2 small room)

Perfect for family to stay in, this 3-bedroom suite of approximately 230 sq. m incorporates a spacious living area complete with a large comfortable sofa and writing/meeting desk.









Master Bedroom 
One king-size bed. 
Bathroom with private Jacuzzi and overhead TV. 
Separate shower and toilet cubicles. 
Built-in wardrobe. 
IDD telephone and 29-inch TV. 
Superb golf course view. 

Bedroom 2 
One king-size bed. 
Ensuite bathroom. 
IDD telephone and 29-inch TV. 

Bedroom 3 
One king-size bed. 
Ensuite bathroom. 
IDD telephone and 29-inch TV. 

Living Room 
One large Sofa and writing desk. 
IDD telephone and 29-inch TV. 
Minibar with complimentary coffee and tea -making facilities. 

Ermm cantik dan luas bilik-bilik ni, memang sesuailah dengan harganya pun kan. Kalaulah aku banyak duit confirm aku duduk sini kan.


Sekarang ni Austin Golf & Resort ada promosi bilik termasuk sekali pakej Austin Heights Water & Adventure Park, tapi aku terlupa nak amik gambo plak lah huahauhaua. Korang boleh call dan tanya lah.

So bolehlah korang chillax kat sini di hujung minggu kan


Austin Heights Golf & Hotel Resort
Lot Ptd 58061, 
Jalan Mutiara Emas 8,
Taman Mount Austin, 
81100 Johor Bahru, Malaysia.

Tel: +607- 352 4300
Fax: +607- 353 8500

Terima kasih kepada team Austin Heights Golf & Resort kerana sudi melayan kami yang giler-giler ni ek.

Saturday, August 6, 2016

ABS PowerBank Sesuai Untuk Orang Busy Seperti Aku

Hi Korang,

2-3 hari ni hidup aku agak kelam kabut sket.


Sejak ayah masuk hospital, most of the time ktorang berdua on traveling je. Mana taknya, melawat waktu tengahari then balik bawak mak kejap then petang pi balik hospital. Hah cam tulah rutin setiap hari dalam minggu ni.

Itu belum kira sesekejap-kejap orang call untuk tanye pasal ayah kan, almost kong bateri phone ek. Bukan tak boleh charge kat hospital tapi leceh lah, nasib baik ada ABS PowerBank ni kan. 


Jom aku kongsi sket info mengenai ABS Powerbank ni ek:- 

Model: J18G 

Colour : Tiffany Green, Baby Pink, Pearl White, Classic Black 

Input: 5V - 2A 

Output 1: 5V - 2.1A 

Output 2: 5V - 2.1A 

With LED Capacity Light 


Yang Penting..

Power bank ABS ini mempunyai 12000mAh. Ermm maknanya ianya boleh mengecas sebanyak 10 kali smartphone korang ek.


Aku suka gak designnya sebab slim bebenau dan ringan je aku rasa. Boleh je selit celah-celah handbag dan kalau poket seluar beso hah masuk je terus tak de nak bonjol-bonjol ek. 


Ianya dapat menjimat masa mengecas kerana ianya merupakan fast charge supply, dalam masa sekejapan smartphone korang dah full baterinya.

Harga bagi ABS Powerbank ini adalah RM179 (retail price) dan Waranty agak lama, iaitu selama 2 tahun waranty yang di berikan. (1 to 1 Exchange Guarantee whole Malaysia)

Untuk korang yang excited nak mendapatkannya:-


Sempena bulan Kemerdekaan ini, official ABS online store mengadakan promosi Merdeka Sale yang menawarkan 20% - 30% diskaun bagi setiap pembelian ye. Korang just klik kat sini hah 


sehingga 31hb Ogos 2016

Pastikan ABS power bank anda original, hanya C Two Gadget satu-satunya distributor untuk ABS power bank di Malaysia.

Info lanjut, boleh layari :

ABS : 

Website Rasmi: 

Instagram : 




Friday, August 5, 2016

Cerita Shopping Di EZBUY.MY, Pening Tapi Seronok

Hi Korang,

Ya ampun

Lately ni aku tak boleh lah tengok website shopping ni, rasa cam nak hantuk kepala kat dinding je sebab barang-barang yang di jual semua best-best belaka hahahahha.

Kali ni aku duk usha website EZBUY.MY ni plak. 

Jap aku citer kan sket ek


EZbuy (dimiliki oleh EZBuy Holding Limited) merupakan pembekal perkhidmatan membeli belah dalam talian. EZbuy telah ditubuhkan semenjak tahun 2010 lagi dan ia sangat terkenal dan popular di serata negara seperti Malaysia, Singapore, Australia, Thailand serta Indonesia. 

Kalau korang masuk website ni memang gerenti rasa pening punye, sebab apa? Sebab tak tau yang mana satu nak beli semuanya murah-murah belaka. Dari pakaian hingga ke barang rumah even alat bersenam, gadget dan memacam lagi lah. 

amik ko banyak giler kategori oo untuk di shopping

Kira macam one stop shopping centre tapi thru online. 

Ni aku tunjukkan korang Cara Shopping Di Ezbuy 

1. Mula mula KLIK link EZBUY.MY

2. Login ke akaun korang 

3. Dah siap login boleh la shopping dengan klik label kat sebelah kiri untuk memudahkan korang memilih kategori barangan yang korang nak shopping.

ini baru sket ek, sebenarnya banyak lagi tau

4. Ok dah siap pilih kemudian ADD TO CHART.

5. Bila dah selesai shopping akan keluar paparan seperti kat bawah ni. Dekat hujung bawah sekali ada di tulis VOUCHER COUPON jadi kat situ jangan lupa letak code EZJUL15 dan korang akan dapat diskaun untuk bahagian shipping sebanyak 15%. Maknanya harga untuk bahagian shipping akan di tolak 15% daripada harga asal shipping korang.

6. Dah siap semua sekali boleh tekan CHECK OUT

bayar duit shipping ek

7. Pastu jangan lupa isi alamat penghantaran dan buat pembayaran.Terdapat tiga pilihan bank untuk korang buat pembayaran iaitu MAYBANK, PUBLIC BANK dan juga RHB BANK.


8. Pembayaran dalam masa 24 jam. Dah siap buat pembayaran korang akan dapat mesej melalui telefon bimbit mengenai pembayaran yang telah berjaya.

9. Kalau korang nak kepastian boleh check lagi sekali kat akaun Ezbuy korang, betul ke tak pembayaran telah berjaya. Korang akan dapat bil daripada pihak Ezbuy melalui email.

Bukan itu je, ada lagi yang aku nak kongsi dengan korang ni. 

Kalau korang register sekarang korang akan dapat extra RM15. Nak register nah korang tekan link ni ---> http://bit.ly/EzbuyRM15

Apa tunggu lagi jom shopping barangan dengan harga murah di EZbuy. Untuk makluman lanjut boleh layari EZBUY.MY

Ok dah baca panjang panjang berjela ni, takkan teruja nak shopping kan? Dah apa tunggu lagi, moh cepat lah kan

Untuk maklumat lanjut mengenai Ezbuy korang boleh KLIK link di bawah 

ezbuy.my link: http://bit.ly/2a82ZFM

prime service link: http://bit.ly/29RgV6v