Friday, June 24, 2016

Makan Time Bersama Fish & CO

Hi Korang,

ye Makan Time.... 

APA? 
Bloop Bloop! 
Nikmati makanan laut dan ayam goreng rangup di dalam kuali untuk Hidangan Istimewa Makan Time kami tahun ini. Kagumkan ahli keluarga dan rakan – rakan korang dengan kesegaran,kepelbagaian dan kualiti. Harga bermula dengan RM22.50 seorang sahaja. 

BILA DAN DIMANA? 

Hidangan istimewa Makan Time boleh didapati di Pavilion KL, Paradigm Mall, Main Place@USJ 21, The Mines Shopping Mall, IOI City Mall & 1 Utama Shopping Centre bermula dari 1 Jun 2016 hingga 17 Julai 2016. 

Berapa Ringgit?


Makan Time Set untuk 2 @ RM 45 nett 
- The Best Fish & Chips in Town 
- Peri-Peri Catch
- 2 Soft Drinks 


Makan Time Set untuk 4 @ RM 109 nett 
- The Best Fish & Chips in Town 
- Peri-Peri Catch 
- Fry-Kings Platter 
- 4 Soft Drinks 

Awesome Top-ups 

- Hot-Fudge Cake (RM 7.95) 
- Soup of the Day (RM 5.95) 

Makan Time Set Menu untuk 2 @ RM 45 nett 

Makan Time Set Menu untuk 4 @ RM 109 nett 


Lokasi Cawangan:

Pavilion Kuala Lumpur (Flagship), Tel: 03 – 2141 1350
Paradigm Mall, Tel: 03 – 7491 0809
The Mines Shopping Mall, Tel: 03 – 8958 5856
Main Place @ USJ 21, Tel: 03 – 8011 4583
IOI City Mall, Tel: 03 – 8328 0761
1 Utama Shopping Centre, Tel: 03 – 7722 4928 

Untuk maklumat lanjut, 

sila layari laman web : 

atau 
ikuti kami di 

Facebook : 

Twitter 

Instagram: 
untuk maklumat terkini.

Tentang Fish & Co. 

Bermula dari tahun 1998, Fish & Co. adalah restoran keluarga yang kasual yang menghidangkan hidangan makanan laut yang segar di dalam kuali.Pengalaman makan yang unik diinspirasikan daripada nelayan-nelayan di laut Mediterranean yang menangkap hidupan laut, masak dan menjamah tangkapan laut tersebut terus dari kuali.Direka dengan persekitaran yang natural, kasual dan berunsurkan nautika, Fish & Co. restoran dan pekerja-pekerjanya yang peramah dan mudah didekati.Di Fish & Co., semua makanan laut dihidang secara sederhana dan berterus terang. Hanya menggunakan makanan laut yang segar dan bahan-bahan semulajadi seperti minyak zaiton, herba dan rempah ratus dari serata dunia, Fish & Co. telah menggembirakan pelanggan-pelanggannya dengan hidangan yang memikat selera dalam size hidangan yang besar dan servis yang mesra-menunjukkan kualiti dan nilai yang tinggi. 

Thursday, June 23, 2016

Huawei HONOR 5C Kini Boleh Di Tempah di LAZADA.COM.MY

Hi Korang,


Untuk peminat smartphone dan gadget freak, ni aku ada menda nak share dengan korang.

Tau tak yang Huawei HONOR 5C bakal berada di pasaran Malaysia dalam hujung bulan ni so mesti ramai yang excited kan sebab ramai yang kata featuresnya memang sangat menarik. 


Ni kan teponnya? 

Hehehehe nampak aku dah cuba dulu ek jangan jeles


Meh aku citer sket mengenai HONOR 5C ni secara briefly cam tuh lah, biasalah aku buka tech savvy kan so sket-sket boleh la ek.

Performance System

HONOR 5C ni dijana menggunakan cip pemprosesan (CPU) Kirin 650 dan android version Mashmallow 6.0. Mempunyai memori 2GB RAM dan storage 16GB itu belum masuk 128GB storage melalui Micro SD card. Dilengkapi kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-magapixel yang aku rasa kalau selfie confirm cantik semedang ek. Skrinnya bersaiz 5.2inci so kalau selfie tu memang cantikla ek.


Yang best tuh ada fingerprint scanner di bahagian belakang phone bagi tujuan keselamatan dan easy access.

cantikkan gambarnya..


Ni beberapa info yang aku rasa sesuai aku share dengan korang mengenai HONOR 5C tu ek.

main processor HONOR 5C

camera specification for HONOR 5C

battery performance for HONOR 5C

Simple-simple aku review ni ek


Oh ya LAZADA akan mula menjual Huawei HONOR 5C ni pada 28th Jun 2016. Hah sempatlah tunggu gaji masuk kan untuk beli phone ni tapi kalau dah minat sangat dan nak cepat dapat korang boleh pre-order di website LAZADA yang bermula dari 20hb Jun hingga 24hb Jun 2016. 

Korang boleh beli di link ini : http://www.lazada.com.my/honor-5c/

Tempahan awal (pre-order) bagi Honor 5C kini dibuka pada 20 June dimana ianya boleh di dapati pada harga RM799 (Grey & Silver) dan RM849 (Gold)

Dah tu apa tunggu lagi ek !!


Wednesday, June 22, 2016

Buka Puasa Dengan SHOGUN2U Food Delivery

Hi Korang,

Dah dekat 2 minggu puasa ni dan lately ni sampai dah tak tau nak makan apa. 

Bukan tak boleh pi bazaar Ramadan tuh tapi bila dah terlampau banyak pilihan jadi tak tau nak makan apa. Sudahnya semua dibeli dan kemudian tak abis makan kan.

Dah membazir kat situh, ishkk ini kalau Alam Flora tau ni #matilanak kan huahauhauahua

Sudahnya aku bukak website SHOGUN2U ni.

Alah website yang buat delivery makanan secara online. Bukanlah hantar makanan online tapi order secara online lah. Apa ke sengal memasing bulan puasa ni ek.

So aku browselah website shogun2u ni http://shogun2u.com/

Bukak-bukak je dah nampak ada buka puasa promotion ek

BUY 1 FREE 1

Ok ni dah cantik dah ni ek..

Terus klik kat menunya



Hah ada 3 jenis menu untuk promotion ni, so aku pilihlah Beef Rendang Set RM28.90


Masukkan details bagai macam alamat, contact details, dan terus PROCEED. Hah bayo je samaada cash ataupun bayar online thru bank transfer je.

So sampai jugak ke office semalam sebelum aku balik ek. Budak delivery tu tunggu kat bawah je sebab aku nak balik terus kan.

Inilah dia


Bungkus kemain elok je tak de tumpah-tumpah pun. 

bayar 1 harga dan satu lagi percuma

Sampai rumah teruk bukak, kemain sedap plak. Tak sabar nak berbuka nanti makan Beef Rendang dengan Nasi Beriyani ek.

banyakkan portionnya, ni aku bawak naik motor so tunggang terbaliklah jadinya kan

Mudah kan dengan Shogun2u ni, selain daripada makanan melayu ada jugak makanan jepun, vegetarian, snacks, even biskut raya pun ada gak tau. 

Korang check it di www.shogun2u.com


HAIRDEPOT Loft 1 Utama – Segalanya Mengenai Rambut Ada Di Sini

Hi korang!


Sabtu lepas aku berkesempatan ke HairDepot yang baru sahaja di buka di 1 Utama. Aku memang selalu nampak kedai rambut Hair Depot ni di shopping mall lain tapi segan nak masuk sebab aku rasa mesti harga shampoonya mahal-mahal belaka.


Ermm tapi tidak ye, bila aku masuk ke HairDepot 1Utama ni perception aku salah sama sekali tau..

Betul lah, aku tak tipu memang harga mampu milik!!


Meh aku citer sket latar belakang Hair Depot ni ek

Setakat ini, HairDepot dah ada 30 outlet termasuk outlet di 1 Utama. HAIRDEPOT Loft ni dah establish sejak 2009 tau.
Ada 13 jenis House Brands dijual di HAIRDEPOT Loft iaitu Midori, Hair Milk, Herbalogist, Hairdepot, Greenology, Ecru Little Green, Ecru NewYorkStreets, Cab’s, Aurane, Erayba, Phytorelax, Farcom Mea Natura, Farcom B-Style dan Farcom Aler.

Meh aku bawak korang pusing-pusing dalam Hair Depot ni ek











Seronok masuk kedalam kedai ni sebab ianya sangat kemas dan bersih serta terang benderang. Nampak simple tapi elegan gituh. Apa lagi aku pun leka tengok setiap produk kan, ada produk untuk rambut normal, rambut bermasalah, rambut warna, shampoo untuk kanak-kanak, accesorries dan memacam lagi lah.



Di sebabkan aku ni tak pandai langsung dalam hal ehwal rambut ni, nasib baik consultant Hair Depot ni banyak membantu aku untuk buat pemilihan shampoo dan conditioner yang sesuai untuk rambut kejung aku ni kan. 

Lepas daripada penerangan consultant tuh, memacam ilmu yang aku dapat belajar mengenai rambut dan cara pengurusannya ek kan.


Ini adalah produk yang aku ambil hari tuh, Shampoo, hair mask, conditioner dan argan oil. Malam tuh jugak aku guna sebab dah tak sabar nak rasa best ke tak produk keluaran Hair Depot ni ek


Midori Sebum Control Shampoo

Shampoo ni memang bersesuaian dengan aku yang mempunyai kulit kepala berminyak (oily scalp) ishk muka berminyak, kulit kepala berminyak dan macam orang minyak plak kan cuma tak keja kat company oil & gas je hahahahha. Lepas guna tuh, kepala rasa berangin je cam ade air con plak. Sejukkk nauu

Midori Power Mask

Lepas guna shampoo harus guna power mask ni untuk enhance lagi kesihatan rambut korang. Tapi sapu dari rambut level telinga hingga ke bawah tau, tak boleh kena kulit kepala nanti tambah berminyak lagi 

Hair Milk Nourishing Creme

Ni aku paling suka sebab baunya wangi sampai aku rasa nak makan hahahahaha. Conditioner dari ‘HairMilk’ memang sedap dan harum baunya, lagipun senang nak guna just tepek je kat rambut tapi jangan sampai kena kulit kepala ek.

Ok last sekali

Argan Oil

Ni aku share sket info mengenai Argan Oil

"Minyak argan dihasilkan dari buah Argania Spinosa (Pokok Argan). Sejak dulu lagi minyak argan memang tidak asing pada dunia kecantikan. Popularitinya dalam bidang kosmetik semakin meningkat masa kini sehingga digelar sebagai "liquid gold" dikalangan wanita Eropah kerana khasiatnya yang menakjubkan untuk kecantikan kulit, rambut, kuku dan bersifat anti-aging semulajadi terbaik.

Minyak argan bermanfaat untuk rawatan masalah rambut gugur, pertumbuhan dan penjagaan rambut kerana khasiatnya mampu memberi nafas baru kepada rambut kering, beruban, kusut, bercabang, rapuh dan sebagainya. Minyak ini mempunyai ciri yang sama dengan minyak Jojoba tetapi khasiat dan keberkesanan minyak argan lebih luar biasa"

So memang sesuai di sapukan di rambut lepas cuci rambut kan, selain dari cantikkan rambut ianya jugak dapat merawat masalah rambut kan. Aku sapu sangat hujung-hujung rambut je untuk jadikan ianya bersinar hehehe

Berita baik untuk pembaca setia Ciklilyputih.com dan follower Ciklilyputih di Instagram :


HAIRDEPOT Loft tengah bermurah hati nak bagi kat korang Argan Oil worth RM90

Cara-caranya senang je. Ce tengok bawah ni :

1. Follow account Instagram @ciklilyputih dan @hairdepot_my

2. Repost gambar Argan Oil dari Instagram Ciklilyputih [ https://www.instagram.com/p/BGishf2zgR3/?taken-by=ciklilyputih&hl=en] berserta hashtag 
#haircare 
#hair
#hairtreatment 
#HairdepotMy 
#HairdepotLoft

3. Tunjukkan gambar repost korang kat HairDepot Loft, 1 Utama dan korang akan dapat satu botol comel Argan Oil.

4. Argan Oil percuma tamat pada 15 July 2016


Senang kan?

TERHAD KEPADA 100 FOLLOWER terawal @ciklilyputih SAHAJA tau

Kalau korang takde masa nak datang ke kedai HAIRDEPOT Loft ni , korang boleh ke www.kcareshop.com jugak untuk membeli produk mereka secara online. Jimat masa dan tenaga serta duit minyak korang gak ek. Hehehe. 

Hair Depot Loft 
LG311G,
(Next to Old Town White Coffee)
1 Utama Shopping Center (New Wing)
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor.

Facebook: fb.com/HairDepot
Instagram: @HairDepot_MY


Thanks HAIRDEPOT Loft sebab layanan yang sangat awesome.

Tuesday, June 21, 2016

Buka Puasa Makan Dim Sum di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam

Hi Korang,

Ini citer ahad lepas.

Kan weekend lepas aku balik berbuka puasa dengan mak aku kat kampung kan so ahad tuh lepas masak siap-siap lauk ktorang terus gerak balik KL balik. Sebab dah agak dah lepas buka, toll simpang ampat kat Alor Gajah tu akan jem teruk sebab ramai balik KL lepas buka kan.


Sambil drive tu, otak ligat berfikir nak buka puasa petang tuh ek. Alah saje malas nak buka kat umah walaupun dah ada lauk nak makan. Tup-tup whatsapp bunyi, check-check bebudak berdua ni Nannie dengan Ayu ajak berbuka sekali sebab ada barang nak bagi daripada PR. 

Cakap dengan Mr Big so terus je confirm pi makan kat area Shah Alam. Maknanya dari umah mak aku terus je ke Shah Alam tak singgah umah pun, so sampai sana awal ktorang lepak kat Plaza Shah Alam pi survey baju raya. Dalam masa 1 jam aku boleh beli sehelai jubah, Mr Big sempat pi beli kasut jalan jugak hehehehe

Rupanya diorang ajak pi makan dimsum kat GrandBlue Wave Hotel.


Ermm ok sangatlah sebab dah biasa pi makan kat situ. Sesampai je bebudak ni dah order apa yang patut, ktorang berdua just datang makan dan bayo hahahha . Aku malas nak pilih-pilih ni semua, so makan jelah. 

Di sebabkan ‘All you can eat’ buffet dan ktorang seramai 14 orang so semuanya bantai order 2 sets kan. Hah makan sampai muntah memasing hahahaha… Sampai je mangkuk dimsum tuh makan, sampai lagi then makan lagi. Berhenti solat then sambung makan lagi hahahaha


Tapi bestlah sambil makan sambil borak-borak citer-citer hah family memang seronoklah.

Anak-anak pun happy sebab dapat makan then dapat main lelari bagai hahahaha

Harga yang ktorang makan ni sorang RM68nett dan mintak je apa saja sampai korang kenyang je. Tapi jangan lupa once dah order memang kena abiskan so sebelum order tuh fikir dulu cukup ke tak kan.

HALAL ke Dim Sum ? 

Of courselah HALAL sebab di Hotel Grand Bluewave semua makanannya adalah HALAL.

Ini hah alamatnya:-

Restoran Tung Yuen,
Hotel Grand Bluewave 
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14
40000 – Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan.

Phone: 03- 5511 8811 ext.2616


Tenkiu korang sebab arrange buka puasa adhoc ni, so lepas ni tak yah nak plan-plan sangat. Call je then terus set meet up kan hehehhehe....