Hi Korang,
Korang ingat aku ni ada banyak masa ke belek kulit muka yang berminyak ni, nan adonya masa. Setakat basic regime setiap hari tu jelah aku tepek. Kalau nak pi facial ni memang payahlah, langsung tak de time tapi kalau pi dinner ada plak masanya pi salon buat rambut kan.
Nak tak nak kena buat facial kat umah je lah bila ada free time barang ½ jam gitu. Dah lepas mandi, bercuci, berscrub bagai kat muka tu kan. Aku pun pakai Light Intensive 3 in 1 Whitening Essence Mask ni.
Kalau korang google kandungan bahan yang ada dalam Essence Mask ni seperti Tanggula Glacier Water, Sctellaria Extract dan Pure Lemon Essence ni yang menjadikan kulit muka kita ni sihat dan menyegarkan. Di samping tu Garnier mask ni juga dapat memberi kelembapan, mencerahkan dan kaya dengan vitamin C.
Alah 10 minit jelah, meh tengok apa aku dah buat dengan Whitening Mask ni.
Muka kenalah dibersihkan terlebih dahulu, kalau ada bekas make-up pi cuci lah nokss. Pemalas betul lah pompuan ni tau.
Keluarkan dari plastik Garnier Essence Mask tersebut, dah terus tepek kat muka korang. Ikutlah bentuk yang ada tuh. Letak kat mata, hidung dan mulut dengan betul.
Dah tepek tuh, cer tampar manja-manja sket nak kasi Essence tu meresap kat kulit muka.
Apalagi baringlah dan tunggu 10 minit. Rehatkan mata kejap kan tapi jangan sampai tertidur plak. Kang kejung plak mask tu kat muka korang ek.
Buka lah mask tuh, sket demi sket ek takut hilanglah Essence tu. Heheheheh tipu je lah.
Hah, rasa segar tak? Haruslah. Ok belek-belek sket kulit muka tu. Tengok apa yang patut. Lubang pore mengecil ke, jerawat tumbuh ke kan.
Kalau boleh pakai mask ni seeloknya 2 kali seminggu kalau kulit muka korang bermasalah macam aku lah, kalau tak sekali seminggu je dah cukup.
Ok, Garnier Light Intensive 3 In 1 Whitening Essence Mask ni boleh di dapati di seluruh pasaraya dan farmasi di Malaysia dengan harga RM7.90 sekeping. Murah kan, harga chicken chop sepinggan pun lagi mahal, betul tak?
Nak cantik mestilah kena rajin baru big brother puji melambung kan. Hehehehehheeh..
Ok itu je tips kecantikan aku untuk kali nie.
Jumpa lagi.