Monday, October 29, 2012

Anjung Selera Ikan Bakar, Seksyen 7 Bangi Boleh Tahan Sedapnya

Hi Korang,

Dah 4-5 kali lalu lalang depan kedai Anjung Selera Ikan Bakar ni tapi hati rasa cam malas plak nak cuba sebab orang sentiasa penuh lebih-lebih lagi awal bulan.


Jadi last week, dek sebab tak tau nak makan apa so ktorg pi try lah makan kat sini. Tengah bulan so tak ramai orang, aku assume mesti kedai ni mahal. Alah makan je lah kata Mr Big itu pun nak kira.



Sesampai je ktorg di suruh pilih ikan untuk di bakar. Ada few choices pari, cencaru, kembung, siakap, talapia, sotong, ketam dan udang. Malas nak fikir banyak pilih je ikan siakap. Kemudian baru order side dish yang lelain.



Yang memula sampai mesti lah air. Aku order fresh orange dan Mr Big soursop (durian belanda).Biasalah rasa buah, manis dan segar.



Ini plak sotong goreng tepung. Tepungnya crunchy. Tak delah tebal sangat. Nampak je berminyak tapi tak pun.


Ok sup ekor mari. Order semangkuk sebab tak de kuah nak hirup sesejuk buta ni. Terbaek kata Mr Big, sesuai dengan tekak dia, tak pedas dan tak banyak sampah. Telupa plak nak tunjuk gambo tulang la plak.


Telur dadar biasa je, rasa telur lah kan. Letak sket bawang goreng dan cili sos. Cam berminyak sket kan.



Ini dia ikan siakap bakar. Ikan dibelah tengah tapi tak putus. Disiram dengan sambal homemade ni. Tak delah pedas sangat sedap. 


Air asam pun di sediakan, tak cukup sila mintak lagi ye.

Overall bagi aku ok je. Tak delah hebat sangat but sedap dan boleh tahan rasanya gak. Isi ikan siakapnya manis bila dah letak home-made sos tu kan. Harga tak lah mahal pun, semua sekali yang ktorg makan tu cuma RM43.00 je. Ikan siakap tu lebih kurang RM22 je. Ok kan.

Nak datang kedai ni.


Anjung Selera Ikan Bakar,
No. 18, Jalan 7/7B,
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

https://www.facebook.com/AnjungSelera

(Sebaris Petronas dan belakang Mydin je) Itu je landmark yang senang. Oh ye atas kedai makan ni ada gym. Maknanya lepas bersenam bukan main nak rak, bolehlah pi bedal kat bawah.

Korang yang duk dekat-dekat sini bolehlah try makan kat sini ek. Selain daripada ikan bakar ada jugak menu makanan yang lain yang belum sempat ktorg cuba lagi. Mr Big suka ikan bakar so ktorg bantai jelah makan ikan bakar.

Selamat makan

Ngapppp..





Dapat Camera Samsung Pink!

Hi Korang,

Saje je nak tunjuk kat korang ni.

Jeng jeng jeng


Aku dapat camera pink NX1000 dari Samsung Malaysia. Bangga kejap tau, nasib baik tak terkoyak suar ek.

Wewewe tak sabar nak snap sana sini walaupun hanya dapat guna sebulan je. Barulah blogger tegar kan.


So mari bercamwhore yeah!




Saturday, October 27, 2012

Keputusan Giveaway ‘Lori Oreo Comel’ Dah Keluar.


Hi Korang,

Mesti korang tertunggu-tunggu tentang giveaway ‘Lori Oreo Comel’ yang aku buat awal bulan ni kan. Haruslah semua mengelupur nak tau siapakah 3 pemenang bertuah yang akan dapat lori comel tuh.

Setelah 2 minggu aku memerah otak untuk tentukan siapa yang layak untuk dapatkan hadiah gorjes tuh, so ini dia:-


3 Pemenang Bertuah





Eh tak abis lagi, aku juga sediakan 5 hadiah misteri untuk korang yang bertuah ni. Mr Big punye idea. Please say thanks to him ye.










Untuk hadiah misteri ni, aku pun tak sure nak bagi apa lagi. Nanti aku bukak gobok ajaib kat bilik entertainment kat umah aku tu dulu ek. Kena selongkar satu persatu gobok ni. Actually aku ada banyak produk yang aku dapat masa event yang tak terusik langsung. So rezeki korang lah ye.

Congratulations kepada 8 orang pembaca setia blog mak ni nokss.

Sila emailkan details korang seperti Nama, Telefon no, Alamat kat mana nak anto bebarang ni, Facebook name ke jajasayang@gmail.com. Tak pun korang add je kat FB www.facebook.com/ciklilyputih mentioned kat situ Peserta Giveaway ‘Lori Oreo Comel’.

Kepada peserta yang yang tidak berjaya janganlah kecil hati ye. Kalau aku ni blogger jutawan aku memang sediakan hadiah untuk korang sorang satu. Giveaway kecil-kecilan yang tak de sponsor ni memang cam ni lah.

So stay tune untuk kat blog www.ciklilyputih.com yang comel ni untuk giveaway yang lelain ye. Aku ni suka buat giveaway spontan, anytime mood aku ok then aku buat lah ye.

p/s : Sila bagi masa kat aku dalam sebulan untuk penghantaran bebarang korang ni ye. Bukan apa aku memang kena curi-curi masa untuk settlekan semua ni sebab aku tak tau pun kat mana pejabat pos area rumah aku ni.



Friday, October 26, 2012

Gambar | Aksi Tiger Woods Di CIMB Classic 2012

Hi Korang,

Minggu ni sibuk kat safari aku ni pasal Tiger Wood main golf kat tasik ni kan. Alah apa ada hal, aku ok je coz tak de kene mengena dengan aku pun. 


So semalam one of supervisor sibuk ajak ktorg bebudak opis pi tengok Tiger Woods main golf. So nak tak nak turun gaklah kat tepi tasik belakang office.

Ini ada beberapa gambar aku dapat snap masa Tiger Wood nak practice main kan. Orang bukan main ramai lagi duk kerumun area ni, maklumla pemain golf no. 1 dunia datang Malaysia. 


Tiger Woods yang baju biru ye bersama pembantunya



Tengah practice time nie


Cantikkan pose ni


Ermm memang payah nak amik gambar Tiger Woods ni. Nampak dari belakang je. Langsung tak pandang belakang. Siap body guard dia cakap tak boleh distrub dia.

Dapat tengok in person Tiger Woods ni jadilah kan walaupun dari belakang. 


Gambar di ambil dengan Samsung NX1000



Thursday, October 25, 2012

Burberry Beauty Workshop, Cantik! Menarik!


Hi Korang,


Lately ni banyak plak media invitation pasal beauty. Mulanya memang aku malas nak pi sebab aku bukannya minat sangat bab-bab make-up ni tapi bila fikir balik alah apa salahnya tambah ilmu kecantikan diri sket so ok lah aku pun ON.


Setahu aku Burberry jenama untuk apparel dan fragrance je tak tau pun ada make-up bagai. So masa introduction dari Marketing Manager Burberry ni baru lah aku tau yang diorg ni baru je setahun jagung menjinakkan diri dalam kosmetik ni so now it time to promote lah their product.



Beauty workshop ni tak ramai pun dalam15-16 orang je yang semuanya aku tak kenal langsung. So haruslah buat networking untuk business kan. Kenal 3-4 orang amoi cino yang HOT gituh.



Kat Burberry workshop ni ktorg di ajar cara make-up yang betul. Cam ne nak sapu foundation kat muka, pilihan eyeshow, cara lukis eyeliner kat mata dengan senang dan memacam lah. Aku paling fail lukis eyeliner tu, dengan ikut teknik yang betul rasa cam mudah plak.


Yang penting kata make-up artis Burberry Adrian tuh, kena confidence bila letak something kat muka. Jangan mengigil ye, itu akulah tu. Aku memang nervous sket bila orang duk peratikan cara aku menconteng muka aku yang lebar cam pinggan ni, sampai Mike (assistant Adrian) tu tolong ajar aku cam ne nak pakai semua menda ni.



Ok now cantik tak? Mestilah cantik. Lepas dah tuntut ilmu ni melaram ni kan.




Jenama Burberry ni memang dah terkenal di merata dunia, now dengan beauty collection ni aku rasa lagilah ramai orang akan pi cari Burberry counter ni.


Yang best tu dapat goodies bag bebarang Burberry. Ada lipstick, liquid foundation, make-up base. Best lah, tak sabo nak cuba nanti.


Anyway thank you Hello Magazine for this special invite. Bertambah sket ilmu pengetahuan aku kan.