Thursday, October 4, 2012

Malu Nak Cakap, Tapi Licin Dengan Veet


Hi Korang,

Bab-bab yang dalam kain ni aku segan sket nak citer. Yelah takut korang cakap aku ni suka sangat mengarut. Tapi demi untuk kesihatan dan kecantikan aku citer sket je lah.

Rasanya ramai wanita ada yang problem tumbuhnya lebihan rambut di tempat yang tak sepatutnya. Jangan kata korang, aku pun ada gak tapi tak leh bagitau kat mane ye kang korang nak tengok plak. Ada yang aku pernah perasan tu, dia ada bulu kat area atas bibir kira cam misai gitulah. Dah lah putih, cantik tapi misai tu yang buat spoil plak. Cian kat dia tau.

So pernah dengar Veet?


Korang orang lelaki memanglah tak pernah dengar but yang perempuan ni cam ne? Mesti perasan kan. Kalau dalam iklan TV tu nampak perempuan pegang-pegang kaki sambil kain sutera lalu kat kaki hah itulah dia VEET.



Kata Ms Liew Wai Kuang, Pengurus Pemasaran Reckitt Benckiser Malaysia memberitahu para media pada media launching kat Hotel Maya baru-baru ni bahawa Veet ® adalah krim jenama ubat menghilangkan rambut  nombor 1 di dunia dengan lebih 80 tahun  pengalaman membangunkan produk penyingkiran rambut dan lebih 30 juta wanita di seluruh dunia menggunakan Veet setiap tahun. 

Beliau berkata: "Paling penting, sebagai jenama yang obat menghilangkan rambut terkemuka, kami memahami keinginan setiap wanita untuk mempunyai kulit yang cantik dan sempurna lancar tanpa perlu dan telah dibina reputasi kami dengan mewujudkan produk yang mudah untuk digunakan, bekerja dengan berkesan dan di atas semua, selamat ".



Penyelidikan pasaran telah menunjukkan bahawa wanita tidak mahu menunggu untuk rambut tumbuh terlalu lama sebelum mereka boleh mengeluarkan ia. Formula baru Veet ® 's berkesan membuang rambut sebagai pendek sebagai 1.5mm. Inovasi di sebalik formula adalah bahan aktif: Thioglycolic asid. Menggunakan teknologi KeraDerm berdasarkan asid Thioglycolic dan diperkayakan dengan pelembap seperti Sorbitol, Veet ® krim direka untuk bekerja lebih dekat kepada akar rambut untuk memberikan kelancaran terjamah untuk lebih lama, walaupun dengan rambut pendek sebagai 1.5mm.


Veet ® juga menghidrat kulit dengan Restor Hydro '™ sistem formula yang replenishes tahap kelembapan semulajadi kulit dan mengekalkan kelembutan pada kulit anda dengan meninggalkan ia supremely lancar.


Tengok betapa berkesannya Veet ni pada wanita seluruh dunia. Meh kita dengar plak apa kata 3 selebriti  ini iaitu Diana Danielle, Thanuja Ananthan dan Megan Tan tentang pengalaman mereka menggunakan Veet.


Diana Danielle berkata bahawa Veet ® adalah mudah untuk digunakan dan memberikan beliau keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. "Sebelum menggunakan Veet ®, saya terpaksa untuk menggunakan pencukur dan lain-lain cara konvensional, tetapi selepas mencuba Veet ®, langsung tidak menoleh kebelakang lagi. Ia adalah mudah untuk digunakan, mudah dan yang paling penting, tiada perasaan yang berduri apabila saya menyentuh kulit saya. Saya berasa yakin dan selesa "kata pelakon yang manis dengan senyuman yang manis.


Thanuja Ananthan, bekas Miss World Malaysia, model profesional dan pengacara TV mengatakan bahawa Veet ® adalah perkara yang mesti ada dalam travel beauty bag beliau "Saya berjalan begitu banyak dalam kerja-kerja saya untuk menghadiri photoshoot, event dan TV appearances, jadi saya memerlukan sesuatu yang berfungsi dengan baik dan cepat dengan keputusan yang berkekalan. Veet ® membolehkan saya untuk mendedahkan kulit kelihatan licin dan sempurna yang kekal, "kata Thanuja.


Selebriti hos TV, Megan Tan mempunyai satu lagi sebab mengapa Veet ® adalah pilihan beliau. "Saya muncul di TV dan berjumpa dengan orang ramai. Jadi saya mahu kelihatan sempurna dan berasa selesa mengetahui bahawa saya mempunyai kulit yang besar dalam apa yang saya pakai, sama ada pakaian yang panjang atau seluar pendek, tanpa lengan atau tidak. Itulah sebabnya Veet adalah penting dalam rejim kecantikan saya, "katanya.

Ok its time untuk aku cuba plak,


Urut tangan dulu sebelum nak kena cabut bulu kan. Akak-akak ni di datangkan dari Ubud Spa kat Bangi. Wah dekat je dengan umah aku. So senanglah nak pi spa kan. Lama gak akak ni urut tangan aku, hilang bisa2 dan angin dalam badan ni kan.


Ok its time to cuba menggunakan product Veet ni. Yang aku guna Veet Wax Strip. Letak je kat tangan, urut 2-3 minit dan terus tarik. Lepas kena tarik tuh, bahagian kulit tu rasa sangat licin dan lembut je.


Yang ni plak si Zurie cuba buang bulu kat jari guna Veet Normal Cream. Lembut dan wangi plak tuh. Langsung tak de rasa sakit bila bersihkan.


Terima kasih Veet for this special experience. Lepas ni boleh lah buang apa yang patut kan. Hehehehhehe sukerlah..





10,000 Langkah Di Mana-Mana


Hi Korang,

Masa atuk aku masuk hospital last week, sempat gaklah aku explore Hospital Melaka ni. Sebagai seorang yang tak pernah langsung masuk hospital gomen memacam aku jumpa. Yang pelik, yang unik ermm apa-apa jelah

Sampai aku ternampak banner ni


Oh rupanya, kempen suruh kita exercise.

Bagus gak adanya kempen sebegini, menggalakkan kita semua membakar lemak kan di samping tu dapat menyihatkan badan dan menguatkan jantung.

Yelah aku ni memang jarang berjalan jauh sangat. Parking pun kalau boleh nak depan pintu je. Naik tangga 4 tingkat pun dah semput. Kena berlari sket dah tercungap-cungap.

Camne tak gemuk kan! ishk

Sampai Mr Big cakap, kecikkan sket peha tu ye dah macam drumstick KFC plak dia tengok. Takut-takut dia tersalah gigit plak kang kahakhakhakahka

Jadi apa lagi, jomlah berjalan ye..


Wednesday, October 3, 2012

Best Main Angry Bird Dengan Samsung Smart TV

Hi Korang,

Aku memang layan game Angry Bird ni kat tablet Mr Big. Memang best sangat. Burung-burung tu dahlah cute siap ada bunyi lagi.


Bila dapat jemputan dari Samsung untuk pi cuba main Angry Bird kat screen beso ni memang haruslah pergi kan. Akulah yang orang yang first sampai sekali kat Best Denki 1 Utama Sabtu lepas. Bukan apa, takut tak de parking time hujung minggu cam ni.


Once semua bloggers dah sampai, ktorg di berikan briefing oleh wakil dari Samsung Malaysia ni. Cerita pasal apps terbaru yang boleh di download untuk Samsung Smart TV ni. Boleh chatting, ada kid education apps, fitness apps dan memacam lagi.




Masa yang di tunggu dan pun tiba. Ktorang di benarkan untuk mencuba Angry Bird apps kat Samsung Smart TV ni. Hah ko, best betul rasanya. Dengan screen beso, sound effect yang mantap. Terus terleka seketika, asyik duk genggam tarik, genggam tarik Angry Bird tu kan.



Sebab apa dia suruh cuba, rupanya ada Angry Bird Challenge lepas tuh. Hah memasing pasang strategi untuk nak menang patung Angry Bird yang beso tu kan. Cuma ada 3 je plak tu. Nasib aku tak berape ‘ong‘ la coz lagi sket je markah untuk menang.

Dapat pegang pun jadilah kan uhuhuhuh


Inilah pemenangnya. Vernon Chan. Haahhh I hate him tau sebab dia main sekali je dah boleh menang.




Sebelum balik, ktorg makan-makan dulu kat Just Thai Restaurant betul-betul depan Best Denki ni. Sedap gak makanan Thai kat sini, terasa cam ada kat Siam plak dah.


Pandangan aku tentang Angry Bird Apps ni:-
Bermain di screen beso memang amat menarik. Kita boleh pegang, genggam Angry Bird tu sendiri macam main betul-betul lah. Itu belum kira sound system bunyi burung tu memang amat best. Cara permainannya sama je dengan game yang dalam tablet tuh.


Rasanya cam nak je angkat satu Samsung Smart TV ni tapi sabar dulu tunggu Mr Big dapat bonus end of the year nanti, mana tau ade rezeki kan.


Tak dapat Angry  Bird yang besar dapat yang kecil ni pun jadilah. Thanks Samsung coz sudi jemput aku ke event ni. Memang best betullah! 

I love angry bird!





WW – Udang Besar Sedap


Hi Korang,

Wordless Wednesday for this week


Hah sedapnya kalau dapat makan udang besar ni tiap-tiap hari. Lazat kan.

Tapi kolesterol pun sama gak naiknya. Ini boleh mendatangkan penyakit ni.

Kahkahkahakhakah

Selamat makan!


Tuesday, October 2, 2012

'GIVEAWAY LORI OREO COMEL Dari WWW.CIKLILYPUTIH.COM'

Hi Korang,

Note : Sticky post for 48 hours, scroll down for new entry.

Masa yang ditunggu2 telah pun tiba.

Dengan ini aku mengistiharkan official giveaway aku yang aku rasa pertama ke yang kedua kot. Ntah aku sendiri pun tak ingat sebab aku suka buat giveaway secara spontan je.

Ramai yang komen suka sangat kat lori OREO yang comel ni. Nasib baik aku sempat pi beli tadi, itu pun dah tinggal ngam 3 biji je kat kedai ni. Haruslah aku sapu semuanya.

Mummies blogger ni mesti suka giveaway ni, yelah boleh bagi anak-anak main kan.


Syarat-syarat untuk join Giveaway nie;-

1. Mestilah follower blog www.ciklilyputih.com ni. Alah klik je kat tepi kanan blog ni untuk follow ek. Hanya untuk blogger dalam Malaysia je ye tapi kalau korang yang kat oversea tapi ada address kat Malaysia pun boleh join. Senang sket aku nak hantar kan.

2. Kena buat entry bertajuk 'GIVEAWAY LORI OREO COMEL Dari WWW.CIKLILYPUTIH.COM'

3. Dalam entry tu letak gambar banner kat atas tu dan linkkan entry contest ni dalam entry korang ek.

4. Tolong tulis apa-apa komen mengenai blog www.ciklilyputih.com ni. Tak kisah pasal apa pun. Baik ke, buruk ke, aku malas nak balas komen ke, asyik citer pasal event je kan. Lagi banyak lagi bagus.

5. Tuliskan apa pandangan korang tentang apa yang patut aku tulis lagi dalam blog aku ni. Korang nak aku citer lagi pasal beauty ke, kesihatan ke, pasal makan ke, pasal family ke, cara buat tutorial ke kan. Apa-apa je lah. Lagi banyak lagi bagus.

6. Bila dah siap, sila komen kat entry ni dengan premalink blog korang ye dengan nama dan email sekali ek.

7. Pemenang di pilih berdasarkan komen dan pandangan yang menarik hati aku dan Mr Big. Penting ni untuk blog kesukaan korang ni kan.

Apa macam, senang kan? ok ada lagi info kat bawah ni ye.

Tarikh tutup : 14hb Oktober 2012 ( 2 minggu je)


Hadiahnya : 3 biji lori OREO yang comel yang dalamnya ada biskut OREO untuk 3 orang pemenang yang bertuah.

So apa lagi cer cepatlah buat entry ek. Senang je kan tak payah nak pi beli borang penyertaan kan.

Mana tau korang bernasib baik...