Friday, September 28, 2012

Movie Again : Hotel Transylvania Sangat Kelakar


Hi Korang,

Dah lama rasanya tak tengok wayang FREE dari Nuffnang dan Churp-Churp. So hari tuh adalah komen kat entry Hotel Transylvania ni so dapatlah tengok wayang FREE kat e-Curve Cineleisure Damansara.


Nasib baik ada muka-muka bloggers yang kenal so hang out dengan diorg je lah dan nasib baik gak lah dapat FREE pop corn dan FREE drinks. Rasanya sangat best!


Ok, meh citer pasal synopsis filem Hotel Transylvania


Sometimes monsters need a break too. That's why Dracula (voiced by Adam Sandler) opened Hotel Transylvania, a five-star resort where monsters and their families—including Frankenstein (voiced by Kevin James) and his bride, the Mummy, the Invisible Man, and a family of werewolves—can live it up without worrying about frightening or offending anyone in the human world.


Although he's a monster, Dracula is much like any other overprotective dad when it comes to his teenage daughter, Mavis (voiced by Selena Gomez). He makes up stories about terrible dangers in order to keep her from wanting to venture outside of the hotel. But that doesn't stop dangers from coming in.


Dracula's world starts crumbling when an ordinary human guy (voiced by Andy Samberg), manages to find his way into the hotel and happens to fall for Mavis

Bagi aku:

Filem ini mengisahkan kekeluargaan. Jalan cerita menarik, walaupun cartoon but sangat menghiburkan hati. Watak-watak macam Dracula yang very protective terhadap anaknya Mavis dan Jonathan yang gila-gila tuh sangat entertaining.


Kelakar itu yang boleh aku cakap sebab senantiasa korang akan tergelak dengan aksi-aksi lakonan hantu-hantu masa sampai di Hotel Transylvania ni. Cara diorg takut dengan manusia.


Mr Big kasi 4/5 star untuk filem ni. Best sangat.

Jom lah korang bawak keluarga menonton filem ni weekend ni, gerenti mesti korang gelak tak henggat punyalah.




2 Hari Di Hospital Besar Melaka


Hi Korang,

2 hari tak bersiaran kat blog ni. Letih..


2 hari ni jugaklah aku struggle tak tidur dengan sempurna, menguruskan atuk aku yang sakit maklumla mak aku tak berapa pandai nak uruskan pasal surat-surat Hospital ni. Doktor diagnosis kena penyakit jangkitan kuman dalam paru-paru.

So far semalam masa aku nak balik Bangi, singgah kejap kat hospital Melaka ni, dia dah ok but blood pressure dia tak berape stabil itu yang kena tahan lagi tu.


Tapi atuk aku ni walaupun dah berumur 85 tahun, doktor respect coz antibody dia still kuat lagi untuk lawan penyakit tuh.

Semoga atuk den cepat sembuh ye.

p/s : Citer pasal GIVEAWAY, ok nanti aku buat coz ramai sangat permintaan nakkan lori OREO tu ye.. so stay tune..

Wednesday, September 26, 2012

Lori Bawa Biskut OREO Yang Comel


Hi Korang,

Wordless Wednesday for this week


Comel kan. Cute je

Rasa cam nak beli bebanyak dan buat GIVEAWAY.

Korang nak tak kalau aku buat giveaway hadiaH ni ? Baik cepat komen ye..


Tuesday, September 25, 2012

Makan SAMURAI BEEF BURGER Sebab Nak Ikut Trend


Hi Korang,

Apa menda plak mengarut ni, makan SAMURAI BEEF Burger ikut trend plak kan? Abis dah semua orang kecoh kat facebook, blog, twitter, instagram pasal burger limited edition dari Mc Donalds ni, tak ikut trend namanya.


Kang kalau tak rasa lagi, kena perli kedekut plak khakhakahka

So last Friday hari tuh, aku purposely tak nak masak. Tapi mintak permission dulu dengan tokeh bank kang tak pasal2 dia mengamuk plak coz angkat tudung saji tak de makanan kan. Kang bermuay thai plak aku dengan dia. Tak gitu?

Ktorg kuar dalam kul 10pm camtu coz mesti dah tak ramai orang yelah Mc Value Meal time dah abis. Sesampai je kat Mc Donald Bangi ni mak datuk beratur bukan main panjang lagi. Dahlah panjang berbaris-baris plak tu. Turn aku beratur almost sampai ke pintu dah. Gila lah orang Bangi ni.


Mr Big cakap, pi kat outlet satu lagi kat area WARTA tu lah. Nasib baik situ tak ramai orang. Aku no. 2 beratur dari kaunter. Order lah burger yang ikut trend tu. Single patty untuk aku dan double patty untuk dia hey !. Tengok saiz perutlah ye.

Double patty- Samurai Beef Burger

Single patty- Samurai Beef Burger

Ok amik-amik gambo dulu SAMURAI BEEF BURGER ni. Post kat FB, Twitter, Instagram biar semua orang tau yang aku ni ikut trend. So tak leh nak perlekehkan aku lagi khakahkahakhakhakahka (gelak kuat tak henggat)



Dekat 10 minit pose dengan burger ni, baru leh makan. Nasib baik laki mak tu sabo dan paham dengan perangai bini blogger dia ni. Hah ko gigitan yang pertama, aduiyai sos teriyakinya langsung tak pedas, sesuai dengan tekak, sangat sedap dan banyak melimpah ruah. Di gandingkan lagi dengan air fruzz ke frezz yang best tu, mana taknya ribena + 7 up sedaplah kan dan jugak French fries perisa curry katsu tu amboi tak terkata sungguh lah.

Ktorg duduk kat Mc Donald tu sejam lebih gaklah, seronok memerhatikan orang yang makan burger ikut trend ni. Majoriti semua mencuba burger baru ni.


Eh, korang pun kena cuba gak tau barulah ikut trend dan up to date. Tak delah mahal mana pun. Ktorg makan berdua hari tuh cuma RM33.50 (large size, 1 single, 1 double patty).


Salah satu yang terbaik dari Mc Donalds.

Cuma nak komen sket, bila dah malam tu bila lah staff ramai sket. Cian aku tengok Mc D branch Bangi kat sebelah PKNS tuh. Staff kat kaunter 2 orang je, mana tak lambat kan.

p/s : Agak-agak model tak bertauliah aku tu, Mc D nak amik berlakon iklan tak?ehheehe 


Rezeki Harus Di Kongsi Bersama

Hi Korang,

Kita dalam dunia ni, kalau sket-sket nak berkira memang tak kemana lah kan. Apa salahnya berkongsi rezeki pada mereka yan memerlukan. 

Aku pun cam tu gak. Kalau ada rezeki lebih aku kongsilah dengan korang yang kaki lepak kat blog aku kan. Walaupun tak banyak but still aku nak beri gak. Nanti ada giveaway yang aku nak buat, korang join ye..


Cam dia ni gak la, aku rasa dia ni lebih memerlukan. So aku bagi apa yang dia perlukan iaitu makanan.


Hopefully aku dan dia sesama murah rezeki hendaknya. Dahlah kucing comel ni tengah bunting. Cian plak aku tengok kan.

Itu je..