Hi Korang,
Nowdays kerja semua pakai
computer mana ada orang pakai typewriter lagi, so sepanjang hari lah kita duk
mengadap computer tu, itu belum kira bila kat rumah waktu malam sambung main
facebook, twitter, update blog, main game.
Kan urat dah tegang kat leher.. ishk
Itulah di antara punca-punca kita
mula rasa sakit di bahagian bahu dan leher, yelah duduk tegak je
sepanjang masa. Bukan tu je dengan jadual
seharian yang pack, stress yang amat, postur duduk yang tak betul itu pun menjadi sebab kenapa kita selalu menghadapi
sakit di bahagian leher dan bahu. Rasa tak uncomfortable sangat lah.
Tapi kita buat tak kisah je.
Tambahan pula, dengan tak de masa nak ke spa atau panggil orang untuk urut,
rasanya ramai yang hanya berdiam diri dan beranggapan sakit bahu dan leher ini
akan pulih dengan sendirinya. Kira macam magic gitulah. Ada ke kan?
Rasanya Tiger Balm macam paham je dengan penyakit terkini rakyat Malaysia
ni, lalu ia pun memperkenalkan produk mereka jeng jeng jeng…
TiGER BALM NECK and
SHOULDER RUB
(REGULAR/BOOST)
Keluaran terbaru dari Tiger Balm
ini merupakan cara penyelesaian yang effektif dan mudah untuk cara hidup kita
masa kini. Ianya dapat meredakan
sakit leher dan bahu dengan cepat dan selesa.
Ianya merupakan krim berasaskan air yang di campur dengan camphor dan 'mentol/menthol' menjadikan ia tidak berminyak dan cepat meresap
ke bahagian yang sakit. Baunya juga akan hilang serta merta so tak de orang
lain tahu yang korang gunakan Neck dan Shoulder Rub ni. Sesuai untuk sakit leher dan bahu.
Tiger Balm Neck and Shoulder ini
di datangkan dalam 2 jenis
Regular Variant
Di datangkan dengan haruman lavender yang mampu meredakan sakit leher dan
bahu dengan kadar sederhana dan berpanjangan.
Boost Variant
Mempunyai haruman yang menyegarkan dan mempunyai kadar kekuatan tambahan
untuk menghilangkan rasa sakit, stress yang berlebihan, penat dan kesakitan
yang amat di bahagian leher dan bahu.
Bagi aku Tiger Balm Neck and
Shoulder Rub ni merupakan ‘massage-on-the-go’
yang bersesuaian dengan lifestyle kita masa kini. Kira macam spa juga tapi
macam 2 tangan halimunan yang sibuk duk mengurut bahu dan leher kita yang sakit
tu lah. Rasanya sesuai dengan orang-orang yang mempunyai cara hidup yang aktif
seperti ahli sukan dan mereka yang gemarkan aktiviti sihat.
Produk ini di datangkan dalam
tube bersaiz 50g yang memudahkan kita membawa kema-mana sahaja terutamanya yang
senantiasa bergerak ke sana sini. Warna dan reka bentuknya sangat moden dan
sleek mampu menyaing produk-produk kelegaan yang lainnya.
Neck and Shoulder Rub ini
dikeluarkan dari Tiger Balm satu salah jenama yang dikenali dan dipercayai oleh
dunia yang khusus dalam menyediakan produk berkualiti untuk kelegaan kesakitan
selama hampir satu abad.
Bila dah tak berapa kuat lagi ni, kenalah senantiasa ada penawar untuk
kesakitan sebegini. Kita tak tau dengan tetibanya sakit bahu dan leher ni boleh
muncul kan.