Tuesday, September 18, 2012
Sunday, September 16, 2012
Saturday, September 15, 2012
Cupcakes FREE Untuk Rakyat Malaysia
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
cupcakes FREE
,
cuti Hari Malaysia
,
cuti-cuti malaysia
,
makan FREE
at
12:00 AM
2 comments
:
Friday, September 14, 2012
Sempat Ke Event BioCypess Time Lunch
Hi Korang,
2 hari lepas aku sempat ke event BioCypress anjuran E-Qurban dan Denaihati.com. Ingatkan tak sempat nak attend tup-tup tengok tempat pun dekat dengan opis so apa salahnya.
Event di adakan di Restoran Tupai-Tupai di Bukit Petaling, alah belakang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Masa aku sampai tuh, belum rasa lagi so parking pun senanglah.
Majlis di rasmikan oleh Y. B. Senator Dato' Dr. Mashitah Binti Ibrahim. Air BioCypress ini merupakan air kesihatan keluaran E-Qurban dan baik untuk kegunaan harian.So sapa-sapa yang ada penyakit-penyakit kronik ke penyakit biasa ke boleh minum air ni.
Antara yang sempat jumpa bro Dehaihati sendiri, Khairul Arnam, Jaws Ismail dan bebudak Geng Tali Barut (GTB) ada K Ina, Eyriqazz dan Mat Joe.
Makanan adalah yang terbaik, semuanya aku makan walaupun dapat makan dalam kuantiti yang sket kan. Memang sedap lah.
Aku tak tunggu sampai abis majlis pun coz nak masuk office balik.
Terima kasih kepada team Denaihati.com yang sudi menjemput aku ke majlis ni ye.
Balik tadi terus minum air BioCypress ni, ermm ada rasa cam fresh sket badan ni. Kena cubalah minum banyak lagi pas ni.
Agak-agak air BioCypress ni boleh kurus tak? khahkahkahak
Insyallah..
Thursday, September 13, 2012
Majlis Sambutan Hari Raya Sinar Cahayaku Garnier Bersama Selebriti Malaysia
Hi Korang,
Jumaat lepas bertempat di PJ Hilton Hotel, pihak Garnier telah mengadakan aktiviti amal menerusi program Sinar Cahayaku dengan sambutan raya yang cukup meriah dan menyentuh hati. Acara yang di hadiri lebih daripada 50 orang anak yatim, turut dimeriahkan oleh para peminat dari laman Facebook Garnier serta beberapa orang selebriti termasuklah duta Garnier, Lisa Surihani, penyanyi dan usahawan Heliza Helmi serta pelakon dan hos TV Irma Hasmie.
Last week, aku ada hebah-hebahkan menda ni kat FB siapa yang nak pergi ke majlis ni. Ermm hampeh tak ramai pun nak join coz ramai yang cakap makan-makan je tak naklah pi. Aku ok je lah. Tapi bila tengok gambar aku dengan Lisa Surihari tu, memasing sibuk bising2 cakap kenapa tak ajak? Ishk aku debik kang baru tau ishkk..
Sinar Cahayaku di mulakan oleh Garnier pada bulan Januari tahun ini dengan matlamat untuk memberikan hubungan persahabatan dan adik-beradik, sokongan dan nasihat bagi anak yatim perempuan ketika mereka meningkat dewasa. 3 buah rumah anak yatim telah dipilih untuk menyertai program ini iaitu Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Anak-anak Yatim Asrama Damai dan Rumah Amal Siraman Kasih.
‘Kepercayaan Garnier dalam menjaga orang disekeliling serta persekitaran anda turut di realisasikan melalui program Sinar Cahayaku, di mana jenama ini memainkan peranan sebagai ‘kakak’ untuk menawarkan galakan, keprihatinan dan persahabatan bagi anak-anak yatim perempuan di rumah-rumah terpilih’ kata Low Chooi Hoon, Pengurus Besar bagi Bahagian Produk Pengguna L’Oreal Malaysia.
Lisa Surihani yang mengetuai usaha meningkatkan kesedaran bagi program bermakna ini melalui video dalam talian merupakan kakak angkat pertama yang melawat rumah-rumah anak yatim bagi program Sinar Cahayaku sebelum ini.
Heliza Helmi pula berkongsi bagaimana dia telah menetapkan objektif pada setiap tahap berbeza dalam hidupnya menerusi ceramah motivasinya yang kini telah membantunya mencapai impian untuk menjadi penyanyi dan usahawan.
Irma Hasmie, sangat mengemari sesi bergembira dan berinteraksi bersama adik angkat, meluahkan rasa gembiranya di jemput Garnier untuk melawat rumah-rumah terpilih tersebut.
Sebagai sebahagian daripada program ini, Garnier telah pun menyediakan sumbangan kewangan kepada ketiga-tiga rumah anak yatim yang dipilih. Setelah bengkel di akhiri, Garnier secara rasminya memberikan sumbangan sebanyak RM10,000.00 bagi setiap rumah tersebut.
Sambutan Raya Garnier ini diakhiri dengan hidangan yang lazat bersama selebriti dan adik-adik tersebut. Para selebriti juga menyampaikan hadiah raya kepada setiap adik-adik yang hadir sambil mengucapkan Selamat Hari Raya dan saling bersalaman.
Hah, begitulah citernya. Simple dan straight forward. Nak bagi korang paham apa di sebalik program Sinar Cahayaku dari Garnier ni.
So kalau ada lagi event sebegini, korang nak ikut tak? Haruslah nak kan. Jangan jadi bodoh sombong ye. Akhkahkhk
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
anak yatim
,
bengkel Take Care
,
Duta
,
Event
,
Garnier
,
hari raya
,
Heliza Helmi
,
Irma Hasmi
,
Lisa Surihani
,
PJ Hilton
,
Sinar Cahayaku
at
12:00 PM
8 comments
: