Hi Korang,
Show apa plak time raya ni kan?
Orang sibuk pi beraya, aku + Mr Big sibuk pi beraya kat KLCC. Alah orang dah jemput tak kan nak tolak plak. Lagipun ini first time persembahan ‘Drum Tao’ kesenian dari Jepun ni mengadakan persembahan di Malaysia ni.
Nak tau Drum Tao tu ape? Meh baca kat entry yang pernah aku tulis ni ek
Hah, apa macam ? macam teruja tak bila dah baca pasal Drum Tao ni.
Ktorg yang pi tengok ni lagilah teruja. Pertama kali dalam hidup tengok orang Jepun hensem main gendang besar-besar ni kan. Selalu tengok time perbarisan Hari Kebangsaan je.
Bergegas kitorg petang Jumaat tu ke KLCC, nasib baik jalan tak jem tapi parking plak FULL dek kerana ada Book Fest kat KLCC Convention Centre kan, nak tak nak parklah jauh sket.
Just nice diorg open entrance kul 8.00pm. Ktorg dapat masuk Door 1. Masuk-masuk je dapat duduk area yang paling depan sekali dengan stage. Best tu tak de lah mendongak sangat kan. Mr Big lagi lah suka, setup dia punya camera dan terus hilang pi amik gambo. Tinggal aku sengsorangkan.
Tak nampak pas tu, show start. Dewan penuh ooo.
Start-start dah best shownya, kesemua 16 orang drummer keluar dengan drum2 yang pelbagai saiz. Dari kecil sampai ke besar. Memang leka di buatnya. Dari satu segment ke segment yang lain semua menarik sangat. Siap ada buat lawak2 lagi. Walaupun diorg ni tak bercakap sepatah pun, but sign dan body language diorg ni yang membuatkan ktorg gelak dan tepuk tangan tak henti-henti.
Show yang berlangsung selama 2 jam tu memang tak terasa langsung. Kejap plak dah nak abis. Leka selekanya lah.
Tak leh nak ambil gambar langsung coz tukang jaga tu melambak-lambak kat kiri kanan hall, but korang taulah Mr Big kan. Asal orang tu hilang je, dia snaplah.
Anyway to Nuffnang for this special invite. Rasanya ktorg je malay blogger yang ada malam tuh.
Memang enjoy sangat lah dapat tengok performance sebegini. At least tau jugak budaya bangsa lain.