Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Hi Korang,

Untuk pembaca setia www.ciklilyputih.com


Kami berdua ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Ahli Keluarga kami, saudara mara kami, rakan rakan sekerja kami, rakan rakan photographer, rakan rakan Blogger dan semua yang mengenali kami di dalam dan di luar negara

Semoga Aidilfitri ini memberi kebahagiaan kepada semua.

Amin


CLP notes: Apmacam, ade tokoh jadi datuk datin tak? hakhakahkah




Saturday, August 18, 2012

Manusia Tak Guna!!

Hi Korang,

Petang semalam ada pembakaran terbuka yang amat teruk berlaku dekat dengan rumah aku. Asap hitam yang gelap lagi maha pekat. Takut dibuatnya.

Meh tengok ni.

Ishkk ni dari level rumah aku ni

Kalau tengok dengan mata, memang dah dekat sangat dengan rumah aku ni

Bomba datang berlumba-lumba

Bomba tengah sibuk duk padamkan api time ni. 


Even bomba sampai 2 biji kereta datang nak padamkan api ni pun tak cukup untuk menampung kemarakan api ni kan.

Memang tak baik betul orang yang mulakan pembakaran terbuka ni kan. Kecian orang sekeliling yang suffer. Kalau terbakar rumah diorg ni cam ne? Siapa nak bertanggungjawabkan.

Dasar manusia tak de otak!

Aku kalau dapat orang tu, siap lah kan. Aku kerjakan cukup-cukup tau.





Friday, August 17, 2012

#SaveJejai - Kita Mampu Meredakan Keperitan Ini


Hi Korang,

Apa plak yang heboh sangat pasal hashtag #savejejai kat merata blog pagi ni ek.

Korang tau ke?

Aku dah lama tau.

Ceritanya cam nie…

One of the geng blogger yang rapat dengan aku + Mr Big iaitu Bro Jejai yang nama sebenarnya Azhar Ramli iaitu tuan punya www.teratakarmo.com sedang mengharungi keperitan yang amat sangat. Dia di sahkan menghidap Lung Cancer Stage 4. Bukan baru tau, dah lama dia simpan je rahsia ni, Cuma teman-teman rapat macam Eyriqazz dan AbangEnsem je yang tau. Aku dapat tau pun dari Eyriqazz sendiri. So daripada situ aku dapat perhatikan perubahan yang ketara ke atas Bro Jejai ni.


Selalunya kalau ke event memana, aku memang jadi bahan untuk disakat oleh beliau. Maklumlah aku nak agak blur2 sket bab-bab mengarut ni kan. Tapi dia jugaklah yang banyak tolong aku dalam blogging ni. Mana taknya sampai header blog aku sekarang ni, dia yang buatkan tau. Bila aku nak bayar, dia cakap alah aku tolong suka-suka je lah. Sampai satu ketika tuh, dia siap tolong aku uploadkan video untuk Maxis Advertorial di sebabkan aku tak reti langsung camne nak buat + upload video ke blog kan.

Ternyata memang banyak kenangan ktorg berdua dengan Bro Jejai ni. Memang tak boleh nak dilupakan lah.

Last aku jumpa beliau dan isterinya Kak Maz masa food review di Enak KL. Beliau nampak ceria sekali walaupun aku tau apa yang jadi kat dia. Siap buat lawak lagi, maybe nak cover agaknya kesakitan yang dia tanggung. Now aku tak sure apa yang jadi kat beliau. Hanya sekadar dapat tau status kesihatannya di facebook group yang dicreate khas untuknya.


Dengar-dengar kadar perubatan untuk kes sebegini memerlukan jumlah yang banyak. Aku tak sure berapa but rasanya mesti beribu gak kan. Jadi geng-geng blogger yang mengenali  atau tidak Bro Jejai rasanya bolehlah hulurkan sumbangan ikhlas kepada beliau ni.

Ini detailsnya,




MAYBANK


164351079691


AZHAR BIN RAMLI (Jejai)




MAYBANK


164089741562


MAZLIANA BINTI OTHMAN (wife Jejai)

Tak delah nak mintak banyak pun kan, sekadar yang termampu. Aku pun bukan lah senang sangat but dalam saat-saat sebegini rasanya beliau memerlukan lebih daripada aku kan.

Moga-moga dengan sedikit bantuan daripada kita semua ni, dapat ringankan beban yang di tanggung oleh Bro Jejai sekeluarga.

Korang pun sebar-sebarkan berita ni ek.

Semoga Jejai terus tabah dan kuat dalam menempuh ujian daripada Allah SWT ni. #SaveJejai


Filem The Expendables 2 Mengugat Jantungku


Hi Korang,

Ktorg berdua hampir tak pi tengok preview filem The Expendables 2 ni kat GSC One Utama.

Sebab apa?


Ya ampun, parkingnya yang amat teruk sekali. Dekat nak 1 jam baru jumpa tempat parking, itu pun park betul2 pintu masuk dekat escalator Parkson tuh. Kalau kena clamp, memang aku lempang guard kat situ lah.

Nasib baik ktorg dah berbuka dalam kereta dengan beef lasagna yang sangat sedap so tak de rasa cam nak telan pak guard kat One Utama ni. Rupanya ramai yang terkandas dek sebab tak dapat parking ni, so counter Nuffnang collect tiket ni kosong je. Senang sket nak amik kan.


Ok back to filem The Expendables 2 ni, jom layan synopsis jap.


The Expendables are back and this time it’s personal… Barney Ross (Sylvester Stallone), Lee Christmas (Lee Statham), Yin Yang (Jet Li), Gunnar Jensen (Dolph Lundgren),Toll Road (Randy Couture) and Hale Caesar (Terry Crews) — with newest members Billy the Kid (Liam Hemsworth) and Maggie (Yu Nan) aboard — are reunited when Mr. Church (Bruce Willis) enlists the Expendables to take on a seemingly simple job. The task looks like an easy paycheck for Barney and his band of old-school mercenaries. But when things go wrong and one of their own is viciously killed, the Expendables are compelled to seek revenge in hostile territory where the odds are stacked against them. Hell-bent on payback, the crew cuts a swath of destruction through opposing forces, wreaking havoc and shutting down an unexpected threat in the nick of time — six pounds of weapons-grade plutonium; enough to change the balance of power in the world. But that’s nothing compared to the justice they serve against the villainous adversary who savagely murdered their brother. That is done the Expendables way….



Bagi Aku :

Siapa yang tak pernah tengok yang previous dulu The Expendables ni, kena pi tengok dulu then baru korang boleh kenal watak-watak dalam filem ni. Para pelakon sama dengan previous filem but ada tambahan pelakon-pelakon otai seperti Bruce Willis, Van Damme, Arnold Schwagnezzer, Chuck Norris. Itu yang menguatkan jalan cerita filem ni.


Banyak aksi-aksi bunuh dan potong kepala cam tu je. Memang tersentak-sentak jantung aku sekejap kan. Action memang terbaik lah. Masa diorg berlawan tuh, memang best.

Tapi kesudahannya sedih arr…kahkahakhaka Eh mana boleh citer kang korang mesti marah aku kan. So baik korang pi tengok sendiri ek kat wayanglah.

Untuk filem ni, Mr Big kat 4.5/5 siap dia tepuk-tepuk tangan sebab excited sangat dengan aksi yang dipertonton kan.


So thanks to Nuffnang coz sudi bagi aku tiket FREE untuk The Expendables 2 ni. Bukan setakat tiket malah aku dapat gak mouse pad filem yang comel ni tau. Sukalah nak letak kat opis pun PC lah.


The New Snow World @ Genting Highland

Hi Korang,

Siapa pernah pergi Snow World kat Genting Highland tuh?

Aku pernah tapi rasanya dah 5 tahun lepas lah masa ktorg pi holiday baru-baru kahwin dulu. Memang sangat sejuk tempatnya. Mengigil ooo konon-konon macam kat oversea lah. Siap pakai winter coat lagi tau.


Then, hari tuh masa ada Genting Charity event tu, ingatkan naklah jejak kaki ke Snow World ni lagi. La bila sampai depan tu rupanya tutup under renovation plak. Ermm tak tertunailah hasrat dihati kan huhuhu.

Aku dengar-dengar ada banyak features best-best untuk The New Snow World ni.

Di antaranya ialah :-




The Winter Downtown + World Heritage Concept
The relief façade along the sideway of the snow chamber depicts the concept of a winter downtown experience. The stretch of streetscape along the slope creates a wonderful visually-stimulating experience and certain window bays have been reserved to serve as possible vendor stalls or resting bays.
Walk through the authentic streets as animated and rhythmic lights twinkle from the windows of the shops which houses an English Tea Shop, a French Bakery,  an Italian  Pizzeria as well as shops displaying Spanish red wine, Dutch clogs and Swiss chocolates to experience the culture and heritage of different countries.


LED Light Animation Scheme
Stroll down the streets of a snowy downtown and be amazed by the unique light scheme which will gradually transform SnowWorld from cheery daytime to magical nighttime.



Lookout Point

There are plenty of attraction spots and corners in the thematic interior which provide a beautiful backdrop for endless photo opportunities. Climb up a flight of stairs to the outlandish castle which is a contrast to the quaint and scenic downtown streetscape. Standing high up at the center podium will give a breathtaking view of the entire surroundings, and is also a great place to snap a few photos!


Warm House
Another attraction nestled in the snow-covered “hills” is the Warm House. Drop by this chamber if you wish to take a rest before continuing to discover more of the snowy wonderland!



Ice Sculpture + Play Slide + Cresta Run Slide + Snowball Time

Be awed by the spectacular ice sculptures on display as you frolic in the snow. For the more adventurous, take a spin on the Play Slide or Cresta Run Slide that will definitely steal your breath away!


Ok serba sedikit mengenai The New Snow World ini lagi.


Snow World ini terletak di Level T2A di dalam First World Plaza. Suhunya lebih kurang -6°C. Berkeluasan 22.8k sg ft yang merupakan Taman Winter Wonderland yang terbesar di Malaysia tau.

Ok, ni plak harga tiket untuk masuk ke Snow World nie.

Ticket price is inclusive of jacket, boots, gloves and all sizes are subject to availability.

Category
Normal (RM)
Genting Rewards Card (RM)
Adult
25.00
23.00
Child / Senior Citizen

23.00
21.00

*Rates are subject to change without prior notice

Express Lane: Not Available

Ini plak waktu operasinya.


Normal
Malaysia School Holidays &
Public Holidays
Monday - Friday
10:30am - 10:30pm
09:30am - 11:30pm
Saturday / Eve of Public Holidays
09:30am - 11:30pm
09:30am - 12:30am
Sunday
09:30am - 10:30pm
09:30am - 11:30pm

*Operation hours are subject to change without prior notice

CLP notes : Ermm tak sabar rasanya nak tunggu The New Snow World ni bukak lah. Mesti syiok kan dapat main salji tanpa pergi ke oversea.















Attraction Spots
The Winter Downtown + World Heritage Concept
The relief façade along the sideway of the snow chamber depicts the concept of a winter downtown experience. The stretch of streetscape along the slope creates a wonderful visually-stimulating experience and certain window bays have been reserved to serve as possible vendor stalls or resting bays.
Walk through the authentic streets as animated and rhythmic lights twinkle from the windows of the shops which houses an English Tea Shop, a French Bakery,  an Italian  Pizzeria as well as shops displaying Spanish red wine, Dutch clogs and Swiss chocolates to experience the culture and heritage of different countries.


LED Light Animation Scheme
Stroll down the streets of a snowy downtown and be amazed by the unique light scheme which will gradually transform SnowWorld from cheery daytime to magical nighttime.


Lookout Point
There are plenty of attraction spots and corners in the thematic interior which provide a beautiful backdrop for endless photo opportunities. Climb up a flight of stairs to the outlandish castle which is a contrast to the quaint and scenic downtown streetscape. Standing high up at the center podium will give a breathtaking view of the entire surroundings, and is also a great place to snap a few photos!


Warm House
Another attraction nestled in the snow-covered “hills” is the Warm House. Drop by this chamber if you wish to take a rest before continuing to discover more of the snowy wonderland!





Ice Sculpture + Play Slide + Cresta Run Slide + Snowball Time
Be awed by the spectacular ice sculptures on display as you frolic in the snow. For the more adventurous, take a spin on the Play Slide or Cresta Run Slide that will definitely steal your breath away!