Friday, August 10, 2012

Buffet Ramadhan 2012 @Shazana Pau Shop & Cafe, KL

Hi Korang,

Lama plak tak tulis pasal buffet ramadhan 2012 ni kan. So kita sambung balik lah ye. Now bukan makan dihotel but di Shazana Pau Cafe di Kampung Baru, KL.

Actually tak plan pun nak ke sini but ktorg asyik tak jadi je nak pi buka dengan my MIL so kira cam plan last minit gitu lah kan. Nasib baik tokeh kedai ni kawan Mr Big so terus je call then buat booking. Syukur ada tempat lagi kan.


Not bad jugak, orang tak berapa ramai gitu lah maybe sebab weekend kot ramai buka kat umah bersama family agaknya. 

Ok dah jangan nak melalut, meh tengok gambar makanan ni ek





Ok meh tengok, main dish plak







Now, dessert plak






Ok kan. Simple je. Macam pi open house time hari raya je. Menunya simple dan setiap hari bertukar-tukar.

Tapi memang sedap. Bertambah-tambah ktorg makan. Sorrylah ye gambo ktorg makan tak de pun sebab boleh terlupa nak amik plak kan.

Harga buffet ramadhan di Shazana Pau Shop & Cafe ni RM25 seorang untuk dewasa. Murah sangat kan. Mana boleh dapat harga sebegini dalam KL nie, especially kat Kampung Baru kan.

Nak ke sini, jom lah



  • 77-E,Tingkat Bawah,
  • Wisma Yayasan Terengganu,
  • Jalan Raja Alang, Kg Baru,
  • 50300 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +6012-9442495/6010-4343634





Sesuailah kalau nak bawah keluarga yang ramai untuk berbuka puasa di luar kan. Murah pun murah harganya.


Seronok dapat cerita pasal makan, sangat mengembirakan.







Cantiknya Nik Husna Pemenang Host Pantene Ni Kan

Hi Korang,

Saje nak tunjuk kat korang gambar pemenang Host Pantene 2011 untuk Anugerah Skrin tahun lepas kan.


Inilah dia Nik Husna Nik Ali. Berasal dari Shah Alam still student lagi kat UKM ambik mass comm. Peramah dan simple je orang nya.

Sempat juga aku borak-borak dengan dia tadi. Alah cerita pasal Pertandingan Host Pantene ni.

Mesti korang suka tengok dia ni kan, yelah cantik.

Oklah nanti citer lagi ek.







Thursday, August 9, 2012

Tips Blogging : The Journey of a Successful Blog Post


Hi Korang,

Quick and simple entry je ari ni.


Credit : www.google.com


Agaknya lah kan, korang ada ikut tak method yang di tunjukkan dalam chart ni ek. Aku ada ikut but tak sebegini punya details lah kan.

Sebab tu lah, agaknya blog post aku tak berapa nak hits kan.

Korang plak cam ne?

Aku rasa bagus idea ni as guideline dalam kita berblogging kan

Jom cuba, nak tak?

Wednesday, August 8, 2012

The PortaWiFi, Celcom WiFi Mudah Alih Dimana Jua Anda Berada.

Hi Korang,

This is sponsored post


Sekali lagi Celcom Axiata Berhad, selaku pembekal telekomunikasi mudah alih yang utama di negara ini menawarkan para pelanggan sambungan WiFi mudah alih pebadi dan selamat di mana sahaja mereka pergi dengan memperkenalkan ‘PortaWiFi’ bersama dengan pelan data yang menakjubkan.


Dengan kerjasama dari Huawei, PortaWiFi ni amat mudah digunakan dan mampu menjadi hotspot device dan para pelanggan boleh berkongsi serta menikmati akses yang lancar dan segera pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada dengan data speeds up to 21Mbps.


Bercakap mengenai perkhidmatan terbaru ini, En Afizulazha Abdullah, Chief Operations, Advances Data for Celcom Axiata Berhad berkata ‘ Dengan melancarkan pelan data mudah alih untuk PortaWiFi ini, Celcom memberikan para pelanggan kami satu lagi cara untuk sentiasa berhubung tak kira samada di rumah, dalam perjalanan dengan kelajuan internet yang terbaik’.


PortaWiFi ini didatangkan dengan
1.       Car charger
2.       Three-pin indoor charger with USB adapter


Yang juga membolehkan kereta, rumah atau pejabat atau di mana sahaja mereka berada sebagai WiFi Hotspot selagi mereka berada di kawasan lingkungan Celcom yang boleh di gunakan sehingga 5 pengguna dalam satu-satu masa. So ahli keluarga, teman sekolej, rakan-rakan dapat menikmati kemudahan internet dengan mudah dan selamat di mana-mana sahaja.





Seronok kan, nak-nak bila nak balik raya ni. Manalah tau jem teruk kat highway, dengan adanya PortaWiFi ni at least there’s something that can cheer korang up kan untuk hilangkan stress jem tuh.

Jom check it out harga Celcom package ni untuk Celcom Broadband Basic, Celcom Broadband Advance dan Celcom Broadband Pro serendah RM68 sebulan untuk kontrak 12 bulan

Celcom First Data Basic
Celcom First Data Advance
Celcom First Data Pro
Monthly Payment
RM68
RM98
RM138
Data Volume
4GB
6GB
10GB
Device Price
RM159
RM159
RM159
Perceived Price to customer (exact price customer has to pay after special rebate – maybe can use other friendlier terms than perceived price)
RM39
RM15
FREE
Upfront Payment
RM159 (Additional RM40 for new registration)
Special Rebate
RM10 x 12 months
RM12 x 12 months
RM15 x 12 months
Speed
Up to 21Mbps

Pelan data yang di bentuk oleh PortaWiFi ini kelajuannya telah dinaikkan kepada semua 3.5G Sites untuk kecepatan melungsuri dan memuatturun data dengan lebih cepat lagi. Celcom juga telah melabur sehinggan RM300 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menyusun rangkaian yang merupakan 4G LTE yang kelajuannya sehingga 150 Mbps dan lebih daripada 6 kali data yang diproses untuk compatible devices.


Sebahagian daripada kerjasama dengan Huawei, Celcom juga menawarkan ‘Huawei MediaPad’ bersama dengan Celcom First Voice dan Data Plans dengan harga yang amat menarik di pasaran. The MediaPad ini dikuasakan dengan 1.2Ghz dual-core processor dengan High Definition (HD), 7” LCD screen, dual cameras, WiFi dan Bluetooth connectivity dan working battery life of over six hours.


Harga MediaPad ini serendah RM299 dengan pakej Celcom Broadband Tab Advance + Voice untuk kontrak 24 bulan, di mana para pelanggan boleh berjimat sehingga RM700 daripada harga retail iaitu RM999.



The PortaWiFi dan MediaPad gadget ini boleh di dapati di seluruh Celcom bluecube outlet di seluruh negara. Untuk informasi lebih lanjut mengenai PortaWiFi dan MediaPad ini layari www.celcom.com.my



Wordless Wednesday - Mahu Yang Ini

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week ialah


semua aku mau...

Bestkan kalau semua ni ada kat umah aku. Boleh ari-ari peluk-peluk sambil berguling kan.

Yelah masa kecil dulu, tak pernah dapat mainan banyak sebegini.