Wednesday, August 1, 2012

Belajar Masak dan Makan-Makan @ BOOF RESTAURANT Dengan FoodPanda.MY

Hi Korang,


Selalunya aku dapat jemputan makan ke buffet ramadhan di hotel kan, tapi di BOOF Restaurant ini aku dapat belajar masak sekali apa yang aku makan. Betul aku tak tipu ni.




Last week lagi sekali FoodPanda.MY sudi mengajak ktorg berdua ke BOOF Restaurant yang terletak di Jalan Sultan Ismail, KL ni. Ok sesampai je register dulu ek, kang tak boleh masuk plak.




Actually BOOF Restaurant ini berkonsepkan fast food yang berasal dari Tehran, Iran. Alah sekali pandang macam KFC kat Malaysia ni. Dekat Iran dah ada lebih daripada 50 restoran dan kini BOOF Restaurant ni mula bertapak di Malaysia pada mid 2011.



Sebelum tu, mestilah ada some speech dari manager BOOF Restaurant ni, cerita mengenai menu-menu yang terdapat di restoran ni lah. Ada ayam, ada pizza, ada burger dan memacam lah.


Sementara nak tunggu time berbuka puasa, ktorg pun..





Kitaorang di bawa masuk ke dapur masakan restoran ini. Comel je kecik, sebab tu pekerja kat kitchen pun tak ramai kan. Sebenarnya ktorg akan di ajar cara membuat pizza dan burger ala BOOF ini. So lepas je ktorg nak tengok demo, terus je buat. Memula kena sapu sos di atas doh. Kemudian taburkan segala jenis bahan yang telah di sediakan. Pas tu bakar lah kan. First time buat Pizza memang best sangat yelah boleh letak topping ini suka kan.





Ok break sekejap, ambil gambar dengan Panda dulu ek.



Sambung lagi buat burger plak. Aku mestilah yang first mencubanya. Ikut je apa yang manager suruh kan. Susun itu, letak ini dan tada.. jadilah sebijik burger BOOF. Daging ayamnya tebal ooo sampai tak muat pembalut burger ni.



So masa berbuka tu, ktorg di hidangkan dengan apa yang ktorg buat dan masak sebelum ni. Ada pizza, burger, ayam goreng dan French fries. Rasa pizzanya lain daripada yang pernah aku makan.





Tengoklah gelagat Mr Big yang kaki makan ni. Memacam rupa kan.

Hah makan sampai tersandar kat kerusi ni. Kenyang yang amat walaupun sebenarnya bukan banyak pun ktorg makan. Maybe perut dah kecil kot.


Nak bagitau jugak yang BOOF Restaurant ini mengadakan buffet ramadhan untuk tahun ini. Dengan hanya RM10.00 korang dah boleh dapat sebiji burger + french fries + minuman. Bukan setakat bebudak sekolah malah korang pun  mesti suka dengan pakej ni. Yang best tuh ada FREE WiFi. So boleh lah lepak kat sini lelama kan.

Kat mana restoran BOOF ni, meh sini baca ni


BOOF Restaurant
No. 42, 43 & 44,
Ground & Mezzanine Floor,
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel : 03-2110 0747


Anyway, terima kasih kepada BOOF restaurant yang sudi mengajar ktorg cara-cara memasak pizza dan burger ala Iran. Eh dah juga kepada Eddie dan Adeline dari Food Panda.MY yang sudi menjemput dan sudi melayang kerenah kami bloggers yang go crazy ni ek.

Korang boleh tengok kat website http://www.foodpanda.my untuk more food promotion yang best-best tau. 

Best oooo



Credit : Gambo burger tu cilok kat blog foodblogger nie.














WW - Ubat Cantik

Hi Korang,


Wordless wednesday for this week




Hah nak cantik mestilah makan ubat kan, supplement orang kata.


Alah korang pun sama kan ehehhee



Tuesday, July 31, 2012

Buffet Ramadhan 2012 @ The 39th Restaurant, PNB Darby Park KL.

Hi Korang,

Cerita mengenai ramadhan buffet ni memang tak abis lagi. Last week aku dengan Mr Big dapat jemputan lagi ke The 39th Restaurant, PNB Darby Park betul-betul dekat dengan KLCC Park.


Sebab apa di namakan The 39th Restaurant kerana restaurant ini terletak di tingkat yang paling tinggi sekali iaitu tingkat 39. Nasib baik aku dah biasa dengan tinggi so tak delah rasa gayat sangat kan.








Lebih daripada 100 jenis pilihan masakan yang menjadi pilihan semasa berbuka puasa di antaranya adalah Kari Kepala Ikan dan Roti Benggali yang menjadi signature dish bagi restaurant ini. Juadah lain yang menjadi pilihan ramai ialah Kambing dan Ikan Panggang, Pais Ikan, Ikan Siakap Tiga Rasa, Rendang Tok, Ayam Lemak Nangka Muda, Asam Pedas ikan Tenggiri, Sambal Belimbing dan pelbagai lagi.














Pelbagai makanan pemanis mulut tak kira tempatan dan juga antarabangsa turut dihidangkan.




















Jom tengok apa yang ktorg makan ye:-












Harga bagi buffet ramadhan di The 39th Restaurant ini ialah RM99.00++ (RM114.84 bersih) untuk dewasa dan RM69.00++ (RM84.04 bersih) bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun.

Jom ke sini ek,


The 39th Restaurant,
PNB Darby Park Executive Suites,
10, Jalan Binjai,
50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-7490 3939 (reservation)

Selain itu, korang juga boleh menikmati hidangan di restoran ini tanpa keraguan kerana PNB Darby Park telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi.


Aku rasa makan kat sini yang paling lama dan paling banyak sekali aku makan juadah makanan melayu sebab segala jenis kuih-muihnya sedap-sedap belaka.


Monday, July 30, 2012

Pinggan Mangkuk 'CORELLE' Dari Oversea

Hi Korang,

Akhirnya sesuatu yang di tunggu tiba jua minggu lepas.

Jeng jeng jeng... ini dia 

Corelle Dinnerware

Bestnya...

Memang dah lama aku berhajat nak beli masa pi Langkawi hari tuh tapi design nya tak de yang menarik. Nasib baik ada akak kat FB tu ade buat offer beli secara secara online dari USA.

Walaupun import dari oversea tapi harga lebih murah dari Langkawi tau. Untuk 16pcs square set ni cuma RM350 siap delivery ek.

Murah kan

Nak tunjukkan gambar pinggan tu nanti dulu ek sebab aku belum buka kotak lagi sebab nak pakai masa raya nanti, kira macam pinggan raya la kan.

CLP notes : Merasa juga beli pinggan mahal, selama ni guna pinggan hadiah kahwin dulu.


Mari Shopping Raya Dengan Nakalicious

Hi Korang,

Kepada sesapa yang baca facebook  profile aku last week, aku ada mentioned nak tolong promosikan online shopping blog kan, La tak tau, meh klik kat sini ek

So dalam minggu ini aku akan adakan slot untuk promosi mereka-mereka ini ye.

Untuk yang pertama ni aku nak citer mengenai blog http://nakal-licious.blogspot.com/.

Tokeh online shopping blog ini menjual pelbagai jenis pakaian, beg, aksessori untuk remaja dan wanita masa kini. Pendek kata fesyen yang mengikut trend terkini lah kan.

Jom tengok beberapa koleksi yang sedang dijual ye







Ini adalah sebahagian pakaian dan beg yang di jual. Kalau nak tengok banyak lagi fashion terbaru boleh check it out di http://nakal-licious.blogspot.com/ ye. Mana tau kot-kot ada yang menjadi idaman hati kan.

Berita baik untuk CikLilyPutih readers ye

Korang,
kalau korang shopping kat website ni korang akan dapat 10% off tau. Banyak tu kan. Ada lagi Cash On Delivery (COD) around KL dan poslaju pun FREE gak tau.

Yang penting kena mention yang korang tu readers Ciklilyputih.com ye. Kalau tokeh ni cakap tak de discount korang bagitau ye, biar aku  jentik telinga dia kahkakahakhaka.. alah gurau je lah.


Hah apa lagi cercepat lah ek, lagipun raya dah nak dekat ni kan.