Hi Korang,
Hah, mesti korang dah tau kat mana kan?
Bertemakan Berbuka Puasa 1 Malaysia bagi tahun ini pihak Intercontinental Hotel dengan barisan chef yang diketuai oleh Chef Jasmin yang mempunyai kepakaran dalam bidang kulinari masakan melayu, menghidangkan 110 hidangan istimewa kepada para pelanggan yang berbuka puasa di Serena Brasserie ini.
Di antara menu yang disajikan terdiri daripada hidangan pembuka selera, hidangan utama, hidangan dari ‘Gerai Ala Kampung‘ dan hidangan pencuci mulut.
Pemanis mulut yanG sunGGuH menambat hati yan sedanG lapar ketika itu
Kesemuanya sangat menarik sehingga membuatkan aku tertarik untuk mencuba semua jenis makanan yang terhidang di buffet line ini.
Oh ye, lupa nak bagitau harga buffet ramadhan 2012 di Serena Brasserie ini seperti berikut,
Minggu pertama = RM99++ seorang
Minggu kedua dan ketiga = RM115++ seorang
Minggu keempat = RM99++ seorang
Untuk pembelian baucer berbuka puasa dengan hanya RM900 nett (Meja untuk 10 orang). Sila Hubungi di talian 03-2782 6228 atau email ke foodandbeverage@ intercontinental-kl.com.my
Jom kita ke
Serena Brasserie
InterContinental KL
165, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 2782 6321
Anyway thanks to Michelle, Zoey, Kingson, Farisya the PR Team for Intercontinental KL yang sudi melayan kerenah kami bloggers ini.
Rasanya banyak juga aku cuba makanan kat sini tapi dengan kuantiti yang sket je lah, takut nanti tak boleh butang kain baju kurung raya plak. Kena jaga semua ni tau.