Wednesday, July 11, 2012

GO FORTH | This Is A Pair Of LEVI'S

Hi Korang,





Sekali lagi Levis dalam GO FORTH, memperkenalkan kempen yang kedua bertajuk ‘This Is a Pair of Levis’ dengan pertunjukan fesyen hasil dari Fall/Winter 2012 Collection. 


Kempen ini diilhamkan dari ritual of ‘getting dressed’






Sehingga ke hari ini, produk ® Levi’s masih pilihan pertama pencinta fesyen masa kini, artis, pemuzik, usahawan dan aktivis yang bekerja untuk merealisasikan mereka sendiri, visi masa depan yang unik. Apa yang mereka pilih untuk di makai setiap hari adalah satu paparan bagaimana mereka mahu untuk menjalankan diri mereka sendiri dan cita-cita mereka ke hadapan.



Koleksi Levi Fall / Winter 2012 ini berdasarkan rupa yang lebih halus dan disesuaikan, bagi kedua-dua lelaki dan wanita. Designnya di ilhamkan berdasarkan idea dari hasil pertukangan, kejujuran dan keunikan yang tersendiri.









Bagi musim Luruh dan sejuk ini, Levis menampilkan 4 jenis Levis Taper untuk lelaki, 511 Slim Taper, 520 Extreme Taper, 508 Regular Taper dan 562 Loose Taper. 511 Slim Taper - Slim fit, available color hitam, polished gray dan dark blue. Diperbuat dari cotton. Antara seluar 511 Slim Taper.




520 Extreme Taper - Oversized, more relaxed at the seat.


508 Regular Taper -Slim fit from waist to thigh, skinny leg.


562 Loose Taper - Looser and higher rise

Bagi Tapered Jeans, boleH di dapati dari harga RM189 ke RM399 di seluruH Levis boutique di seluruh negara.


Bagi wanita pula, Levis menampilkan Bootcut terbaru. Antaranya Bootcut Skinny, Classic Bootcut, Mini Boot Legging dan Skinny Low Twist Boot. Koleksi ini boleh di dapati dari harga RM229 di seluruh negara.


Classic Boot Cut

Darted Bootcut Skinny

Low Memento Boot

Mini Boot Legging

Modern Bootcut

Modern Bootcut Skinny

Skinny Low Twist Boot



Rasanya semua tak muat dengan aku kot. Maklumlah bumper vogue gituh. Tapi aku rekomen kat korang yanG slim melim ni cuba  koleksi Levis yanG terbaru ni ek



Ktorg bloGGers nie memanG kaki bergambar kan. Habis semua tempat nak bergambar sakan. Even dengan model pun nak jugak lah wei.

Kira kalau dapat pakai tu rasa cam best jelah kan.



Review | Samsung SCX-3405 FW Monochrome Laser Multifunction Printer

Hi Korang,

Printer merupakan salah satu keperluan harian dalam segala urusan di office. Eventho sekarang ni kita semua mula mengamalkan eco-friendly but kalau nak print segala jenis report atau assignment bagi student, printer still jadi kesayangan diorg nombor satu.


Macam aku, kalau kena baca dokumen tebal2 yang di email dari bos , aku memang kena print sebab aku tak selesa baca thru monitor sakit mata ooo. Korang pun sama kan? Boleh tangkap pening dibuatnya tengok huruf dan nombor yang kecil2 tu kan.


So sekali lagi aku dapat peluang untuk review salah satu produk printer daripada Samsung Iaitu 


Samsung SCX-3405 FW Monochrome Laser Multifunction Printer selama 2 minggu.

Macam biasa lah haruslah unboxing dulu kat printer ni.  Takkan tak keluarkan plak. Ada printer, USB cables, power cables, installation CD dan operation manual.


Aku dah set-upkan tempat untuk printer ni dekat dengan PC ktorg kat bilik entertainment cuma Mr Big tolong aku pasangkan je segala mak neka cable, wayar kan sebab aku malas nak pasang sendiri.


Pandangan aku tentang Samsung SCX-3405 FW Monochrome Laser Multifunction Printer nie.

Rekabentuk
Biasa je macam printer lelain di pasaran. Tak delah berat sangat aku boleh angkat tanpa bantuan orang lain. Designnya simple. Sekali pandang je aku dah boleh tahu kat mana nak masukkan kertas, masukkan ink.
Pemasangan

Pun senang gak, pasang semua cable dan printer dah boleh ON. Kemudian install in program kat PC. Sekejapan dah boleh running the printer.

Fungsi



COPY
Sangat mudah. Letak je apa yang nak di copy kat surface atas tu. Then tekan button COPY. Tak sampai beberapa saat dah siap pun.



PRINT
Hasilnya cepat dan clear. Licin je text yan diprint kat kertas tuh.


SCAN
Ini pun senang. Letak je apa yan koranG nak scan then tekan je button scan. Terus je hasilnya masuk ke folder yang telah disetupkan.



FAX
Asalkan ada telefon lain, terus je boleh fax keluar.

WiFi
Senang sangat. Connect laptop/smartphone/tablet ke printer dan dah boleh guna printer ni.   


Apa pun SamsunG printer ni memanG sesuai diGunakan oleh semua GolonGan masa kini. Untuk bloGGer macam aku pun penting jugak. Kalau ade kerja-kerja advertorial yanG nak kena print, rasanya printer ni  sanGat membantukan.

Thanks to Nuffnang dan Samsung for this review opportunity.



Tuesday, July 10, 2012

Gambar | Pemanis Mulut Yang Terbaik Di Delicious Café

Hi Korang,

Dah petang-petang ni rasa lapar mula timbul plak kan. Mana taknya dah masa untuk Tea Time kan. Haruslah mesti pekena sesuatu yang manis kan.

Kat Delicious Cafe sedap ooo desertnya

Tak sure nak makan ape? Meh layan gegambo yang aku rasa akan membangkit napsu makan korang kan. Khakahkahka











Apa macam? Hebat tak? Harusla kan


Lapoooooo






Romantic Weekend Di Awana Porto Malai Resort, Langkawi (DAY 1)


Hi Korang,

Rasanya ramai yang tau aku dapat percutian romantik dari Awana Porto Malai Resort, Langkawi yang ditaja sepenuhnya dari Awana Hotel and Resorts. Thanks to Nuffnang for this great opportunity. 


Bukan aku berdua je lah ada 2 lagi couple bloggers yang join holiday ni dan juga 2 orang dari Media Agency, Ms Pei Yee dan Ms Iris.


Alah tak lama pun 3 hari 2 malam tapi semuanya disponsor ye. Jangan jelesss

Day 1


Ktorg bertolak dari LCCT Jumaat pagi. Ingatkan flight kosong sebab time kerja waktu tu, rupanya full house. Agak bising jugak dalam flight nasib baik 1 jam gitu kan yang best tu breakfast pun diberikan jugak. 



Sedap nasi lemak Pak Naseer ye. Nak hilangkan rasa boring, ktorg snap segala gambar awan di luar sana kan. Memang cantik bangat!




Sesampai je ktorg di sambut oleh porter dari Awana Porto Malai Resort terus je ktorg di bawa ke hotel. Dekat je lebih kurang 20 minit dari airport ke resort. Sampai di hotel lobby, ktorg di sambut oleh Ms Suzie Lim (aku kenal dari Awana Kijal lagi) dan Mr Simon selaku GM di Awana Porto Malai Resort ni. 




Sementara menunggu bilik siap, dapat wet towel dan welcome drinks gituh sampai menghirup udara laut segar ni.





Once dapat kunci bilik ke terus ke bilik untuk fresh up ourself before next itinerary. Masuk je bilik. Alamak terus tergoda dibuatnya. Premiere Sea View Room (RM480++ per night) dengan king bed dan facing the sea. 



Memang cantik tau. Ktorg siap dapat a bouquet of roses lagi dengan fruit basket. Honeymoon lah kata kan.  Siap bercamwhore bagai dalam bilik terus je turun bawah untuk lunch coz perut dan berkeroncong bagai kan.


First itinerary tempat yang ktorg nak pi tu Buffalo Park dan Cheese Making di Kg Nyior Cabang. Bila sampai je tempat tu, senyap je rupanya diorg tutup pada hari Jumaat kan. So melepaslah nak pi tengok kerbau dan orang buat cheese. Ktorg sempat bergambo dan makan ais krim dari susu kerbau jelah, sedap gak rasanya.


Sementara nak tunggu next itinerary, ktorg di bawa ke Underwater World. Alah sesaje cuci-cuci mata kat kedai duty free kan. Sempat jugak shopping sket je. Diorg ni bantai beli coklat je sebab murah nak makan time tu gak.








So petang tu, kitaorg berpeluang tengok sunset di Langkawi ni dengan Tropical Charter Cruise. Naik cruise tu sambil tengok sunset, sambil berjakuzi, mandi laut, sambil berBBQ. First time merasa semua ni. Kira cam jakun sket lah kan.





Memang mendamaikan je dapat tengok matahari terbenam kan, lebih2 lagi dengan the love one. Haruslah romantik sangat kan. Makan-makan,mingle around with others, floor dance pun ada. Best lah.




Ktorg sampai ke darat balik dalam kul 8.30malam cam tu. Balik ke bilik dan rehat2 je coz penat sangat. Lepak tengok laut waktu malam pun best jugak ooo dari balkoni. Rasa baHaGia sangat.

Ok itu je untuk hari pertama, nanti sambung episod seterusnya ek..

Sesangat seronok wokeh!