Monday, July 9, 2012

Buffet Ramadhan 2012 @ Songket Restaurant, KL


Hi Korang,

Bila dah nak dekat puasa ni, memacam pakej buka puasa di sediakan di seluruh hotel di Malaysia ni termasuk restoran melayu, cafe even kedai makan biasa2 pun turut sediakan pakej buka puasa ni.


Aku dapat jemputan ke buffet ramadhan review di Songket Restaurant. Memang tak sangka di tengah2 KL ni lagi restoran  sebegini yang menghidangkan masakan melayu tradisional yang enak dan sedap plak tuh.

Ini bukan tokey restoran ye


So untuk buffet ramadhan tahun ini, Songket restaurant menawarkan pelbagai hidangan masakan melayu dari merata negeri di Malaysia.

Korang layan mata jap ek dengan gegambo ni






















Itu baru gambo, meh tengok apa yang kitaorang suka makan plak

Sibuk gak nak bakar kambinG kan

Cuba bubur pulut hitam sket

Peminat no. 1 bubur lambuk

Syok kan. Ada lagi yang lebih syok. Restoran Songket ni juga mempersembahkan pertunjukan Tarian Kebudayaan ‘Cultural Show’ bagi para pelanggan yang makan di sini. 





Pelbagai jenis tarian dari beberapa suku kaum dan bangsa di Malaysia ni, macam tarian zapin, tarian baghra, tarian iban dan memacam lah. Kita juga boleh menari sekali dengan para penari ni di akhir show, best kan.


Harga bagi Ramadhan buffet adalah RM68++ dewasa dan RM34++ bagi kanak-kanak yang berumur dari 3-11 tahun dan ianya akan bermula dari 6.00pm – 11.00pm 23rd Julai to 17th Ogos 2012.


Untuk info lanjut atau untuk tempahan, 
  
Songket Restaurant
29, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur




Opening Hours:
Mon - Fri: 12pm - 3pm, 6pm - 11pm
Sat, Sun and public holiday: 5pm - 11pm


Korang,
kalau ade suGGestion / komplen dengan gegambo yang aku amik bagitau ek, senget ke, blur ke cakap tau. Dalam process nak improve nie


Gambar | FIZO OMAR Yang Macho Dan Sweet

Hi Korang,

Pepagi isnin yang selalu korang gelar 'MONDAY BLUES' ni kan mesti korang stress kat opis kan. So meh layan gegambar FIZO OMAR yang sempat aku snap masa event Listerine hari tuh.

Sempat juga aku bergambar dengan pelakon lelaki paling hot masa kini

Bila bercakap, sedap je aku dengar. Lembut je style dia

Menjeling tuh, sweetnya

Sesuai jadi Duta Listerine, gigi pun putih je nampak bila senyum


Apa macam? mesti terguris hati korang kan bila tengok aku bergambar dengan FIZO OMAR ni, baik je orangnya lembut je bila bercakap dengan orang kan.

Ok nanti aku citer lagi lagi pasal event ni ek, memang seronok sangat. Dapat gak jumpa dengan pengantin baru IRMA HASMIE dan suami kan.

Enjoysssss







Saturday, July 7, 2012

Karoot Komedia X : Tangkai Jering

Hi KoranG,


Aku terpanggil plak rasanya nak citer pasal Karoot Komedia X ni. Satu rancangan lawak gelak ketawa yang di siarkan setiap hari Jumaat pukul 10 malam di Channel Astro Warna 132.


Setiap minggu para pelakon di kehendaki melakonkan watak-watak yang diberikan oleh penonton dan melakonkannya secara spontan mengikut tema yang diberikan

Para pelakon :-


Sabri Yunus - Tukang karut /  tok dalang


Ebby Yus - Suami
Johan Rajalawak - Anak lelaki 15 tahun
Jepp Sepah2 - Anak lelaki sulung
Shuib Sepah2 - Isteri anak lelaki sulung
Yus Jambu - Jiran sebelah

Artis Jemputan


Anzalna - Isteri

Kisah minggu ini

So untuk minggu ni plak, kisah mengenai seorang suami (Ebby Yus) yang kedekut. Abis semua dia nak jimat, kipas, radio, lampu semua tak boleh bukak. Tagline dia bukan kedekut tapi berjimat. Sampai isteri (Anzalna) dan anaknya (Johan) terpaksa berjimat untuk makan. Pelbagai cara dia nak jimatkan duit sampai jiran (Yus Jambu) ajak kongsi buat garaj pun dia tak nak.






Satu hari si suami sakit tekak yang amat sangat, sampai nak makan pun tak de selera. Di suruh ke klinik tak mau katanya bukannya teruk sangat padahal kedekut kan. So si jiran ni datang promote satu yang boleh baikkan tekak. Sebab nak jimat sangat terus je si suami beli.

Bila si suami makan je, terus datang penyakit lain plak bibir jadi tebal. Hah amik ko! kedekut sangat kan. 

Kesimpulan

Memang terbahak-bahak ktorg gelak kan. Lawak diorg ni memang sangat spontan dan menjadi plak tu. Dialog yang digunakan memang kena je. Shuib sangat comel jadi perempuan, dengan pakai suar legging dan rambut rebonding.

Yang best tuh, Anzalna siap joget shuffle lagi. Itu yang tak boleh tahan gelak tuh. 


Ok itu je aku nak citer untuk episod. Kalau korang tak sempat nak tengok rasanya boleh download kat youtube kot. Jap-jap lagi ada la link tu kan.

So kita episod minggu depan plak...













Friday, July 6, 2012

Buffet Ramadhan 2012 @ Dorsett Regency Hotel, KL Bersama Selebriti Chef Jaafar Onn


Hi Korang,

Ni citer pasal buffet ramadhan lagi ye, aku kan suka makan-makan so haruslah menulis pasal makan-makan jugak kan.



Sempena bulan Ramadhan yang akan tiba dalam 2 minggu lagi ni, pihak Checker Café akan mengadakan buffet ramadhan yang bertemakan ‘Selera Kampung Bersama Jaafar Onn’. Pakej yang ber nilai RM80++ per person ini akan membawakan talented Selebriti Chef Jaafar Onn dan juga penyanyi Haiza untuk mengiburkan para pelanggan semasa berbuka puasa nanti.
















Dengan menyajikan pelbagai jenis makanan masakan melayu dan hidangan antarabangsa, pihak Checker Café yakin bahawa ini akan dapat menambahkan lagi selera para pelanggan semasa berbuka puasa nanti.




Pastry Chef Badrol Hisham Mohd Ali telah mereka satu jenis kek yang di namakan Kek Budaya Dorsett untuk para pelanggan merasai betapa uniknya rasa kek tersebut. Ianya ada gabungan rasa melayu dan rasa barat yang dilapisi dengan vanilla sponge kek, tapai pulut dan royal custard filling.

TenGokla apa yang kitorG makan harituh..










Buffet Ramadhan di Dorsett Regency Hotel, KL ini bermula dari


Date:   17 July 2012 – 18 August 2012
Time:   Buffet Dinner (Monday – Sunday) 7.00 pm – 10.30 pm
Price:   Buffet Dinner RM80.00++ per person

50% discount for senior citizen 55 years old and above, as well as 50% discount for children 4-12 years old.




Dapatkan voucher ‘Selera Kampung Bersama Jaafar Onn’ Buka Puasa yang cuma berharga RM65.00 nett per voucher/ person yang boleh didapati mulai dari 1 Jun hingga 19 Julai 2012. Bagi setiap pembelian 10 vouchers, para pelanggan akan diberikan satu voucher percuma.


Untuk tempahan, sila hubungi +60 3 2716 1000 extension 188 dan pembelian voucher pula, sila hubungi di +60 3 2716 1133 / 1132.

Best oooo daptat makan lagi...