Friday, July 6, 2012

DRUM TAO : Kesenian Muzik Dari Jepun Akan Ke Malaysia Untuk Pertama Kalinya

Hi Korang,


Jepun yang terkenal di-dunia  dengan seni mempertahankan diri dan bermain gendang secara luar biasa iaitu Drum Tao (Gendang Tao) akhirnya akan mempamerkan aksi mereka di peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur  buat kali pertama pada Ogos 24 - 25 di Dewan Plenary KLCC.







Setelah mempersembahkan kepada penonton lebih daripada 5 juta, di 400 bandar di 17 buah negara yang termasuk Switzerland, Denmark, Israel, Amerika Syarikat, Australia, Sepanyol, Belgium, United Kingdom dan Jerman, kritikal diiktiraf Gendang Tao, akan meledak di Kuala Lumpur dengan campuran yang tarian elektrik dan seni mempertahankan diri sebagai penghibur yang dinamik dan inovatif Jepun menewaskan Drums Wadaiko mereka.





Drum Tao merupakan  hiburan kelas di peringkat tertinggi di dunia. Ia adalah pengeluaran yang inovatif kontemporari Jepun yang telah membuatkan penonton teruja dengan persembahan yang menarik ini.




Persembahan ekstravaganza selama dua jam ini menampilkan usaha  16 orang krew yang berdisiplin tinggi dari drummers Taiko Jepun, yang hampir 8 bulan mengelilingi dunia dan memberikan 500 persembahan dalam setahun



Setiap Gendang Wadaiko yang digunakan dalam persembahan adalah seberat 400kg berukur lilit 1.7metre.





Para penghibur akan memulakan persembahan dengan irama gendang yang lebih kecil dengan kompleks, yang dilengkapi dengan alat bunyian serunai buluh dan kecapi mendatar. Drum Tao akan membawa para penonton kepada alam semesta seni yang tidak dapat dilupakan dengan persembahan yang menakjubkan.




Drum Tao di minati di seluruh dunia kerana para penghibur ini telah membawakan sesuatu genre yang baru dalam seni persembahan muzik ke pentas.





Penonton akan terpukau dengan malam irama, rentak, melodi dan ketepatan yang luar biasa yang memberi inspirasi, menaikkan semangat dan teater.



Mengenai Gendang Tao

Ditubuhkan pada tahun 1993, Gendang Tao terus mencipta seni bentuk baru yang moden namun mengekalkan rasa nostalgia. Memikat dan memukau penonton mereka di seluruh dunia, gendang Jepun sengit dan berkuasa rentak menyokong mesej muzik yang menembusi jauh ke dalam hati penonton.



Seni Gendang Tao Gendang 2012 boleh ditonton dari 24 – 25 Ogos, 2012 di Dewan Plenari KLCC. Tiket boleh didapati melalui http://www.ticketpro.com.my/jnp/theatre/musical/884843-drum-tao-art-of-drum-2012.html atau 03 7880 7999



kalau nak buat tempahan sebelum 20hb Julai dan dapat 15% diskaun dari harga tiket sebenar

Pertanyaan penajaan & Media

Thursday, July 5, 2012

Buffet Ramadhan 2012 @ Pearl International Hotel, KL


Hi Korang,

Bila bulan puasa dah dekat ni, memang banyak hotel2, tempat2 makan, restoran buat promotion pakej buka puasa. Yelah, balik dah jem bagai, kekadang tuh buka dalam kereta je kan.


So why not ke Cafe 5 Pearl International Hotel ni di Jalan Klang Lama, Kuala lumpur.


Ini kerana sepanjang bulan ramadhan nanti, Café 5 akan mempromosikan Pakej Berbuka Puasa bertemakan Nostalgia Zaman Silam. Kira macam all-time favourite gitu lah kan.


Pearl International Hotel ini memperkenalkan Eksekutif Sous Chef Noor Hisham dan teamnya untuk mempamerkan kepakaran mereka sebagai tukang masak untuk menjamu korang hasil masakan air tangan mereka ini.

Pelbagai aneka jenis juadah yang pasti membuatkan korang tergoda untuk makan apa saja yang ada di buffet line ini nanti

Buka selera dengan Kerabu Beraneka

Ayam Golek

Daging Salai Percik

Ikan Bakar Tepian Tebrau

Ikan Siakap Berlada

Ketupat Dan LemanG

Nasi Beriani Gam

Sup Ekor

SotonG KanGkonG

Laksa JoHor

Buah-buaHan yanG di ukir cantik

bubur cHa-cHa

Jelly Sedap

KuiH Tradisional

PenGat PisanG

SaGu Gula Melaka

I love cakes

Bestkan, itulah aku makan sampai tak pandanG kiri kanan tau, akibat dek leka membedal semua makanan yanG ada kat situ kan. Actually ada banyak laGi menu but cuma  ni je yanG sempat aku ambil kan.


Aku makan laksa johor ni 2 manGkuk penuh ye

Kid yanG suka sanGat ikan bakar

Penuh pinGGan Hazman kan

Apa lagi, meh bawa family korang, yang tersayang dan geng-geng untuk makan-makan kat Cafe5 ni.  Promosi Jom Berbuka Puasa Ramadhan di Pearl bermula dari 21 Julai hingga 17 Ogos 2012 dengan harga RM68++ / dewasa dan RM38++ / kanak-kanak.


Untuk tempahan, sila hubungi di talian 603-7983 111 ext. 3205 (Alan Wong / Kogilan) untuk membuat tempahan.

Ada yang best tu, potongan istimewa untuk tempahan awal dan nikmati potongan 25% untuk pembelian ataupun tempahan dengan bayaran sebelum 21 Julai 2012.

Bestnya makan-makan time bulan puasa kan, aku pun rasa teruja plak dah makan kat sini.


Cik Lily Putih Glamour Di Resort World Genting Website


Hi Korang,

Tengah aku duk sibuk check traffik blog aku ni, tup-tup aku terpandang kat visitor link aku. Apsal plak ramai visitor dari link ni ek.

Aku pun check lah. Rupa-rupanya ada terpampang muka aku di website diorg. Korang tengok bawah ni



Hah ko aku pun tak percaya, gambar yang mana plak diorang amik ni kan.

Korang percaya tak? Mesti tak kan, ermm mehlah klik kat link ni ek.



Baru aku ingat gambar ni masa ktorg Nuffnang bloggers pi outing kat Genting Highland hari tuh, ala kat link ni



Hehehhehe terasa glamer kejap lah plak. Alah tak per lah, aku ok je.

Bak kata geng tali barut, aku kat DUTA GENTING..

By the way, Genting sekarang tengah buat promosi I love holidays. So korang pun leh lah pi check it out kat sane ek.

Hehehehhehehhe malu lah…

Wednesday, July 4, 2012

Astro On The Go Party Awesome Sungguh!


Hi Korang,

Citer pasal Astro on the Go Party ni dah lama kot, dah 3 minggu lepas. Now baru ada masa nak menulis kan.

Ok sebelum tu, tau ke Apa Itu Astro-on-the-go?

Astro On-The-Go is the service that allows you to view and enjoy your favourite programmes via smartphone, tablet and computer (Wi-Fi connection recommended). Live sports.  Breaking news. Exciting kids' and educational programmes. Your favourite movies and the hottest dramas.


Ok dah faham ek jom layan layan entry Astro on the go sekarang gak tau!


Cam ni citer nya,

Ktorg (aku + Mr Big) dapat invitation ke Astro on the Party ni kat The Pool KL. Ingatkan party biasa je rupanya theme party tau. Ktorg kena pakai outfit yang bertemakan EURO madness. Hah cam tu lah lebih kurang.


So di sebabkan aku tak prepare apa2 costume dan before that ada event lain kat Scott Garden, jadi aku sempat pi cari jersey Germany kat Petaling Street kan. Alah sambil lalu tu singgah kejap, beli dan terus sarung je.


Ktorg sampai just nice on time gitu dan terus masuk untuk registration but before that sempat jugak bergambar kat tv besar kat lobby The Pool ni.





Sementara nak tunggu event start, apa lagi bercamwhore sakan lah. Snap sana sini, semua angle nak di ambilnya dah nama pun blogger kan camera + bergambar mana boleh dipisahkan.


MC for event ni Adam from Astro Supersport. Comey kan dia. Kelakar plak tuh. Biasalah dah nama pun pengacara majlis so kenalah membebel2 sket untuk ceriakan suasana pada malam tuh.






Kemudian ktorg bloggers ni di berikan briefing mengenai apa itu Astro on the go, how to download it, monthly charges macam mana kan. Ok gak penerangan yang di berikan. Mudah dan senang nak paham.

Kemudian its makan time. Perut plak memang tengah lapar time tu, kena beratur jugak tak kan nak serbu direct kan. Bila dapat makan, alamak bukan main leganya perasaan.


So sambil ktorg duk borak-borak makan, ada plak session ‘ASTRO TRIVIA’ ni. Alah biasalah jawab soalan2 yang simple mengenai Astro on the go.  Aku pun apa lagi, cuba gak lah. Nasib baik ko, betul plak soalan yang aku jawab so dapatlah Jusco voucher.



Lepas tu ada plak Astro on the go flash mob. Aku dah nampak ramai orang dah mula standby untuk perform kan.  La ingat diorg berjoget2 bagai, rupanya flash mob thru iPAD je. Ini first time aku tengok ni, sebelum ni tak pernah lagi. Walaupun ada 1-2 yang lambat sket appear kat screen but bila tengok dari jauh memang nampak cantik lah.




Yeah, ada games untuk malam tuh. Ktorg bloggers di bahagikan into 6 team (5 orang) mengikut nama Negara yang join EURO 2012. Aku team Denmark sama dengan RedMummy. Ktorg kena settle kan 3 task dan 1 task bonus. Kena main bola, timbang bola, cari bendera, posing dan memacam lah. Alah team aku tak menang pun, tak sedih pun kan.


                                                 credit to : http://simonseow.blogspot.com


Acara yang di tunggu malam tuh, BEST DRESSED kan. So 4 finalist kena bercatwalk sebaik mungkin untuk meraikan undi kan. Memacam style ada, tergelak ktorg tengok kan.


Dan winner untuk BEST DRESS ialah REDMUMMY. Memang aku rasa K Red leh menang lah, persaingan sengit sungguh. Nasib baik judges yang pilih kan, kalau undi sorak memang aku tak tau nak undi siapakan.


Alah aku tak menang pun tak per coz goodies bag yang pihak Astro sediakan pun dah menawan kalbu tau. Payung orange yang comel dah mobile speaker yang awesome lah.

Ok, meh aku citer sket lagi mengenai How To Subscribe Astro-on-the-go ni

Alah senang je, ikut je instruction kat bawah ni ek


Nak download kat smartphone and iPAD korang, klik sini:-

Download for Android 
Coming real soon
Ni plak di antara item yang Astro On The Go tawarkan

11 channels

Catch Up TV

Live Sports

Pay per view


So camne, mudah kan. Itulah aku pun rasa cam nak subscribe je Astro on the Go ni. Sesuai bagi aku yang kaki tengok tv sepanjang masa so tak de lah aku miss semua rancangan kat channel Astro tuh.




So anyway terima kasih bebanyak kat Astro dan Nuffnang coz sudi menjemput aku kan. Hopefully kalau ada event lagi, memintaklah dapat jemputan ye.



WW - Satu Hari Nanti

Hi Korang,


Wordless wednesday for this week






Cantik kan ?


Hopefully satu hari nanti dapat bercuti gak kat kapal ni ek


Insyallah..

CLP Notes : Gambo ni amik sendiri ek bukan poster punyehakhakhak