Monday, June 18, 2012

My Lunch Today

Hi KoranG,

My luncH untuk Hari ni


ermm sediH kan. Itu je yanG mampu

Bukan sebab tak de duit tapi kat office consultant ni tak de kedai makan nasi campur langsunG. Semuanya cafe la, restaurant la tak syiok lanGsung.


So kenalaH taHan perut sket kan untuk sampai umaH kan.


Sabar jelaH 


Tapi Mr Big kata kalau aku tak makan satu Hari pun tak coz banyak lemak boleh cover kan.


KurenGG asamm punye Husband tau...




Beli Gadget Acer Dan Intel, Dapat Broadband U Mobile


U Mobile, Intel dan Acer enter into a strategic collaboration to combine the fastest internet and devices with value for money bundle plans

Hi Korang,

Sekalung tahniah di atas pencapaian terbaik kepada U Mobile Sdn Bhd,  syarikat telekomunikasi Malaysia yang paling inovatif dan dinamik dan Intel Malaysia, secara rasminya mereka mengumumkan 1 kerjasama strategik bagi menyediakan 1 unik pakej yang terkini serta internet yang terpantas kepada pelanggan, bermula dengan pelbagai gadget terbaru daripada Acer.


Bagi mengalu-alukan kerjasama mereka yang pertama, satu notebook yang paling berpatutan telah dilancarkan di U Mobile Flagship Store di Berjaya Times Square minggu lepas. Acer M3 Ultra Book yang baru dan nipis ini 19.7mm du kuasakan oleh generasi ke-2 Intel i5 Core Processor dipadankan dengan pilihan pelan jalur lebar mudah alih berkelajuan tinggi, yang menawarkan pakej lengkap kelajuan, mobiliti dan sambungan.



U Mobile adalah syarikat telekomunikasi yang pertama dan satu-satunya di negara ini bekerjasama bersama-sama dengan Intel dan Acer pelbagai jenis Ultrabook dengan pelan jalur lebar. Intel dan U Mobile mengumumkan pada majlis pelancaran bahawa mereka komited untuk memperkenalkan produk baru setiap 2 hingga 3 bulan, memenuhi keperluan pelanggan U Mobile. Program ini pada mulanya akan mempamerkan dan boleh didapati di kiosk yang ditetapkan di kedai-kedai terpilih U Mobile dan akhirnya di seluruh U Mobiles cawangan jualan di seluruh negara.


Para pelanggan dan mereka yang bercadang untuk memiliki Ultrabook boleh membawa pulang Acer baru M3 ultrabook dan menikmati Internet berkelajuan tinggi selama 6 bulan melayari dengan kelajuan sehingga 42Mbps dari serendah RM2, 699. Untuk pakej MB68 termasuk 5GB data, 6 bulan akses internet, modem percuma dan mendapat penjimatan sebanyak RM408. Pengguna juga boleh memilih pilihan lain iaitu  pelan MB128, yang termasuk 20GB data, 6 bulan akses internet, modem percuma dan penjimatan sebanyak RM668.


Sebagai tambahan kepada Acer M3 Ultrabook, U Mobile juga mempunyai pelan jalur lebar untuk Acer Iconia Tab W501, untuk memenuhi keperluan mereka yang lebih suka untuk memiliki tablet.

Untuk memberikan pelanggan peluang untuk merasai pengalaman dengan Acer M3 Ultrabook berkelajuan tinggi U Mobile jalur lebar perkhidmatan, Intel dan U Mobile telah kiosk khas secara percuma yang boleh akan di dapati pada 6 U Mobile Store di seluruh negara, iaitu Berjaya Times Square, 1Utama, Sunway Piramid, PIKOM IT Mall, Queensbay Mall Pulau Pinang dan Taman Molek Johor Bahru.

Untuk informasi lebih lanjut mengenai U Mobile’s value for money producs and service bundles, just check it out at www.u.com.my

CLP Notes : Aku minat kat Iconia Tab tuh, nampak cam best plak kan. Ni yang nak pi tengok ni kan.



Sayang Nak Pakai

Hi KoranG,

Ingat tak laGi denGan entry ni 

Hah citer pasal kasut tu laH. Cuba tenGok bawah ni.



JenG jeng jeng... aku dah pi redeem pun semalam untuk di buat review. Ermm tak sangka plak aku Crocs ada desiGn cam ni. Comey kan.

Bila fikir-fikir cam sayang je nak pakai tapi apa boleh buat review punya pasal so kenalah pakai Gak kan.

Ok koranG tunGGu la review aku nanti ye

CLP notes :Kene GiGit ke bila nak pakai kasut baru ni ek..



Saturday, June 16, 2012

Aku Nak Kurus Dengan Kevin Zahri


Hi Korang,
Biasalah dah nama pun blogger kan, event-event yang menarik mesti di kongsi bersama so baru hidup ceria.
Alah PuanBeedotcom akan selalu ajak geng-geng blogger ke event-event yang best dan hot, so aku pun haruslah join sekaki kan. Kali ini event untuk kurus ooo. Haruslah lah join, kurus tu memang ada dalam wishlist aku kan.
Seminar jom kurus untuk blogger secara percuma dengan kerjasana dari KevinZahri Puanbeedotcom dan Prince Court Medical Centre.
jom kurus percuma bloggers 485x297 Projek Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Blogger Tips kesihatan seminar kevin zahri Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Blogger jom kurus event blogger
PERHATIAN : Jom Join Small Contest Ni
  • Topik: Jom Kurus bersama Kevin Zahri (maklumat lanjut)
  • Tarikh: 8hb Julai 2012
  • Masa: 2-5pm
  • Lokasi: Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur
  • Speaker: Kevin Zahri
  • Bilangan Peserta: 40 sahaja
Penyertaan percuma , selain dari itu blogger yang hadir akan mendapat eBook percuma selepas sesi seminar.
Syarat Penyertaan : Untuk menyertai sessi percuma Jom Kurus ini, anda mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
  • Mesti mempunyai blog yang aktif
  • Create satu blog post tentang: 1) kenapa anda ingin join seminar ini dan 2) kenapa rasanya ramai yang mengalami masalah berat badan berlebihan. (simple2 je )
  • Include logo Jom Kurus (klik di sini) dalam blog post tersebut.
  • Penting! Sila email link blog post anda kepada PuanBee di puanbeedotcom@gmail.com
Kriteria Pemilihan
  1. Ada blog
  2. Buat blog post
  3. Submit url ke email puanbee
  4. Sebelum mencukupi 40 peserta penyertaan di terima
Sekian , harap dapat jumpa korang di sana nanti.

Alah sesaje je aku ni nak memeriahkan majlis kan. Bukannya boleh kurus dalam satu hari tapi keazaman tu yang penting tau...

Sudah hantar email cepat ke puanbeedotcom@gmail.com

Hah, cepat lah buat duk nganga mulut plak buat apa kan


Bertenaga di Pagi Hari Dengan MILO Varian Campuran Baru


Hi Korang,

Siapa tau Nestle tu apa ? Hah, tak tau. Abis MILO mesti tau kan. So Nestle dan MILO tu kira adik-beradik gitu lah. Itu pun tak tau, minum MILO pandai plak kan.


Nestle merupakan salah satu pengeluar makanan dan minuman untuk yang terkenal sejak dulu lagi dan sekarang sudah pun meraikan ulang tahun yang ke 100 kat Malaysia ni memperkenalkan produk terbaru mereka Varian Campuran (Mixes Variants) MILO yang terdiri daripada MILO Serat, MILO Kurang Manis dan MILIO Bijirin.




Aku dapat jemputan ke majlis pelancarannya di The Square, Publika baru-baru ni dengan geng bloggers yang lain. Majlis pelancaran di rasmikan oleh Mr Don Howat, Pengarah Eksekutif dan Ms Ng Su Yen, Pengarah Pemasaran Nestle (Malaysia) Berhad. 


Nak tambah lagi meriah lagi, ada tarian aerobik yang lincah dan penuh bertenaga dari pasukan aerobik profisional ini menjadi acara kemuncak majlis bagi melambangkan tenaga sebagai keperluan penting untuk semua orang dalam memulakan hari mereka.


"Sejajar dengan janji Nestle iaitu Good Food, Good Life, Campuran MILO baharu menjadi bukti kejayaan MILO dan komitmen Nestle dalam mempromosikan  gaya hidup sihat dan pengambilan makanan yang baik melalui kajian dan pembangunan bagi memenuhi trend pengguna yang sering berubah" kata Don Howat, Pengarah Eksekutif, Unit Perniagaan Kopi dan Minuman, Nestle (Malaysia) Berhad.

Varian Campuran MILO ni kaya dengan kebaikan yang sama seperti produk MILO yang lain seperti PROTOMALT yang diperbuat daripada kebaikan penuh barli malt, ACTIGEN-E campuran 8 vitamin dan 4 mineral dengan susu tepung skin yang didatangkan dengan 3 produk iaitu


MILO Serat (Hi-Fibre)
Mengurangkan risiko perut kembung dan ketidakselesaan perut. Ia mengandungi ACTIFIBRAS iaitu serat makanan yang terbukti secara saitifik dapat membantu mengekalkan sistem penghadaman yang baik


MILO Kurang Manis (Less Sweet)
Mengandungi 47% kurang sukrosa berbanding campuran biasa coklat/malt, mempunyai semua kebaikan MILO dan kurang manis, serta kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat.


MILO Bijirin (Cereal)
Mempunyai kepingan bijirin yang sihat untuk menahan rasa lapar.


Walaupun mengandungi kebaikan penuh tenaga dengan rasa malt coklat yang lazat, setiap varian mempunyai manfaat uniknya dengan gabungan kebaikan, semuanya untuk memenuhi kehendak yang berbeza.


Varian Campuran MILO yang baharu ini dijual pada harga RM10.50 satu pek yang mengandungi 10 uncang yang setiap satunya boleh dijadikan 200ml minuman dengan menggunakan air panas yang kini boleh di dapati di kebanyakan pasaraya hypermarket dan kedai runcit di seluruh Semenanjung Malaysia.


Aku sempat juga merasa sample-sample ketiga-tiga jenis MILO Varian Campuran ni kan. Rasanya aku lebih sukakan MILO Serat (Hi-Fibre) dari yang lain. Bukan yang 2 tu tak sedap but I more like it yang Hi-Fibre tuh.


Bagi aku MILO Varian Campuran ini memang sesuai untuk mereka yang sibuk 24/7 cam aku ni kan, yang breakfast kat tempat, lunch tak tentu masa dan dinner yang ikut mood kan. Rasanya kalau malas nak ke mana-mana minum je MILO Varian Campuran ni. Senang abis citer.

Korang pun cuba gak tau.

CLP Notes : Aku memang sentiasa simpan dalam handbag mende2 cam nie, kalau lapo ada je mende nak makan kan.Senang