Friday, June 15, 2012

Hasil Berusaha Tanpa Merungut

Hi Korang,

Ini lah dia Hasil berusaha tanpa merungut.


Yelah setengah bloGGer selalu bising asyik tak dapat BE la, advertorial la, sponsored post la kan walaupun diorG tu baru je tulis bloG 2-3 bulan yang lepas.

Tapi bukan aku ye sebab aku tau kemampuan blog aku cam ner so tak kisahla ada ke tak de ke aku still berbloGGing gak.

Yang penting kena ikHlas dan sentiasa bersabar eventho ramai blogger lain  yanG baru je join NuffnanG da dapat menda yang best2 kan.

Aku tetap cam tu Gak, rileks sempoi je

Tapi yang daH ada kat atas tu janGanlaH dok sombong plak kan mentang2 korang dah jadi yanG terbaik kan sebab satu Hari nanti koranG boleH jugak dok terlinGkup kat bawaH kerana doa orang-orang yang teraniaya tu selalu akan di makbulkan satu Hari nanti.

Sebab aku daH nampak ramai bloGGer yanG baru naik ni dah mula tunjuk bongkak denGan baru satu dapat sponsored post kan.

So janGan riak dan sombong ye

CLP Notes : Actually ini pun perinGatan untuk diri aku Gak kan supaya janGan sombonG, itu je









Adik Beradik

Hi Korang,

Cuba korang tengok gambo kat bawah ni



Ktorg macam adik beradik kan. Cuma aku je yang korang tak nampak lemak berlipat macam geng sebelah tuh.

Apa-apa pun aku suker Michelin walaupun tayarnya agak mahal but tahan lama bila dah pasang kat kereta aku kan.

Ok sila hiraukan entry ni sebab aku tengah blur tak tau nak tulis apa kan.

CLP Notes : Saje nak bagitau tadi aku dgn K Ina KL dapat bawak balik MILO sekotak beso oooo.. Memang seronok lah..Mesti korang sakit ati dengan aku kan kahkahkahakha


Thursday, June 14, 2012

Sayangi Kereta Anda : Suka Bawa Kereta Manual ke Automatik?

Hi Korang,

Lama betul tak tulis mengenai kereta kan. Lebih 6 bulan rasanya. Teruk betul aku ni. Gambar dan info bukan main lagi aku simpan but tak de masa je nak tulis lah. Kedekut ilmu betul Cik Lily ni kan.


Hah, kan hari tu waja aku kene langgar tang vontot kan. So pihak yang melanggar tu sudi bagi aku pakai kereta dia. Jangan berangan nak Mitsubishi Evo 10 je, dia bagi aku guna Datsun tahun 80an. Hah ko gear pun sampai 4 je. 2-3 jam pertama tu memang kelam kabut sket coz dah lama tak bawa kereta manual kan but lepas tu berdesup aku drift dengan kereta ni. Walaupun nampak dah lama tapi performancenya kalah MyVi 1.5 wokeh!.

So, antara Kereta Manual dan Automatik?

Ermm kalau kasi dua-dua pun aku still boleh bawa lagi. Walaupun dah lama tak bawa kereta manual pun skill tu masih ada lagi. So far aku belum pernah mati enjin lagi bila kat traffik light or kereta mengundur kebelakang bila naik bukit kan. Macam Mr Big, dia prefer AUTO lagi coz dah terlupa nak bawak manual katanya. Lagipun lenguh kaki bawah kereta manual ni.



Jom kita buat comparison sket mengenai Kereta Manual and Automatik ni.

01. Transmisi manual lebih menjimatkan minyak serta lebih cekap daripada transmisi automatik


02. Kotak gear manual adalah lebih ringan daripada kotak gear automatik.


03. Model kenderaan dengan transmisi manual adalah lebih murah daripada model yang sama tetapi dengan transmisi automatik.


04. Lebih pick up kalau nak memotong kereta ke naik bukit ke daripada kereta automatik


05. Pemandu mempunyai lebih kawalan serta penyertaan terhadap transmisi manual berbanding transmisi automatic


06. Kereta transmisi manual yang baterinya lemah masih boleh dihidupkandengan meminta bantuan beberapa orang untuk menolak kereta dan pemandu pula memasukkan gear 3 apabila sudah cukup laju untuk dihidupkan.


07. Transmisi manual masih boleh berfungsi walaupun dalam keadaan terbalik. Transmisi automatik pula mempunyai takungan hidraulik, maka sistem hidraulik akan gagal apabila kenderaan terbalik.



Tapi ramai jugak yang memilih kereta automatik ini kerana

01. Lebih senang memandu ketika dalam jem, cuma tekan minyak dan brek so tak delah lenguh kaki


02. Mudah nak buat benda lain selain dari memandu macam cakap kat phone, makan-makan, pakai make-up, susukan anak.


03. Senang nak belajar, even tak yah ambil lesen pun dah pandai bawak kereta automatik.


04. Naik bukit pun tak de nak mengelongsor balik kan.


05. Bila mahal sket janji selesa dan tak stress bila memandu ketika jem


Ok itu semua bagi aku lah. Orang lain aku tak tau lah apa alasan diorg untuk pilih kereta idaman diorg kan. Kedua-duanya ada kebaikan dan kelemahan memasing dan segala-galanya bergantung kat budget korang.


Jadi persoalannya, Manual ke AUTO? so HaruslaH volkswaGen kan. Apa al plak tetiba masuk pasal volkswaGen ni kan khakahakhakhak

Citer sket korang suka yang mana ek..

CLP Notes : Kalau aku kaya, aku pasang driver je tak yah drive kann hkehekehkehke

Some info : Google


“Perfect Romantic Escape”

Hi Korang,

Bila cerita pasal 'Perfect Romantic Escape' ni rasanya semua ada impian masing-masing kan. Begitu juga dengan aku, selalu je berangan-angan di awang-awangan khakahkahk tipu jelah kan.


Kalau aku di beri peluang untuk berhoney moon sekali lagi dengan Mr Big harus lah aku nak pi bercuti ke pulau. So pulau yang aku nak pergi haruslah Pulau Tioman di Mersing Johor. Bukan tak boleh bercuti ke oversea but aku rasa banyak lagi tempat dalam Malaysia ni yang aku belum jelajahi dengan Mr Big kan.


Kenape Pulau Tioman?

Ianya merupakan salah satu pulau yang mempunyai laut yang cantik di dunia. Airnya yang jernih dapat membuat sesiapa pun jatuh cinta pada pandang pertama kan.




Aku pernah kesini dengan BFF aku masa zaman ktorg anak dara lagi. 3 hari 2 malam yang sangat seronok, hampir setiap waktu bersnorkeling di sekitar pulau Tioman ini. Eventho dekat tepi pantai pun ktorg dah boleh tengok sambil tangkap ikan-ikan kecil yang comel ni.





Aku memang dah berhasrat untuk bawak Mr Big berbulan madu sekali lagi ke Pulau Tioman ni. Selain dari dapat release tension, ktorg dapat juga mengabiskan berdua kan sambil menikmati keindahan yang terbentang luas di pulau Tioman ini. 


Bagi aku berehat di tepi pantai dapat menenangkan fikiran yang selama ini dibelenggu dengan tugasan harian samaada di pejabat mahupun dirumah. Bila aku merenung laut di hadapan mata rasanya lega segala yang terbuku di hati selama ni


Lagi pulak, ktorg berdua memang pencinta alam dan hidupan di dasar laut so rasanya sesuailah kalau bercuti ke sini. Mr Big memang sangat sukakan snorkeling dan island hoping. Dia boleh duduk dalam laut tu selama mungkin akibat dek leka menikmati keindahan ikan-ikan di laut dan batu karang yang berwarna-warni.


Rasanya itulah serba sedikit holiday gateway yang jadi impian aku. Tak perlu fikir mengenai masalah just enjoy the moments masa berholiday tuh.


Alangkah bestnya kalau dapat bercuti ketika ni kan.. Seronok rasanya..




Pics : Credit to Google






Wednesday, June 13, 2012

DiGi WWWOW Awards 2012

Hi Korang,

Lambat sket citer pasal ni. Cam biasa aku busy lah.


Meh aku citer sket sambungan daripada entry yang pertama dan kedua ni ye.


Ktorg sampai just nice kul 6.30pm. Once dapat tiket dari Anne (Nuffies) terus je amik makanan. Meehoon  dan drinks dari Chattime. Not bad gak lah sedap. Abis makan terus masuk ke Town Hall but sempat jugak pi amik gambo kenang-kenangan di Photo Booth yang di sediakan.


Ktorg adalah orang yang first masuk dewan, so kosonglah tak de orang kan. Ingatkan dapat duduk kat kerusi bernombor ermm jangan mimpi lah, aku bukan nominate pun so duduk kat lah bench basketball tu kan. Borak-boraklah dengan bebudak bloggers yang lelain ni


Around 8.30pm barulah sorang-sorang masuk. Artis lah, celebrity lah, sponsor lah, media lah kan. Ktorg yang duk menunggu ni cam sampai bosan dibuatnya. Nasib baik ada bahan untuk digelakkan.

MC for malam tu James. Tak de banyak speech pun. Terus je pemberian awards. A few artist jadi announcer dan pemberian hadiah.  Keputusan korang leh check it out kat entry yanG pertama tu ek.

Adi Fasla dan Nicolas (NuffnanG)

Aril AF

BloGGer of year

Elfira Loy dan PemenanG Social Media GatHerinG Twtup KaseH

PemenanG Konterversi - Fave Tech Head

Fina AF dan PemenanG Apps Of tHe Year

Erol AF dan PemenanG Fave Makan-makan Expert

Hitz FM DJ dan pemenanG Funniest Video

Mia Sara

PemenanG People CHoice - MyHazman.com

SHila AmzaH

Dalam kul 10++ dah abis dah. Kejap je, 16 awards je pun kan.

For me, banyak blog-blog baru yang belum pernah aku dengar lagi muncul sebagai pencalonan. Kira hebat jugak diorg ni kan. Ini barulah di panggil ‘Blogger UnderDog’. Diam-diam berisi.


Congrats kepada semua pemenang. Hadiah best-best tu kan.

Anyway to Nuffnang dan DiGi for this invitation ye.